settings icon
share icon
Soalan

Mengapa Allah mengizinkan bencana alam, seperti gempa bumi, angin taufan, dan tsunami?

Jawapan


Mengapa Allah mengizinkan gempa, angina tornado, taufan, tsunami, taifun, tanah runtuh, dan bencana-bencana alam yang lain? Tragedi tsunami yang melanda Asia pada akhir tahun 2004, taufan Katrina pada 2005 di bahagian Tenggara Amerika Syarikat, dan pada tahun 2006 tanah runtuh di Filipina menjadikan orang ramai mempersoalkan kebaikan Allah. Amat membebankan ketika bencana alam disebut sebagai "perbuatan Allah/acts of God" sedangkan Dia tidak "dipuji" sejak bertahun-tahun, atau berabad-abad selagi cuaca baik. Allah mencipta seluruh alam semesta dan hukum-hukum alam (Kejadian 1:1). Kebanyakan bencana alam merupakan akibat daripada hukum-hukum alam ini. Taufan, taifun dan tornado merupakan akibat daripada pola cuaca yang tidak tetap. Gempa bumi disebabkan pergeseran lapisan bumi. Tsunami disebabkan oleh gempa bumi di bawah permukaan laut.

Alkitab menyebutkan bahawa Yesus Kristus menyatukan keseluruhan alam semesta (Kolose 1:16-17). Mampukah Allah menghalang bencana alam? Tentulah! Adakah Allah kadang-kadang mempengaruhi cuaca? Ya. Rujuk Ulangan 11:17 dan Yakobus 5:17. Adakah Allah kadang-kala menggunakan bencana alam sebagai menghukum dosa? Benar, rujuk Bilangan 16:30-34. Kitab Wahyu menceritakan pelbagai kisah yang ternyata dapat digambarkan sebagai bencana wahyu (Wahyu 6,8 dan 16). Adakah setiap bencana alam itu merupakan hukuman Allah? Tidak sama sekali!

Samalah halnya dengan Allah mengizinkan orang jahat melakukan kejahatan, Allah mengizinkan bumi menunjukkan konsekuensi dari dosa penciptaan. Roma 8:19-21 memaklumkan kita, "Disebabkan sangat rindu semua makhluk menantikan saat-saat anak-anak Allah diumumkan. Disebabkan seluruh tertakluk pada sia-sia, tidak disebabkan kehendaknya sendiri, malahan kehendak Dia, yang telah menakluk, namun dalam pengharapan, disebabkan makhluk tersebut juga telah dibebaskan daripada kebinasaan dan dimerdekakan dalam kemuliaan anak-anak Allah." Kehancuran umat manusia dalam dosa kelihatan pada setiap sesuatu, termasuklah alam semesta yang dihuni ini. Segala-gala yang ada dalam ciptaan ini tertakluk pada "sia-sia" dan "kehancuran." Dosa merupakan penyebab utama bencana alam sama seperti dosa yang mengakibatkan kematian, penyakit dan penderitaan.

Maka kembalilah ke asasnya. Kita boleh memahami bagaimana bencana alam itu terjadi. Yang sukar difahami ialah mengapa Allah mengizinkan perkara itu berlaku. Mengapa Allah mengizinkan tsunami membunuh lebih daripada 225,000 orang di Asia? Mengapa Allah mengizinkan taufan Katrina membinasakan ratusan ribu rumah orang? Apa yang diketahui ialah….Allah itu baik! Terdapat banyak mukjizat yang ajaib dalam pelbagai bencana alam yang menghalang kehilangan banyak nyawa. Bencana alam menyebabkan jutaan menyingkap kembali keutamaan hidup mereka. Ratusan juta dikirim untuk membantu mangsa-mangsa yang menderita. Pelayanan-pelayanan Kristian mengambil kesempatan untuk membantu, melayani dan memberikan perundingan, berdoa- dan membimbing mangsa kepada iman keselamatan di dalam Kristus! Allah mampu dan Dia telah menghasilkan hasil yang baik daripada tragedi-tragedi yang menyayat hati (Roma 8:28).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Mengapa Allah mengizinkan bencana alam, seperti gempa bumi, angin taufan, dan tsunami?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries