Bagaimana saya bertaubat menurut Kekristianan?




Soalan: Bagaimana saya bertaubat menurut Kekristianan?

Jawapan: Seseorang di kota Yunani bernama Filipi bertanya soalan yang serupa ini kepada Paulus dan Silas. Kita mengetahui cuma sedikit tentang orang ini: dia seorang Ketu Penjara,penyembah berhala dan putus harapan. Dia pernah ingin membunuh diri tetapi ditegah oleh Paulus. Orang ini kemudiannya bertanya, "Tuan-tuan apakah yang harus saya lakukan supaya diselamatkan?" (Kisah 16:30).

Fakta bahawa orang ini bertanya menunjukkkan dia memerlukan penyelamatan-dia meramalkan kematiannya semata-mata dan dia memerlukan pertolongan Fakta bahawa dia bertanya Paulus dan Silas menunjukkan dia percaya bahawa mereka mengetahui jawapannya.

Jawapan diperoleh dengan cepat dan memadai: "Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan-kamu dan keluargamu" (Kisah 16:31). Kisah seterusnya memperlihatkan bagaimana orang tersebut percaya dan bertaubat. Sejak itu, hidupnya mula berubah.

Lihatlah bahawa pertaubatan lelaki ini berdasarkan imannya (percaya). Dia haruslah mempercayai Yesus sahaja. Lelaki ini mempercayai Yesus adalah anak Allah (Allah) dan Mesias yang menggenapi Alkitab (Kristus). Imannya juga merangkumi kepercayaan bahawa Yesus mati bagi dosa dan bangkit lagi kerana itulah khutbah dari Paulus dan Silas (Rujuk Roma 10:9-10 dan 1Korintus 15:1-4).

Harfiahnya "bertaubat" bermaksud "berbalik". Saat kita berbalik kepada sesuatu, saat itulah kita berbalik daripadanya. Saat kita berbalik kepada Yesus, kita berbalik daripada dosa. Alkitab menyatakan, berbalik daripada dosa merupakan "penyesalan" manakala berbalik kepada Kristus merupakan "iman". Disebabkan itu, penyesalan dan iman saling lengkap-melengkapi. Sama ada penyesalan mahupun iman diindikasikan dalam 1Tesalonika 1:9, "…bahawa kamu tidak mahu menyembah berhala lagi, tetapi datang kepada satu-satunya Allah yang hidup…" (1Tesalonika 1:9). Hasil daripada pertaubatan sejati Kekristianan ini, orang Kristian dapat meninggalkan gaya hidup dahulu dan kepercayaan yang salah.

Semudah-mudah bertaubat secara Kekristianan, anda haruslah mempercayai Yesus anak Allah yang telah mati bagi dosa-dosa anda dan bangkit semula. Anda haruslah bersependapat dengan Allah bahawa anda orang berdosa yang memerlukan penyelamatan, dan anda haruslah mempercayai Yesus sahaja dapat menyelamatkan anda. Saat anda berbalik dari dosa kepada Kristus, Allah telah berjanji untuk menyelamatkan anda dan menganugerahkan Roh KudusNya yang menjadikan anda ciptaan baharu.

Kekristianan dalam erti yang sejati bukanlah sebuah agama. Menurut Alkitab, Kekristianan merupakan hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Kekristianan merupakan Allah menawarkan penyelamatan kepada orang yang percaya dan mengakui pengorbanan Yesus Kristus. Seseorang yang bertaubat secara Kekristianan tidak meninggalkan satu agama kemudian menganut agama lain. Bertaubat secara Kekristianan bermaksud menerima anugerah yang ditawarkan oleh Allah dan memulakan hubungan peribadi dengan Yesus Kristuan yang menghasilkan pengampunan dosa dan hidup kekal di syurga setelah meninggal dunia.

Adakah anda ingin bertaubat secara Kekristianan setelah membaca artikel ini? Jika menjawab YA, berikut adalah sebuah doa yang memadai dapat dipanjatkan ke hadirat Allah. Mengucapkan doa ini atau doa lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya jika mempercayai Yesus dapat menyelamatkan anda daripada dosa-dosa. Doa ini hanyalah jalan untuk menunjukkan iman kepada Allah dan bersyukur padaNya demi keselamatan yang disediakan buat anda. "Allahku, saya tahu saya telah berdosa terhadapMu dan layak dihukum. Namun, Yesus Kristus telah menanggung hukuman yang sepatutnya buat saya melalui iman kepadaNya maka saya diampun. Saya percaya padaMu demi keselamatanku. Terima kasih di atas anugerah dan pengampunanMu yang menakjubkan ini –anugerah hidup kekal abadi!Amin!"

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini".



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimana saya bertaubat menurut Kekristianan?