Soalan
Apakah pendapat Kristian mengenai tindakan membunuh diri?
Jawapan
Mengikut Kitab Injil, tindakan seseorang membunuh diri tidak akan menentukan samada dia akan masuk ke syurga atau tidak. Jika seseorang yang belum diselamatkan membunuh diri, dia hanya mempercepat proses masuk ke neraka. Orang yang membunuh diri akan masuk ke dalam neraka jika mereka tidak menerima Yesus sebagai Penyelamat, dan bukan kerana mereka membunuh diri. Kitab Injil menulis mengenai empat orang yang membunuh diri, iaitu: Saul (1 Samuel 31:4), Ahitofel (2 Samuel 17:23), Zimri (1 Raja-raja 16:18), and Judas (Matius 27:5). Mereka jahat dan berdosa. Kitab Injil menganggap perbuatan membunuh diri sebagai keganasan membunuh – iaitu menamatkan nyawa sendiri secara salah. Hanya Tuhan berhak menentukan bila dan bagaimana seseorang akan mati. Merampas kuasa ini daripada Tuhan ialah satu kesalahan pengkufuran.
Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai Kristian yang membunuh diri? Saya tidak percaya bahawa seorang Kristian yang membunuh diri akan pergi ke neraka. Kitab Injil mengajar bahawa pada masa seseorang benar-benar percaya pada Yesus Kristus dia serta-merta diselamatkan selama-lamanya (Yohanes 3:16). Mengikut Kitab Injil, Kristian boleh pasti bahawa mereka mempunyai kehidupan abadi tidak kisah apa yang berlaku. “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.”(1 Yohanes 5:13). Tiada sebarang benda yang boleh memisahkan Kristian daripada kasih Tuhan. “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di udara, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang, baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi – tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita.” (Roma 8:38-39). Jika tiada sebarang benda yang dicipta boleh memisahkan Kristian daripada Tuhan, maka tindakan Kristian yang membunuh diri juga tidak akan memisahkan Kristian yang membunuh diri itu daripada Tuhan. Yesus mati untuk kita, jika seorang Kristian yang jujur membunuh diri disebabkan dia lemah – maka dosa itu juga akan diampuni oleh Tuhan.
Hal ini tidak bermakna membunuh diri bukan satu dosa yang serius bagi Tuhan. Mengikut Kitab Injil, membunuh diri ialah dosa. Orang yang mengatakan bahawa dia ialah seorang Kristian yang jujur tetapi masih membunuh diri, kepercayaannya mesti bermasalah. Tiada alasan yang munasabah boleh membenarkan seorang Kristian membunuh diri. Kristian disuruh hidup untuk Tuhan dan bukannya membunuh diri. Kematian kita adalah di tangan Tuhan sahaja. Satu gambaran tentang membunuh diri ialah kisah dalam buku Ester. Di Persia, seseorang yang datang menghadap Raja tanpa keizinan dan jemputan Raja akan dihukum mati kecuali Raja mengampuninya. Jika Kristian memaksa dirinya mati dan berjumpa Tuhan sebelum masa yang ditentukan oleh Tuhan, dia masih terselamat tetapi Tuhan tidak bersetuju dengan cara ini. Ayat di 1 Korintus 3:15 menghuraikan kedudukan Kristian yang membunuh diri melalui “Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api.”
English
Apakah pendapat Kristian mengenai tindakan membunuh diri?