Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur mengikut Kitab Injil?




Soalan: Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur mengikut Kitab Injil?

Jawapan: Topik dinosaur di dalam Kitab Injil menimbulkan satu debat yang serius dalam komuniti Kristian sejak berkurun-kurun lamanya, begitu juga dengan interpretasi buku Kejadian yang betul, dan bagaimana mentafsir bukti-bukti fizikal yang ditemui. Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih tua daripada sejarah Kitab Injil setuju bahawa Kitab Injil tidak menyentuh mengenai dinosaur, kerana mengikut pendapat mereka, dinosaur sudah mati berjuta-juta tahun dahulu sebelum manusia pertama wujud di bumi. Orang yang menulis Kitab Injil tidak berpeluang untuk melihat dinosaur dengan mata sendiri.

Mereka yang percaya bahawa bumi ini lebih muda bersetuju bahawa Kitab Injil ada menyentuh mengenai dinosaur walaupun ia tidak menggunakan perkataan “dinosaur”. Sebaliknya, ia menggunakan perkataan Hebrew “tanniyn”. Tanniyn diterjemah kepada beberapa istilah dalam bahasa Inggeris; kadangkala sebagai “raksaksa laut”, kadangkala sebagai “ular besar”. Biasanya ia diterjemahkan kepada “naga”. Rupa bentuk Tanniyn ialah seperti sejenis reptilia yang besar. Makhluk ini disebut tiga kali dalam Perjanjian Lama dan dijumpai di laut dan juga di darat.

Reptilia besar ini disebut lebih kurang tiga puluh kali dalam Perjanjian Lama. Mengikut pendapat pakar-pakar tertentu, Kitab Injil telah menghuraikan beberapa makhluk dengan cara yang serupa dengan huraian mengenai dinosaur. Behemoth dikatakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling kuat, seekor raksasa yang ekornya sebesar pokok cedar (Ayub 40:15). Terdapat juga cendekiawan yang cuba menyamakan Behemoth dengan gajah atau badak air. Tetapi terdapat juga orang yang berpendapat bahawa gajah dan badak air mempunyai ekor yang kecil, tidak dapat dibandingkan dengan pokok cedar. Dinosaur seperti Brachiosaurus dan Diplidocus mempunyai ekor yang besar seperti pokok cedar.

Hampir semua tamadun lama mempunyai seni yang menggambarkan makhluk reptilia yang besar. Petroglyphs, barangan buatan manusia dan alat-alat tanah liat yang dijumpai di Amerika Utara merupakan gambar rajah dinosaur moden. Ukiran batu di Afrika Selatan menggambarkan manusia yang menunggang Diplidocus dan, sungguh mengagumkan, makhluk itu juga serupa dengan Triceratops, Pterodactyl dan Tyrannosaurus Rex. Mosaics Roman, seni tembikar Mayan dan dinding bandar Babylonia semuanya menunjukkan hubungan manusia dengan makhluk besar ini. Terdapat cerita Marco Polo di dalam I1 Milione mengenai makhluk besar yang membawa harta besar. Berita mengenai dinosaur pada masa sekarang sering tidak dipercayai.

Selain daripada bukti-bukti sejarah manusia mengenai kewujudan dinosaur bersama manusia, terdapat juga bukti fizikal yang lain, seperti jejak kaki manusia dan dinosaur yang dijumpa di Amerika Utara dan Bahagian tengah barat Asia.

Oleh itu, terdapatkah dinosaur di dalam Kitab Injil? Perkara ini belum dapat diselesaikan. Hal ini bergantung kepada cara kamu mentafsir bukti-bukti berkenaan dan dunia di sekeliling kamu. Di GotQuestions.org kami percaya pada interpretasi bumi muda dan menerima tafsiran bahawa dinosaur dan manusia pernah wujud sekali. Kami percaya bahawa dinosaur mati selepas Banjir Besar disebabkan oleh perubahan cuaca alam sekitar ataupun mereka diburu dan dibunuh oleh manusia.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apa yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai dinosaur? Terdapatkah dinosaur mengikut Kitab Injil?