Apakah Doa orang berdosa?




Soalan: Apakah Doa orang berdosa?

Jawapan: Doa orang berdosa ialah doa seseorang kepada Tuhan apabila dia menyedari bahawa dirinya ialah seorang yang berdosa dan perlukan Penyelamat. Melafazkan doa orang berdosa sahaja tidak akan mencapai apa-apa. Doa orang berdosa hanya akan berkesan jika orang itu sedar, faham dan percaya bahawa dia telah berdosa dan memerlukan penyelamatan.

Aspek pertama doa orang berdosa ialah menyedari bahawa kita ialah orang berdosa. Roma 3:10 mengumumkan, “Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah.” Kitab Injil menyatakan dengan jelas bahawa kita semua telah berdosa. Kita berdosa dan memerlukan rahmat dan pengampunan dosa daripada Tuhan (Titus 3:5-7). Kerana dosa, kita patut dihukum selama-lamanya (Matius 25:46). Doa orang berdosa ialah satu rayuan dan bukan pengadilan. Doa ini ialah permintaan untuk ampun dan bukannya kemarahan.

Aspek kedua doa orang berdosa ialah mengetahui bahawa Tuhan telah melakukan sesuatu untuk mengubati kita dan menebus dosa kita. Tuhan menjadi manusia dalam bentuk Yesus Kristus (Yohanes 1:1,14). Yesus mengajar kita mengenai Tuhan dan menjalankan kehidupan yang sempurna tanpa dosa (Yohanes 8:46; 2 Korintus 5:21). Yesus kemudian mati di atas salib untuk kita, supaya kita tidak perlu menerima hukuman mati lagi (Roma 5:8). Yesus bangkit daripada kematian untuk membuktikan kemenangannya ke atas dosa, kematian dan neraka (Kolose 2:15; 1 Korintus bab 15). Oleh sebab itu, dosa kita akan diampuni dan kita dijanjikan satu kediaman kekal di syurga – asalkan kita percaya kepada Yesus. Apa yang perlu kita lakukan ialah percaya bahawa Yesus mati untuk kita dan bangkit daripada kematian (Roma 10:9-10). Kita boleh diselamatkan melalui rahmat sahaja, melalui iman sahaja, di dalam Yesus sahaja. Efesus 2:8 mengumumkan, “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.”

Melafazkan doa orang berdosa hanya satu cara yang ringkas untuk memberitahu Tuhan bahawa kamu bergantung kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat anda. Tidak terdapat perkataan ajaib yang membawa penyelamatan. Hanya kepercayaan kepada kematian dan kebangkitan Yesus yang boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika kamu sedar bahawa kamu ialah seorang yang berdosa dan perlukan penyelamatan melalui Yesus Kristus, kamu boleh berdoa kepada Tuhan: “Tuhan, saya tahu bahawa saya ialah seorang yang berdosa. Saya tahu bahawa saya akan menerima hukuman kerana berdosa. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat saya. Saya percaya bahawa kematian dan kebangkitan Yesus mampu mengampuni dosa saya. Saya percaya kepada Yesus dan hanya Yesus ialah Penyelamat dan Tuan peribadi saya. Terima kasih Tuhan, kerana sudi menyelamat dan mengampuni dosa saya. Amen.”

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah “Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini”.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah Doa orang berdosa?