Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseksual? Adakah hubungan homoseksual suatu dosa?




Soalan: Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseksual? Adakah hubungan homoseksual suatu dosa?

Jawapan: Kitab Injil kerap memberitahu kita bahawa aktiviti homoseksual adalah suatu dosa (Kejadian 19:1-13; Imamat 18:22; Roma 1:26-27; 1 Korintus 6:9). Roma 1:26-27 mengajar dengan spesifik bahawa hubungan homoseksual adalah akibat penafian dan penentangan terhadap Tuhan. Apabila seseorang terus hidup di dalam dosa dan ketidakpercayaan kepada Tuhan, Kitab Injil menyatakan bahawa Tuhan membiarkan orang itu menjadi lebih jahat dan jatuh akhlak bagi menunjukkan kepada mereka bahawa kehidupan tanpa Tuhan adalah tidak bermakna dan tiada harapan. 1 Korintus 6:9 mengisytiharkan bahawa mereka yang menjalin hubungan homoseksual tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kerajaan Tuhan.

Tuhan tidak mencipta seseorang dengan keghairahan homoseksual. Kitab Injil menyatakan bahawa seseorang menjadi homoseksual disebabkan oleh dosa (Roma 1:24-27), dan juga akibat pilihan mereka sendiri. Seseorang mungkin dilahirkan dengan kecendorongan terhadap homoseksual seperti terdapat orang yang dilahirkan dengan kecendorongan terhadap keganasan dan dosa-dosa lain. Tetapi ini tidak bermakna orang itu mempunyai hak untuk berdosa mengikut suka hati sendiri. Jika seseorang dilahirkan dengan kecendorongan untuk naik marah, adakah ini bermakna mereka boleh naik marah? Pasti tidak! Sama seperti dalam perkara homoseksual ini.

Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak menyatakan bahawa hubungan homoseksual ialah suatu dosa yang lebih serius daripada dosa lain. Semua dosa tidak dibenarkan oleh Tuhan dan menimbulkan kemarahan Tuhan. Hubungan homoseksual hanya ialah salah satu daripada banyak perbuatan berdosa yang disenaraikan di 1 Korintus 6:9-10 yang akan menyebabkan orang itu terpisah daripada kerajaan Tuhan. Mengikut Kitab Injil, pengampunan dosa daripada Tuhan juga diberikan kepada meraka yang menjalin hubungan homoseksual, seperti kepada orang yang berzina, penyembah patung, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Tuhan juga berjanji akan memberikan kuasa untuk mengatasi segala dosa termasuk dosa homoseksualiti, kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus untuk penyelamatan mereka (1 Korintus 6:11; 2 Korintus 5:17).



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai hubungan homoseksual? Adakah hubungan homoseksual suatu dosa?