Di antara Kavinisme dan Arminianisme - pandangan manakah yang betul?




Soalan: Di antara Kavinisme dan Arminianisme - pandangan manakah yang betul?

Jawapan: Kalvinisme dan Arminianisme merupakan dua sistem teologi yang cuba menjelaskan perhubungan di antara kedaulatan Tuhan dengan tanggungjawab manusia berhubung keselamatan. Pandangan Kalvinisme diambil sempena nama John Calvin seorang ahli teologi Peranchis yang hidup di antara tahun 1509 1564. Arminianisme pula diambil sempena nama Jacobus Arminus, seorang ahli teologi yang hidup di antara 1560 -1609.

Kedua-dua sistem dapat dirumuskan dengan lima perkara. Kalvinisme berkata akhlak manusia telah dirosakkan sepenuhnya oleh dosa sementara Arminianisme berkata hanya sebahagian sahaja akhlak manusia yang telah dirosakkan oleh dosa. Kerosakan akhlak sepenuh oleh dosa mengatakan seluruh bahagian daripada manusia telah dicemari oleh dosa mengakibatkan manusia yang tidak dapat datang kepada Tuhan dalam kemampuannya sendiri. Kerosakkan sebahagian pula berkata seluruh bahagian manusia telah dicemari dosa tetapi tidak sampai tahap di mana manusia tidak dapat meletakkan iman di dalam Tuhan dalam tindakan mereka sendiri.

Kalvinisme memasukkan kepercayaan tentang pemilihan Tuhan yang tidak bersyarat sedangkan Arminianisme percaya kepada pemilihan yang bersyarat. Pemilihan tak bersyarat berkata Tuhan memilih seseorang untuk diselamatkan berdasarkan kehendak-Nya sendiri dan bukan ke atas sesuatu yang telah dilakukan dan melayakkan seseorang itu. Pemilihan bersyarat pula berkata Tuhan memlih peribadi-peribadi yang akan percaya kepada kepada Kristus berdasarkan kemahatahuan Tuhan bahawa berhubung orang-orang yang akan memilih Tuhan.

Kalvinisme melihat penebusan itu terbatas, sementara Arminiasnisme melihatnya sebagai tidak terbatas. Inilah yang paling kontroversi dalam lima perkara. Penebusan yang terbatas berkata Tuhan Yesus hanya mati bagi orang-orang yang terpilih. Penebusan tidak terbatas berkata Yesus mati untuk semua orang, tetapi kematian-Nya tidak membawa makna apa-apa selagi orang itu belum menerima-Nya dengan iman.

Kalvinisme berkata kasih karunia Tuhan tidak dapat ditolak sementara Arminianisme berkata seseorang itu dapat menolak kasih karunia Tuhan. Kavinisme berkata kalau Tuhan panggil seseorang kepada keselamatan, orang itu akan datang kepada keselamatan. Arminianisme berkata Tuhan memanggil semua orang untuk diselamatkan tetapi ramai melawan dan menolak panggilan ini.

Kalvinisme berpegang kepada ketabahan orang-orang percaya sementara Arminianisme berpegang kepada keselamatan yang bersyarat. Ketabahan orang-orang percaya bercakap tentang orang-orang yang telah dipilih Tuhan akan bertahan dalam iman dan tidak akan menolak dan membelakangi Kristus selama-lamanya. Keselamatan bersyarat adalah pandangan yang mengatakan orang-orang percaya dapat membuat pilihan sendiri untuk berpaling daripada Kristus dan dengan itu kehilangan keselamatannya.

Jadi siapakah yang betul dalam perdebatan di antara Kalvinisme dan Arminianisme? Dalam tubuh Kristus terdapat percampuran dua pandangan ini. Terdapat lima perkara Kalvinisme dan lima perkara Arminianisme, dan ada yang berpegang pada tiga perkara Kalvinisme dan dua perkara Arminianisme. Ramai orang percaya berpegang kepada campuran pandangan daripada dua pandangan ini. Pada pandangan kami, kedua-dua sistem pandangan ini gagal sebab mereka cuba menjelaskan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Manusia memang sukar menangkap konsep yang seperti ini. Tuhan mutlak berdaulat dan mengetahui segala sesuatu . Manusia dipanggil membuat pilihan untuk beriman kepada Kristus bagi mendapatkan keselamatan. Dua kenyataan ini kelihatan bertentangan kepada kita tetapi dalam pemikiran Tuhan ia merupakan pengertian yang sempurna.



Balik ke laman bahasa Melayu

Di antara Kavinisme dan Arminianisme - pandangan manakah yang betul?