Soalan
Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula?
Jawapan
Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula? Petikan klasik kitab Injil yang menjawab soalan ini ialah Yohanes 3:1-21. Tuhan Yesus Kristus bercakap dengan Nikodemus, seorang Farisi yang paling berpengaruh dan beliau juga ialah salah seorang pemimpin agama Yahudi. Nikodemus datang mencari Yesus pada waktu malam. Beliau mempunyai soalan-soalan yang hendak ditanya kepada Yesus.
Semasa Yesus bercakap dengan Nikodemus, Dia berkata, “…"Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula.” Nikodemus bertanya, “Bagaimanakah seorang dewasa dapat dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan untuk kali kedua!” Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah. Secara jasmani manusia dilahirkan oleh manusia, tetapi secara rohani manusia dilahirkan oleh Roh Allah. Janganlah hairan kerana Aku berkata kepadamu bahawa kamu semua mesti dilahirkan semula!” (Yohanes 3:3-7)
Ungkapan “dilahirkan semula” bermakna “dilahirkan daripada atas”. Nikodemus mempunyai satu keperluan. Beliau perlukan perubahan hati – iaitu tranformasi dari segi rohani. Kelahiran baru atau dilahirkan kembali, adalah perbuatan Tuhan yang menanam kehidupan abadi di dalam orang yang percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat individu (2 Korintus 5:17; Titus 3:5; 1 Petrus 1:3; 1 Yohanes 2:29, 3:9, 4:7, 5:1-4,18). Yohanes 1:12,13 menyatakan bahawa “dilahirkan semula” membawa idea “dijadikan anak Tuhan” melalui kepercayaan kepada Yesus Kristus.
Soalan logik ini timbul, “Mengapa seseorang perlu dilahirkan semula?” Rasul Paulus berkata di Efesus 2:1, “Dahulu kamu mati secara rohani kerana kamu tidak taat kepada pemerintah Allah dan kamu berdosa” Kepada orang Roma di Roma 3:23, Paulus berkata, "Kerana semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Tuhan." Jadi, semua orang perlu dilahirkan kembali supaya dosanya diampuni sepenuhnya dan mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan.
Bagaimana hal ini boleh berlaku? Efesus 2:8,9 berkata, “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri” Apabila seseorang “diselamatkan”, dia telah dilahirkan semula, rohaninya diperbaharui, dan sekarang dia menjadi anak Tuhan dengan hak kelahiran baru. Kepercayaan kepada Yesus Kristus bahawa Dia yang membayar denda dosa kita semasa Dia mati di atas salib, adalah makna “dilahirkan semula secara rohani”. “Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.”(2 Korintus 5:17).
Jika kamu belum pernah percaya kepada Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu, adakah kamu terasa pujukan daripada Roh Kudus semasa Dia bercakap di dalam hati kamu? Kamu perlu dilahirkan semula. Adakah kamu sudi berdoa dengan hati yang bertaubat supaya kamu boleh menjadi ciptaan baru pada hari ini dalam Kristus? “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.” (Yohanes 1:12-13).
Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat individu kamu dan dilahirkan semula, di sini ialah satu doa yang mudah. Ingat, melafazkan doa ini atau doa yang lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya iman ke atas Kristus yang akan menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan iman anda di dalam Tuhan dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah memberikan kamu pengampunan. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya telah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman di dalam Kristus. Saya bertaubat daripada dosa saya dan percaya bahawa hanya Yesus Kristus dapat memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amen!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
English
Apakah maknanya Kristian yang dilahirkan semula?