Bagaimanakah saya dapat menginjili sahabat-sahabat dan keluarga tanpa menyakitkan perasaan dan menjauhkan mereka?




Soalan: Bagaimanakah saya dapat menginjili sahabat-sahabat dan keluarga tanpa menyakitkan perasaan dan menjauhkan mereka?

Jawapan: Setiap orang Kristian mempunyai ahli keluarga, seorang sahabat, rakan sekerja atau kenalan yang bukan seorang Kristian. Mengongsikan khabar baik kepada orang lain boleh menjadi satu perkara yang sukar untuk dilakukan dan ianya lebih sukar lagi apabila melibatkan seseorang yang dengannya kita mempunyai ikatan emosi yang dekat. Alkitab berkata beberapa orang akan merasa disakiti terhadap pemberitaan Injil (Lukas 12:51-53). Bagaimanapun kita diperintahkan untuk mengongsikan khabar baik dan tidak ada alasan untuk tidak melakukannya (Matius 28:19-20; Kisah 1:8; 1 Petrus 3:15).

Jadi, bagaimanakah hendak menginjili ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan sekerja dan kenalan-kenalan kita? Perkara terpenting yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk mereka. Berdoa agar Tuhan mengubah hati mereka dan membuka mata mereka (2 Korintus 4:4) terhadap kebenaran Injil. Berdoa agar Tuhan meyakinkan mereka tentang kasih-Nya terhadap mereka dan keperluan mereka untuk mendapatkan keselamatan. Berdoa untuk mendapatkan hikmat bagaimana untuk dapat melayani mereka (Yakobus 1:5). Tambahan kepada berdoa, kita harus menjalani kehidupan Kristian yang suci supaya mereka dapat melihat perubahan yang Tuhan telah lakukan dalam kehidupan kita (1 Petrus 3:1-2). Francis dari Asisi pernah berkata, “Beritakan Injil di setiap waktu dan sekiranya perlu gunakanlah perkataan.”

Akhir sekali, kita mesti mahu dan berani mengongsikan Injil yang sebenar. Beritakan Injil keselamatan melalui Yesus Kristus kepada sahabat-sahabat dan keluarga (Roma 10:9-10). Bersedialah pada setiap waktu untuk bercakap tentang iman (1 Petrus 3:15) dan lakukannya dengan lemah lembut dan hormat. Akhirnya, serahkan keselamatan orang-orang yang kita kasihi kepada Tuhan. Penyelamatan terletak dalam kuasa dan anugerah Tuhan, bukan pada usaha kita. Cara yang terbaik dan yang terutama adalah berdoa bagi mereka, bersaksi kepada mereka dan hidup sebagai seorang Kristian di hadapan mereka.



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah saya dapat menginjili sahabat-sahabat dan keluarga tanpa menyakitkan perasaan dan menjauhkan mereka?