settings icon
share icon
Soalan

Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi anda?

Jawapan


Sudahkah anda menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi anda? Untuk memahami soalan ini dengan tepat, pertama sekali anda mesti faham makna “Yesus Kristus”, “peribadi” dan “Penyelamat”.

Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, seorang guru yang ulung, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus tetapi keterangan ini tidak menjelas secara lengkap siapa Dia sebenarnya. Alkitab memberitahu kita bahawa Yesus ialah Tuhan dalam badan manusia, Tuhan dalam bentuk manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan datang ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampuni kita – dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah anda menerima Yesus ini?

Apakah itu Penyelamat dan mengapakah kita perlukan Penyelamat? Alkitab memberitahu kita bahawa kita semua telah berdosa, kita semua melakukan kejahatan (Roma 3:10-18). Akibat daripada dosa-dosa kita, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang sepadan dengan dosa yang dilakukan terhadap Tuhan yang tak terbatas dan abadi adalah hukuman yang tiada penghabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Inilah sebabnya kita memerlukan Penyelamat!

Yesus Kristus datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus adalah tebusan tidak terhingga bagi dosa kita (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu membayar lagi. Kebangkitan Yesus daripada kematian membuktikan kematian-Nya cukup untuk membayar denda dosa kita. Oleh itu, Yesus ialah satu-satunya Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Rasul-Rasul 4:12)! Adakah anda yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda?

Adakah Yesus Penyelamat “peribadi” anda? Ramai orang menganggap agama Kristian adalah hanya menghadiri gereja, mengamalkan upacara agama, dan/atau tidak berbuat jahat. Semua ini bukan agama Kristian yang sebenar. Agama Kristian yang benar ialah hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Menerima Yesus sebagai Penyelamat anda bermakna meletakkan kepercayaan dan keyakinan anda pada Yesus. Tiada sesiapa yang boleh diselamatkan melalui kepercayaan seseorang. Tiada sesiapa boleh diampuni dengan melakukan sesuatu. Hanya terdapat satu cara anda boleh diselamatkan iaitu menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi anda, percaya bahawa kematian-Nya sebagai bayaran bagi dosa anda dan kebangkitan-Nya sebagai jaminan bagi hidup kekal anda (Yohanes 3:16). Adakah Yesus Penyelamat peribadi anda?

Jika anda ingin menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat peribadi anda, lafazlah kata-kata di bawah kepada Tuhan. Ingatlah, melafazkan doa ini atau doa lain tidak akan menyelamatkan anda. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus dan kerja yang telah Dia sempurnakan di atas salib demi anda dapat menyelamatkan anda daripada dosa. Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan anda kepada Tuhan dan berterima kasih kepada-Nya kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi saya percaya Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya menerima tawaran pengampunan-Mu dan meletakkan kepercayaan saya kepada Kamu bagi penyelamatan. Saya menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi saya! Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan Kamu yang mengagumkan – iaitu hadiah kehidupan abadi! Amin!"

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat peribadi anda?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries