Siapakah saksi-saksi Yehovah dan apakah kepercayaan mereka?




Soalan: Siapakah saksi-saksi Yehovah dan apakah kepercayaan mereka?

Jawapan: Kultus yang dikenali sebagai Saksi-saksi Yehovah telah bermula di Pennsylvania dalam tahun 1870 sebagai sebuah kelas Alkitab pimpinan Charles Taze Russel. Russell menamakan kumpulannya sebagai “Penyelidikan Alkitab Menjelang Kerajaan 1000 tahun.” Charles T. Russell mula menulis beberapa siri buku yang diberi tajuk ”Menjelang 1000 Tahun”, yang kemudian berkembang sehingga 6 jilid sebelum kematiannya. Penulisan Russell mengandungi banyak daripada teologi yang dipegang Saksi-saksi Yehovah pada hari ini. Setelah kematiannya dalam tahun 1916, sahabat dan pengganti Russell yang bernama Hakim J. F. Rutherford, menulis jilid ketujuh dan terakhir dalam siri “Menjelang 1000 Tahun” dalam tahun 1917. Buku itu berjudul “Misteri yang Selesai”. Alkitab Watchtower dan Tract Society diasakan dalam tahun 1886 dan menjadi saluran melalui mana gerakan “Menjelang Kerajaan 1000 Tahun” menyebarkan pandangan mereka kepada orang lain. Pada mulanya kumpulan ini dikenali sebagai “Pengikut-pengikut Russel” sehingga tahun 1931. Perpecahan dalam pertubuhan itu telah mengakibatkan ia diberikan nama baru sebagai “Saksi-saksi Yehovah”. Kumpulan yang daripadanya ia berpecah dikenali sebagai “Pelajar-pelajar Alkitab”.

Apakah kepercayaan Saksi-saksi Yehovah? Penyelidikan terperinci ke atas pengajaran mereka tentang keTuhanan Kristus, keselamatan, tritunggal, Roh Kudus dan penebusan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berpegang kepada pengajaran iman yang asli. Saksi-saksi Yehovah percaya Yesus adalah Penghulu Malaikat Michael, mahluk ciptaan Tuhan nyang paling tinggi. Ini bertentangan dengan banyak ayat Firman yang dengan jelas mengatakan Yesus sebagai Tuhan (Yohanes 1:1,14, 8:58, 10:30). Saksi-saksi Yehovah percaya keselamatan diperolehi melalui gabungan iman dan perbuatan baik serta ketaatan. Ini bertentangan dengan banyak Firman Tuhan yang mengatakan keselamatan merupakan pemberian anugerah yang diterima dengan iman (Yohanes 3:16; Efesus 2:8-9; Titus 3:5). Saksi-saksi Yehovah menolak tritunggal dan percaya Yesus sebagai mahluk yang diciptakan dan Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang tidak bernyawa. Saksi-saksi Yehovah menolak konsep penebusan Kristus yang menggantikan tempat kita dan sebaliknya berpegang kepada teori wang tebusan, di mana kematian Yesus sebagai wang tebusan kepada dosa Adam.

Bagaimanakah Saksi-saksi Yehovah membenarkan pengajaran-pengajaran yang tidak Alkitabiah ini? Pertama sekali mereka mengatakan gereja telah merosakkan Alkitab sejak dahulu kala dan mereka telah menterjemah Alkitab ke dalam terjemahan yang mereka sebut sebagai ‘Terjemahan Dunia Baru’ (New World Translation). Watchtower Bible dan Tract Society mengubah ayat-ayat dalam Alkitab untuk disesuaikan dengan ajaran palsu mereka. Mereka tidak mendasarkan pengajaran mereka kepada apa yang sesungguhnya dikatakan oleh Alkitab. Terjemahan Dunia Baru telah menjalani banyak sekali suntingan apabila Saksi-saksi Yehovah menjumpai ayat Firman Tuhan yang bertentangan dengan pengajaran mereka.

Pihak Watchtower mendasarkan kepercayaan dan pengajarannya ke atas pengajaran asli Charles Taze Russell, Judge Joseph Franklin Rutherford dan pengganti-pengganti mereka. Badan yang berkuasa ke atas Alkitab Watchtower Bible dan Tract Society merupakan badan satu-satunya dalam kultus itu yang dikatakan berwibawa untuk menafsir Alkitab. Dalam kata lain, apa yang dikatakan oleh badan penguasa berhubung mana-mana bahagian Firman diambil sebagai kata-kata terakhir dan pendapat yang berbeza tidak digalakkan sama sekali. Ini sangat bertentangan dengan nasihat Paulus kepada Timotius (juga kepada kita) untuk berusaha agar layak di hadapan Tuhan supaya tidak menjadi malu apabila kita dengan berterus terang memberitakan perkataan kebenaran itu. Nasihat dalam 2 Timotius 2:15 ini merupakan arahan yang jelas daripada Tuhan kepada setiap anak-anak-Nya agar mereka menjadi seperti orang-orang Kristian di Berea yang menyelidiki Firman setiap hari untuk melihat samada pengajaran yang diterima mereka selaras dengan Firman Tuhan.

Barangkali tidak ada kumpulan keagamaan yang lebih setia berbanding Saksi-saksi Yehovah dalam menyebarkan mesej mereka. Malangnya mesej mereka dipenuhi dengan begitu banyak pemesongan,penipuan dan ajaran palsu. Semoga Tuhan membuka hati para Saksi-Saksi Yehovah terhadap kebenaran Injil dan pengajaran Firman Tuhan yang benar.



Balik ke laman bahasa Melayu

Siapakah saksi-saksi Yehovah dan apakah kepercayaan mereka?