Apakah sudut pandangan Kristian?




Soalan: Apakah sudut pandangan Kristian?

Jawapan: Satu “sudut pandangan merujuk kepada konsep yang konprehensif tentang dunia dari satu sudut yang khusus(specific). Jadi “sudut pandangan Kristian” merupakan satu konsep konprehensif tentang dunia dari sudut pandangan Kristian. Sudut pandandan seseorang individu merupakan “gambar menyeluruhnya” iaitu satu harmoni untuk semua kepercayaannya tentang dunia. Ia merupakan cara seseorang berfikir untuk memahami realiti. Sudut pandangan adalah sangat penting kerana ianya merupakan dasar untuk membuat pilihan dan keputusan setiap hari.

Beberapa orang melihat buah apel tersusun di atas meja. Seorang botani melihat buah apel itu dan mula menempatkannya dalam golongan tertentu. Seorang seniman melihat satu gambaran hidup dan mula melukisnya. Seorang pekedai melihat apel sebagai satu aset dan memasukkan ke dalam inventori. Tetapi seorang budak melihat makan tengahari lalu memakannya. Pandangan kita terhadap setiap keadaan sangat dipengaruhi dengan cara kita memandang dunia secara keseluruhan. Setiap sudut pandangan samada sudut pandangan Kristian ataupun bukan Kristian mengandungi sekurang-kurangnya tiga pertanyaan

1) Dari manakah kita datang? (Mengapakah kita berada di sini?)
2) Apakah yang salah dengan dunia ini?
3) Bagaimanakah kita dapat memperbaiki kesalahan dunia?

Sudut pandangan yang tersebar luas adalah naturalisme. Pandangan naturalisme menjawab pertanyaan-pertanyaan ini dengan berkata 1) Kita telah diakibatkan oleh tindakan rawak alam semulajadi tanpa tujuan tertentu 2) Kita tidak menghormati alam semulajadi sebagaimana sepatutnya. 3) Kita dapat memelihara dunia melalui ekologi dan pemuliharaan. Sudut pandangan naturalisme ini menjana pelbagai falsafah seperti faham kerelatifan, eksistensialisme, pragmatisme dan utopianisme.

Sebaliknya sudut pandangan Kristian menjawab tiga pertanyaan tersebut berdasarkan Alkitab 1) Kita merupakan ciptaan Tuhan, kita telah ditentukan untuk menguasai dunia dan bersekutu dengan Dia (Kejadian 1:27-28; 2:15). 2) Kita telah berdosa terhadap Tuhan dan telah mengakibatkan seluruh dunia terletak di bawah kutuk (Kejadian 3). 3) Tuhan telah menebus dunia melalui korban Aank-Nya, Yesus Kristus (Kejadian 3:15; Lukas 19:10), dan suatu hari akan mengembalikan keadaan dunia ciptaan-Nya kepada keadaannya yang asal (Yesaya 65:17-25). Sudut pandangan Kristian memimpin kita kepada kemutlakan moral, mukjizat, kehormatan manusia, dan penebusan yang dapat diperolehi.

Mustahak untuk ingat bahawa satu sudut pandangan itu bersifat konprehensif. Ia mempengaruhi keseluruhan hidup, dari kewangan kepada soal moral, dari politik kepada seni. Kekristenan yang sebenar bukan setakat beberapa pendapat yang digunakan dalam gereja. Kekristenan yang diajarkan dalam Alkitab juga merupakan satu sudut pandangan. Alkitab tidak pernah memisahkan di antara “kehidupan beragama” dengan “kehidupan sekular”. Kehidupan yang ada sebenarnya hanyalah kehidupan Kristian. Yesus mengisytiharkan diri-Nya sebagai ”jalan,kebenaran dan kehidupan” (Yohanes 14: 6) dan itu menjadi sudut pandangan kita.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah sudut pandangan Kristian?