Adakah Tuhan wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?




Soalan: Adakah Tuhan wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?

Jawapan: Adakah Tuhan wujud? Sungguh menarik apabila mendapati bahawa banyak perhatian telah diberi pada soalan ini. Tinjauan yang paling terkini menunjukkan bahawa 90% orang di dunia ini percaya bahawa Tuhan wujud. Tetapi masih merupakan tanggungjawab orang yang percaya kepada Tuhan untuk membuktikan bahawa Tuhan sebenarnya wujud. Bagi saya, saya merasakan cara yang sebaliknya lebih sesuai.

Walau bagaimanapun, kewujudan Tuhan tidak boleh dibuktikan atau dinafikan. Kitab Injil mengatakan bahawa kita mesti menerima dengan iman bahawa Tuhan wujud. “Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.” (Ibrani 11:6). Jika Tuhan ingin, Dia boleh menunjukkan diri kepada dunia untuk membuktikan kewujudannya. Tetapi jika Tuhan berbuat begitu, maka tidak perlulah iman. “Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!” (Yohanes 20:29).

Tetapi hal ini tidak bermakna bahawa tiada bukti mengenai kewujudan Tuhan. Kitab Injil mengatakan bahawa, “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya; Hari yang satu menyampaikannya kepada hari yang berikut, dan malam yang satu mengulanginya kepada malam yang kemudian. Ucapan atau perkataan tidak digunakan; suara tidak kedengaran.” (Mazmur 19:1-4). Dengan melihat bintang, memahami betapa besarnya angkasa lepas, meninjau kekaguman alam semulajadi, menikmati kecantikan matahari pada waktu senja – semua ini menunjukkan kewujudan Tuhan. Kalau semua ini masih tidak cukup, terdapat lagi bukti dalam hati kita. Pengkhutbah 3:11 mengatakan, “Dia telah menentukan waktu yang tepat bagi tiap-tiap perkara. Dia telah memberi kita keinginan untuk mengetahui masa depan, tetapi tidak memberi kita pemahaman tentang segala perbuatan-Nya dari awal sampai akhir.” Terdapat sesuatu dalam hati kita yang memberitahu kita bahawa dunia dan hidup ini belum muktamad, terdapat sesuatu yang melebihi segala yang kita nampak dan ketahui. Kita boleh menafikannya secara intelek, tetapi kehadiran konsep Tuhan dalam hati kita tidak boleh dinafikan. Selain daripada ini, Kitab Injil memberi amaran bahawa masih ada orang yang menafikan Tuhan. Orang bodoh berkata dalam hati, “Tidak ada Tuhan” (Mazmur 14:1). Kerana terdapat 98% orang dalam sejarah di seluruh dunia yang percaya bahawa ada Tuhan, mesti ada sesuatu atau seseorang yang menyebabkan kepercayaan ini.

Selain daripada alasan yang diberikan oleh Kitab Injil, terdapat juga perbalahan logik mengenai kewujudan Tuhan. Pertama kali, perbalahan ontologikal. Hal ini menggunakan konsep Tuhan membuktikan Tuhan. Konsep ini mengatakan definasi Tuhan ialah “sesuatu yang tidak boleh diatasi dalam fikiran kita”. Katanya, kewujudan adalah lebih tinggi daripada tidak wujud. Oleh itu, kewujudan yang paling tinggi mesti wujud. Kalau Tuhan tidak wujud, maka Tuhan tidak akan wujud dalam fikiran kita. Tetapi hal ini bercanggah dengan definasi Tuhan. Alasan kedua ialah perbalahan teleologikal. Perbalahan teleologikal mengatakan bahawa alam ini menunjukkan reka bentuk yang mengagumkan, maka mesti terdapat seorang pencipta yang maha besar. Sebagai contoh, jika bumi lebih dekat atau jauh sebanyak beratus batu daripada matahari, maka kehidupan tidak akan wujud di bumi ini seperti sekarang. Jika peratusan bahan kimia dalam udara berbeza daripada segala yang terdapat sekarang, semua kehidupan di bumi ini akan mati. Kebarangkalian untuk wujudnya molekul protein secara sendiri adalah 1 dibahagi oleh 10234. Satu sel asalnya terdiri daripada berjuta-juta molekul protein.

Perbalahan ketiga ialah perbalahan kosmologi. Setiap akibat mesti terdapat sebab. Alam ini dan semua benda dalamnya adalah satu akibat. Jadi mesti terdapat sebab yang mewujudkan mereka. Akhirnya, mesti terdapat sesuatu yang bukan akibat yang menyebabkan benda-benda lain maka mesti merupakan sebabnya. Benda yang bukan akibat itu ialah Tuhan. Perbalahan keempat ialah perbalahan moral. Setiap tamadun dalam sejarah mempunyai undang-undang moral. Semua orang mempunyai pengetahuan mengenai betul dan salah. Pembunuhan, penipuan, pencurian dan kerosakan moral ditolak oleh semua orang. Jika bukan disebabkan oleh adanya Tuhan yang suci, bagaimana boleh wujud konsep moral ini?

Walaupun bukti kewujudan Tuhan ketara, tetapi Kitab Injil mengatakan bahawa masih terdapat orang yang tidak ingin percaya kepada Tuhan dan lebih suka pembohongan. Roma 1:25 mengatakan bahawa, “Mereka menukar ajaran benar daripada Allah dengan dusta. Mereka lebih suka menyembah dan mentaati apa yang diciptakan oleh Allah, daripada menyembah dan mentaati Allah yang menciptakan semuanya. Dialah yang seharusnya dipuji selama-lamanya! Amin.” Kitab Injil juga menyatakan bahawa kita tidak ada alasan yang betul untuk menafikan Tuhan, “Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.” (Roma 1:20).

Mereka yang tidak mahu percaya kepada Tuhan memberi alasan bahawa “tidak saintifik” atau “tiada bukti”. Alasan yang sebenar ialah jika mereka mengaku Tuhan, maka mereka terpaksa bertanggungjawab kepada Tuhan dan perlukan pengampunan dosa (Roma 3:23, 6:23). Jika Tuhan wujud, maka kita mesti menanggung akibat perbuatan kita dan mematuhi hukum Tuhan. Jika Tuhan tidak wujud, maka kita boleh berbuat sesuka hati dan tidak perlu risau tentang keadilan Tuhan. Saya percaya inilah sebabnya teori evolusi diterima oleh ramai orang dalam masyarakat kita. Tuhan wujud dan semua orang akan tahu kewujudannya satu hari nanti. Mereka yang cuba menafikan Tuhan sebaliknya melakukan sesuatu yang membuktikan kewujudan Tuhan.

Satu lagi perbalahan mengenai kewujudan Tuhan. Bagaimana saya tahu Tuhan wujud? Saya tahu kerana saya berbual dengan Tuhan setiap hari. Saya tidak mendengar suaranya dengan telinga, tetapi saya merasai kehadirannya. Saya nampak pimpinan-Nya, saya tahu kasih sayang-Nya, saya nikmati rahmat-Nya. Banyak perkara berlaku dalam hidup saya yang hanya boleh dijelaskan dengan konsep kewujudan Tuhan. Tuhan telah mengubah kehidupan saya dan menyelamatkan saya daripada keruntuhan moral, oleh itu saya mesti memuji dan mengakui kewujudan Tuhan. Tidak ada perbalahan yang boleh menyakinkan semua orang tentang kewujudan Tuhan jika mereka memang degil dengan kepercayaan sendiri. Akhirnya, kewujudan Tuhan mesti diterima dengan iman (Ibrani 11:6). Iman dan kepercayaan pada Tuhan bukan satu lompatan buta dalam kegelapan, tetapi merupakan satu langkah selamat ke dalam satu bilik yang terang dengan bercahaya di mana 90% orang sudah berada di sana.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Tuhan wujud? Terdapatkah bukti kewujudan Tuhan?