settings icon
share icon
Soalan

Apakah asal-usul bangsa-bangsa?

Jawapan


Alkitab tidak memberikan asal-usul yang jelas kepada bangsa-bangsa dan warna kulit manusia. Sebenarnya, hanya ada satu bangsa iaitu bangsa manusia. Dalam manusia ada perbezaan warna kulit dan beberapa ciri-ciri jasmani yang lain. Beberapa spekulasi berkata, sewaktu Tuhan mengacau-bilaukan bahasa manusia dalam Kejadian 11 Dia juga telah menciptakan perbezaan kaum. Tuhan juga telah mencipta perbezaan kod genetik manusia untuk dapat hidup dalam keadaan ekologi yang berbeza, seperti kulit hitam pada orang Africa untuk bertahan cuaca panas terik. Menurut pandangan ini, Tuhan membingungkan bahasa, membuat manusia berkumpul dalam rumpun bahasa mereka dan kemudian menciptakan perbezaan genetik kaum berdasarkan kedudukan lokasi kaum menetap. Walaupun ini satu kemungkinan, tidak ada dasar Alkitab untuk menyokong pandangan ini. Perhubungan di antara bangsa-bangsa dan warna kulit kepada menara Babel tidak ada disebut di dalam Alkitab.

Apabila muncul bahasa yang berbeza-beza selepas air bah, kumpulan bahasa yang sama mula bergerak bersama-sama. Oleh sebab itu percampuran genetik manusia menjadi semakin sempit sebab tidak lagi berkumpul dengan seluruh penduduk manusia. Pembiakan yang dekat berlaku, dan ini mengakibatkan terbentuknya bentuk wajah dalam kumpulan tersebut. Apabila pembiakan dalaman terus berlaku dalam generasi yang menyusul, percampuran genetik menjadi semakin sempit sehingga orang-orang dari keluarga yang sama semuanya mempunyai wajah yang serupa.

Penjelasan lain berkata Adam dan Hawa mempunyai gen untuk menghasilkan keturunan orang berkulit hitam, coklat dan putih (dan semua warna kulit yang lain). Ini sama dengan pasangan dari pelbagai campuran bangsa akan menghasilkan anak-anak dengan warna kulit yang berbeza-beza. Sejak Tuhan memang mahukan manusia mempunyai penampilan yang berbeza, masuk akal untuk mengatakan Tuhan memberikan Adam dan Hawa kemampuan untuk menghasilkan anak-anak dengan warna kulit yang berbeza-beza. Orang-orang yang terselamat daripada air bah hanyalah Nuh dan isterinya, tiga orang anak-anak lelaki Nuh bersama dengan isteri mereka. Kesemuanya seramai lapan orang (Kejadian 7:13). Barangkali menantu-menantu perempuan Nuh berasal daripada kaum yang lain. Mungkin juga isteri Nuh berasal daripada kaum yang lain. Barangkali semua mereka berasal dari kaum yang bercampur-campur yang membolehkan mereka untuk menghasilkan anak-anak dari pelbagai bangsa. Apapun penjelasannya, perkara terpenting adalah kita semua satu bangsa, diciptakan oleh Tuhan yang sama dengan tujuan yang sama iaitu untuk memuliakan Dia.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah asal-usul bangsa-bangsa?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries