Saya sudah bercerai. Menurut Alkitab dapatkah saya berkahwin lagi?




Soalan: Saya sudah bercerai. Menurut Alkitab dapatkah saya berkahwin lagi?

Jawapan: Kita sering menerima pertanyaan yang berkata “Saya telah bercerai disebabkan perkara itu dan ini. Bolehkah saya berkahwin lagi?” “Saya telah bercerai sebanyak dua kali-yang pertama disebabkan pasangan saya telah berzinah dan kali kedua disebabkan ketidakserasian. Sekarang saya sedang berpacaran dengan seorang lelaki yang telah bercerai sebanyak tiga kali-yang pertama disebabkan ketidakserasian, kali kedua disebabkan oleh perzinahan di pihaknya dan kali ketiga disebabkan oleh perzinahan di pihak isterinya. Dapatkah kami berkahwin?” Pertanyaan-pertanyaan seperti ini sangat sulit untuk dijawab kerana Alkitab tidak ada menyentuh secara panjang lebar berhubung perkahwinan selepas perceraian berlaku.

Apa yang jelas kita ketahui untuk pasangan yang sudah berkahwin adalah Tuhan mahu agar tetap tinggal dalam perkahwinan itu selagi pasangan masih hidup (Kejadian 2:24; Matius 19:6). Satu-satunya peruntukan untuk berkahwin selepas bercerai adalah perceraian yang disebabkan perzinahan (Matius 19:9) dan ini diperdebat di kalangan orang-orang Kristian. Satu lagi kemungkinan adalah apabila pasangan yang masih hidup meninggalkan pasangannya (1 Korintus 7:12-15). Ayat ini tidak menyebut secara khusus tentang berkahwin lagi sebaliknya ia memberi nasihat untuk tetap bertahan dalam pernikahan itu. Penderaan seks dan emosi yang teruk juga boleh menjadi dasar untuk berpisah dan kemungkinan untuk berkahwin lagi. Walau bagaimanapun perkara ini tidak diajar oleh Alkitab dengan secara khusus.

Ada dua perkara yang pasti. Tuhan membenci perceraian (Maleakhi 2:16), dan Tuhan maha pengasih dan pengampun. Setiap perceraian telah diakibatkan oleh dosa, samada ianya disebabkan oleh satu pihak atau kedua-duanya pihak. Adakah Tuhan mengampuni perceraian? Sudah pasti! Perceraian dapat diampuni sama seperti dengan dosa yang lain. Kita menerima pengampunan untuk semua dosa melalui iman di dalam Yesus Kristus (Matius 26:28; Efesus 1:7). Sekiranya Tuhan mengampuni dosa perceraian adakah itu bermakna anda yang terlibat dalam perceraian bebas untuk berkahwin? Tidak semestinya. Tuhan pada waktu tertentu memanggil orang untuk tetap tidak berkahwin (1 Korintus 7:7-8). Keadaan yang tidak berkahwin jangan dipandang sebagai satu kutukan atau hukuman melainkan satu peluang untuk melayani Tuhan dengan sepenuh hati (1 Korintus 7:32-36). Namun Firman Tuhan berkata, adalah lebih baik berkahwin daripada dihanguskan oleh nafsu (1 Korintus 7:9). Barangkali ini dapat dipakai sebagai alasan untuk berkahwin selepas bercerai.

Jadi dapatkah dan haruskah anda berkahwin lagi? Kami tidak dapat menjawab soalan itu. Akhirnya itu di antara anda,pasangan anda dan yang paling penting di antara anda dengan dengan Tuhan. Kami menasihatkan supaya anda berdoa meminta hikmat daripada Tuhan berhubung apa yang harus anda lakukan (Yakobus 1:5). Berdoalah dengan hati yang terbuka dan bersungguh-sungguh meminta supaya Tuhan meletakkan kehendak-Nya dalam hati anda (Mazmur 37:4). Carilah kehendak Tuhan (Amsal 3:5-6) dan turutilah pimpinan-Nya.



Balik ke laman bahasa Melayu

Saya sudah bercerai. Menurut Alkitab dapatkah saya berkahwin lagi?