settings icon
share icon
Soalan

Apakah berdoa dalam bahasa lidah?Adakah berdoa dalam bahasa lidah merupakan bahasa di antara orang percaya dengan Allah?

Jawapan


Secara asasnya, silakan membaca artikel bertajuk kurniaan bahasa lidah. Terdapat empat bahagian Alkitab yang utama memperkatakan bukti berdoa dalam bahasa lidah: Roma 8:26, 1 Korintus 14:4-17; Efesus 6:18 dan Yudas ayat 20. Efesus 6:18 dan Yudas ayat 20 menyatakan, "berdoa dalam Roh." Walau bagaimanapun, berbahasa lidah dalam berdoa bukanlah satu tafsiran yang tidak mustahil bagi "berdoa dalam Roh."

Roma 8:26, "Begitu juga Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini. Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata,". Dua perkara utama yang agak mustahil tidak mungkin dirujuk oleh Roma 8:26 iaitu bahasa lidah sebagai bahasa doa.

(1) Roma 8:26 menyebutkan iaitu Roh yang "mengerang" bukanlah orang yang percaya. (2) Roma 8:26 menyebutkan, erangan yang dihasilkan dari Roh "tidak dapat diutarakan." Hakikatnya, asas berbahasa lidah ialah menuturkan kata-kata.

Disebabkan itu kita masih memiliki 1 Korintus 14:4-17, khususnya ayat 14, "Orang yang bercakap dalam bahasa yang ajaib hanya menguatkan diri sendiri, maka rohkulah yang berdoa, tetapi bukannya akal budinya,"1 Korintus 14:14 secara khususnya menyatakan "berdoa dalam bahasa lidah/roh." Ertinya? Pertama, mempelajari konteks yang nilainya tidak terhingga. 1 Korintus 14 asasnya merupakan perbandingan/kontra antara kurniaan bahasa lidah dan kurnia bernubuat. Ayat 2-5 dengan terangnya menunjukkan pendapat Paulus bahawa nubut tersebut lebih tinggi darjatnya berbanding bahasa lidah. Dalam masa yang sama, Paulus melaungkan nilai bahasa lidah dan menyebutkan beliau berbangga berbahasa lidah melebihi semua perkara (ayat 18).

Kisah pasal 2 menunjukkan pertama kali kemunculan bahasa lidah. Semasa Pentakosta, rasul-rasul berbahasa lidah. Kisah pasal 2 menjelaskan para Rasul bertutur dalam bahasa insan (Kisah 2:6-8). Perkataan yang diterjemahkan "lidah" dalam Kisah pasal 2 dan 1Korintus pasal 14 merupakan "glosa" yang bermaksud "bahasa." Ini merupakan perkataan yang melahirkan "glosari" dalam bahasa Inggeris. Berbahasa lidah suatu keboleh berbicara dalam bahasa yang tidak anda mengerti, dengan tujuan memberitakan Injil kepada penutur bahasa tersebut. Dalam wilayah Korintus yang berbilang bangsa, kurniaan bahasa lidah sangat berfaedah dan menonjol. Orang-orang percaya di Korintus boleh memberitakan Injil dan Firman Tuhan dengan lebih baik disebabkan kurniaan bahasa lidah. Tetapi Paulus menjelaskan bahasa penggunaan bahasa lidah seperti ini haruslah diterjemahkan (1 Korintus 14:!3, 27). Orang percaya dari Korintus akan berbahasa lidah, menyebarkan kebenaran Allah kepada penutur bahasa tersebut, kemudiannya orang percaya atau dari gereja lain menterjemahkannya sehingga dapat memahamkan seluruh jemaah. Jika begitu doa berbahasa lidah dan apakah bezanya menuturkan bahasa lidah? 1 Korintus 14:13-17 menunjukkan doa bahasa lidah harus diterjemah. Hasilnya berdoa bahasa lidah merupakan berdoa terhadap Allah.Doa ini berkat bagi penutur bahasa tersebut, dan juga perlu diterjemah untuk membangunkan jemaat.

Tafsiran ini berbeza bagi orang yang menganggap bahasa lidah itu bahasa doa. Penafsiran ini boleh diringkaskan: berdoa bahasa lidah merupakan doa peribadi antara orang percaya dan Allah (1 Korintus 13:1), bahawa orang percaya menggunakan untuk membimbing dirinya (1 Korintus 14:4). Tafsiran ini tidak Alkitabiah disebabkan: (1) Bagaimana berdoa bahasa lidah harus diterjemahkan? (1 Korintus 14:13-17)? (2) Bagaimana berdoa bahasa lidah membimbing diri padahal Alkitab menjelaskan kurniaan roh bagi membangunkan gereja dan bukan peribadi (1 Korintus 12:7)? (3) Bagaimana bahasa lidah menjadi bahasa doa peribadi jika bahasa tersebut "tanda orang tidak percaya" (1 Korintus 14:22)? (4) Ternyata dalam Alkitab tidak semua orang memiliki kurniaan bahasa lidah (1 Korintus 12:11, 28-30). Bagaimanakah bahasa lidah menjadi kurniaan untuk membangkitkan diri jika bukan semua orang mempercayainya? Bukankah kita perlu disedarkan?

Terdapat tambahan tentang berdoa bahasa lidah yang perlu dibincangkan. Segelintir yang memahami berdoa bahasa lidah dianggap "bahasa kod/rahsia" yang menghalang Iblis dan pengikutnya memahami doa-doa kita dan mengambil kesempatan di atas hal itu. Tafsiran ini tidak Alkitabiah disebabkan alasan-alasan berikut: (1) Perjanjian Baharu konsistennya menjelaskan bahasa lidah bahasa manusia (2) Alkitab mencatatkan orang percaya terlalu ramai berdoa dalam bahasa masing-masing dengan nyaring tanpa menghiraukan Iblis akan mengganggu doa itu. Walaupun Iblis dan pengikutnya mendengar dan faham doa kita, mereka tidak berkuasa untuk menghalang Allah daripada menjawab sesuai dengan kehendakNya. Kita mengetahui bahawa Allah itu mendengar dan fakta bahawa Iblis dan pengikutnya mendengar doa kita tidak relevan lagi.

Setelah membincangkan itu semua, bagaimana dengan umat Kristian yang pernah berdoa bahasa lidah dan merasakan itu telah membina diri mereka? Pertamanya, kita haruslah mendasari iman dan amalan berdasarkan Alkitab, bukannya pengalaman. Kita haruslah mendasarkan pengalaman kita daripada Kitab Suci dan bukannya mentafsirkan Kitab Suci untuk menerangkan pengalaman tersebut. Kedua, terdapat ajaran sesat dan agama dunia yang menjelaskan bahasa lidah/berdoa bahasa lidah. Jelaslah Roh Kudus tidak mengurniakan orang-orang tidak percaya ini. Disebabkan itu, jelaslah Iblis boleh memalsukan kurniaan bahasa lidah. Hal ini seharusnya menjadikan kita berhati-hati berbanding pengalaman Kitab Suci. Ketiga, banyak kajian menunjukkan berdoa bahasa lidah boleh dipelajari. Melalui mendengar dan memperhatikan orang berdoa bahasa lidah, seseorang dapat mempelajarinya, tanpa sedar. Hal ini menjelaskan sebahagian besar kes bahasa lidah/berdoa bahasa lidah di kalangan umat Kristian. Keempat, perasaan "membangunkan diri" sesuatu yang lumrah. Tubuh menghasilkan adrenalin dan endorfin semasa menghadapi sesuatu yang baru, mengghairahkan, ransangan emosi ataupun terpisah dari pemikiran yang rasional.

Berdoa bahasa lidah berbeza pendapat di kalangan orang Kristian. Berdoa bahasa lidah tidak menjamin keselamatan. Berdoa bahasa lidah tidak memisahkan orang Kristian dewasa daripada yang tidak dewasa. Adakah berdoa bahasa lidah itu tidak mendasari iman Kristian. Justeru walaupun kita percaya penafsiran Alkitab tidak menyuruh kita menerima bahasa tersebut bersifat peribadi demi membina diri sendiri-kami juga mengenalpasti ramai yang mempraktikkan hal persaudaraan seiman dalam Kristus, dan layak menerima kasih serta penghormatan kita.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah berdoa dalam bahasa lidah?Adakah berdoa dalam bahasa lidah merupakan bahasa di antara orang percaya dengan Allah?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries