settings icon
share icon
Soalan

Bilakah atau bagaimanakah kita menerima Roh Kudus?

Jawapan


Rasul Paulus mengajar kita dengan jelas bahawa kita menerima Roh Kudus pada saat kita percaya kepada Yesus Kristus sebagai penyelamat kita. 1 Korintus 12:13 mengisytiharkan bahawa, "Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Tuhan sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita." Roma 8:9 memberitahu kita bahawa jika seseorang tidak mempunyai Roh Kudus, dia bukan kepunyaan Kristus - "Tetapi kamu tidak lagi hidup menurut tabiat manusia. Kamu hidup menurut kehendak Roh Allah – jika Roh Allah menguasai hidup kamu. Sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, orang itu bukan milik Kristus." Efesus 1:13-14 mengajar kita bahawa Roh Kudus ialah jaminan penyelamatan bagi mereka yang percaya, "Roh itu jaminan bahawa kita akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya. Hal itu menyakinkan kita bahawa Allah akan membebaskan umat-Nya dengan sepenuhnya. Marilah kita memuji kemuliaan-Nya."

Tiga ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Roh Kudus mesti diterima pada saat penyelamatan. Paulus tidak akan mengatakan bahawa kita dibaptis dalam satu Roh dan dicurahkan dengan Roh yang sama jika bukan semua penganut di Korintus memiliki Roh Kudus. Roma 8:9 memberi lebih penekanan. Jika seseorang tidak mempunyai Roh Kudus, dia bukan kepunyaan Kristus. Maka, mempunyai Roh Kudus ialah satu faktor yang mengenal pasti samada kita mempunyai penyelamatan. Selanjutnya, Roh Kudus tidak boleh menjadi “jaminan penyelamatan” (Efesus 1:13-14) jika Dia tidak diterima pada masa penyelamatan. Banyak firman yang menjadikannya sangat jelas bahawa penyelamatan kita terjamin pada saat kita menerima Kristus sebagai Penyelamat.

Perbincangan ini menimbulkan perbalahan kerana ministri Roh Kudus kerap mengelirukan. Menerima atau didiami Roh Kudus berlaku pada saat penyelamatan. Dipenuhi dengan Roh Kudus ialah proses yang berterusan dalam kehidupan Kristian. Walaupun kita percaya bahawa pembaptisan Roh Kudus berlaku pada saat penyelamatan, sesetengah Kristian tidak berpendapat demikian. Maka hal ini menyebabkan pembaptisan Roh Kudus kadangkala dikelirukan dengan “menerima Roh Kudus” sebagai tindakan selepas penyelamatan. Sebagai kesimpulannya, bagaimanakah kita menerima Roh Kudus? Kita menerima Roh Kudus hanya dengan mempercayai Tuhan Yesus Kristus sebagai Penyelamat kita (Yohanes 3:5-16). Bilakah kita menerima Roh Kudus? Roh Kudus menjadi kepunyaan tetap kita pada saat kita percaya.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bilakah atau bagaimanakah kita menerima Roh Kudus?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries