Apakah dispensasionalisme dan adakah ia Alkitabiah?




Soalan: Apakah dispensasionalisme dan adakah ia Alkitabiah?

Jawapan: Dispensasionalisme merupakan satu sistem teologi yang mempunyai dua perbezaan utama dengan yang lain. 1) Penafisran Firman Tuhan secara harfiah yang tidak berubah-ubah. 2) Perbezaan di antara Israel dengan gereja dalam rancangan Tuhan.

Dispensasionalisme berkata kaedah penyelidikan Firman Tuhan mereka adalah secara harfiah, iaitu memberikan setiap perkataan erti sebagaimana ianya dimengerti dalam penggunaan setiap hari. Simbol-simbol dan bahasa gambaran semua ditafsirkan secara jelas dalam cara ini dan ini tidak bertentangan dengan penafsiran Firman Tuhan secara harfiah. Simbol-simbol dan bahasa gambaran juga mempunyai pengertian harfiah di sebalik mereka.

Ada tiga alasan mengapa dispensasionalisme merupakan cara yang terbaik untuk mengerti Firman Tuhan. Pertama, kita perlu berserah kepada tujuan bahasa yang menuntut supaya ianya ditafsir secara harfiah. Bahasa diberikan Tuhan supaya dapat berkomunikasi dengan manusia. Alasan kedua adalah Alkitabiah. Setiap nubuatan tentang Yesus Kristus dalam Perjanjian Lama telah digenapi secara harfiah. Kelahiran,pelayanan, kematian dan kebangkitan Yesus semuanya telah digenapi tepat seperti yang telah dikatakan dalam Perjanjian Lama. Tidak ada penggenapan dalam Perjanjian Baru bukan harfiah terhadap nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama. Ini sangat berpihak kepada kaedah penafsiran harfiah. Sekiranya kaedah penafsiran harfiah tidak digunakan dalam penyelidikan Firman Tuhan,kita tidak akan mempunyai piawaian yang tetap untuk memahami Alkitab. Setiap orang akan mula menafsirkan Alkitab menurut kesesuaian yang dilihat dan selera masing-masing. Penafsiran Alkitab akan beralih daripada “Alkitab berkata...” kepada “bahagian ini bercakap kepada saya...” Sedih sekali sebab beginilah keadaan dengan banyak penafsiran harfiah Alkitab masa kini.

Teologi dispensasionalisme berkata ada dua umat Tuhan yang berbeza: Israel dan Gereja. Dispensasionalisme percaya keselamatan diterima dengan iman di dalam Tuhan baik dalam Perjanjian Lama dan terlebih iman kepada Anak (Tuhan menjadi manusia) dalam Perjanjian Baru. Dispensasionalisme berpegang pada pandangan yang erkata gereja tidak mengambil tempat Israel. Mereka percaya janji-janji yang Tuhan telah berikan kepada Israel (tanah, banyak keturunan dan segala berkat) dalam Perjanjial Lama akan digenapi sepenuhnya dalam Kerajaan 1000 tahun yang disebut dalam Wahyu 20. Dispensasionalisme percaya,sebagaimana Tuhan memberikan penumpuan kepada gereja dalam zaman ini, kelak Dia akan kembali memberikan fokus-Nya kepada Israel (Roma 9-11).

Dengan menggunakan sistem ini sebagai dasar, orang-orang dispensasionalisme memahami Alkitab tersusun kepada tujuh zaman: Zaman Tidak Berdosa (Kejadian 1:1–3:7), Zaman Suara Hati (Kejadian 3:8–8:22) Zaman Kerajaan Manusia (Kejadian 9:1–11:32), Zaman Janji (Kejadian 12:1– Keluaran 19:25), Zaman Hukum (Keluaran 20:1–Acts 2:4), Zaman Anugerah (Kisah 2:4–Wahyu 20:3), dan Zaman Kerajaan 1000 tahun (Wahyu 20:4-6). Tujuh buah zaman ini bukanlah jalan-jalan keselamatan tetapi kaedah di mana Tuhan berhubung dengan manusia dalam setiap zaman. Dispensasionalisme sebagai satu sistem membawa kepada penafsiran sebelum Kerajaan 1000 tahun untuk kedatangan Kristus yang kedua kali dan penafsiran sebelum masa kesengsaraan untuk hari pengangkatan. Sebagai rumusan, dispensasionalisme merupakan sistem teologi yang menegas penafsiran harfiah ke atas nubuatan Alkitab, mengenalpasti perbezaan ketara di antara israel dan gereja Tuhan dan menyusun Alkitab kepada zaman-zaman yang berbeza sehinggalah ke zaman sekarang.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah dispensasionalisme dan adakah ia Alkitabiah?