settings icon
share icon
Soalan

Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum dalam Kitab Zabur?

Jawapan


Langkah penting untuk memahami isu ini adalah mengetahui bahawa hukum-hukum Kitab Zabur adalah diberi kepada Negara Israel dan bukannya kepada Kristian. Sebahagian daripada hukum-hukum itu adalah untuk membolehkan orang Israel mematuhi dan memuaskan syarat-syarat Tuhan (contohnya Sepuluh Perintah Tuhan); terdapat juga hukum yang mengajar orang Israel cara-cara menyembah Tuhan (sistem penyembahan); terdapat juga hukum yang membezakan Israel daripada bangsa-bangsa lain (peraturan makanan dan baju). Tiada lagi hukum Kitab Zabur yang mesti dipatuhi oleh Kristian pada masa ini. Semasa Yesus mati di atas Salib, Dia telah menamatkan keberkesanan undang-undang dalam Kitab Zabur (Roma 10:4; Galatia 3:23-25; Efesus 2:15).

Sebagai ganti kepada undang-undang dalam Kitab Zabur, kita adalah di bawah undang-undang Kristus (Galatia 6:2), iaitu “Hendaklah kamu saling menolong memikul beban. Dengan cara demikian kamu akan mentaati perintah Kristus. Yesus menjawab, “Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu. Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting! Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.” (Matius 22:37-40). Jika kita mematuhi kedua-dua hukum ini, kita telah melaksanakan segala yang diminta oleh Kristus, “Apabila kita mentaati perintah Allah, maka kita mengasihi Allah. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi kita.”(1 Yohanes 5:3). Secara teknikal, Sepuluh Perintah Tuhan juga tidak dikenakan ke atas Kristian. Walau bagaimanapun, sembilan perintah itu diulangi di perjanjian baru dalam Kitab Injil (kecuali mematuhi Hari Sabat). Sudah ketara bahawa jika kita mengasihi Tuhan, kita tidak akan menyembah tuhan atau dewa lain yang palsu. Jika kita mengasihi jiran kita, maka kita tidak akan membunuhnya, berbohong kepadanya, berzinah dengan isterinya, atau berasa tamak dan ingin merebut harta bendanya. Oleh itu, kita tidak tertakluk di bawah undang-undang dalam Kitab Zabur. Tetapi kita perlu mengasihi Tuhan dan jiran kita dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jika kita mematuhi hukum Kristus ini, maka keperluan moral lain akan dipenuhi juga.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Kristian dikehendaki mematuhi hukum-hukum dalam Kitab Zabur?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries