settings icon
share icon
Soalan

Adakah kebangkitan Yesus Kristus itu benar?

Jawapan


Firman memberikan bukti yang kukuh bahawa Yesus Kristus benar-benar telah bangkit daripada kematian. Kebangkitan Kristus tertulis dalam Matius 28:1-20; Markus 16:1-20; Lukas 24:1-53 dan Yohanes 20:1-21:25. Kebangkitan Kristus juga ditulis dalam Kisah Para Rasul (Kisah 1:1-11). Daripada ayat-ayat ini kita dapat melihat banyak “bukti” mengenai kebangkitan Kristus. Pertama, lihatlah kepada perubahan yang sangat ketara pada para pengikut-Nya. Mereka berubah daripada sekumpulan pengecut yang bersembunyi dalam sebuah bilik menjadi sekumpulan pengikut yang sangat berani memberi kesaksian berita Injil ke seluruh dunia. Apakah perkara lain yang dapat menjelaskan perubahan yang sangat ketara ini selain daripada kenyataan bahawa Kristus telah bangkit dan muncul di hadapan mereka?

Kedua, lihatlah kepada kehidupan Rasul Paulus. Apakah yang telah mengubah dirinya daripada seorang penganiaya gereja menjadi seorang rasul gereja? Perkara yang telah mengubah dirinya ialah Kristus yang telah bangkit dan muncul di hadapannya sewaktu dia dalam perjalanan menuju ke Damsyik (Kisah 9:1-6). Bukti ketiga yang sangat meyakinkan ialah kubur Yesus yang kosong. Sekiranya Kristus tidak dibangkitkan, maka di manakah tubuh-Nya? Para pengikutnya dan beberapa orang yang lain telah melihat kubur tempat Yesus dikuburkan. Apabila mereka kembali ke sana, tubuh-Nya tidak ada di sana. Malaikat-malaikat mengisytiharkan bahawa Dia telah dibangkitkan daripada kematian seperti yang pernah dijanjikan-Nya (Matius 28:5-7). Bukti tambahan seterusnya ialah orang ramai yang telah melihat Kristus selepas dia dibangkitkan (Matius 28:5,9,16-17; Markus 16:9; Lukas 24:13-35; Yohanes 20:9,24,26-29;21:1-14; Kisah 1:6-8; 1 Korintus 15;5-7).

Satu lagi alasan kebangkitan Yesus adalah benar adalah kerana para rasul memberikan penekanan yang sangat berat ke atas kebangkitan-Nya. Bab yang menyatakan tentang kebangkitan Kristus tertulis dalam 1 Korintus 15. Dalam bab ini Rasul Paulus memberi penjelasan sebab-sebab mengapa sangat penting untuk memahami dan mempercayai kebangkitan Kristus. Kebangkitan Kristus penting kerana beberapa perkara berikut: (1) Sekiranya Yesus tidak dibangkitkan maka mereka yang percaya kepada-Nya juga tidak akan dibangkitkan daripada kematian (1 Korintus 15: 12-15). (2) Sekiranya Yesus tidak dibangkitkan daripada kematian maka pengorbanan-Nya bagi dosa tidak memadai (1 Korintus 15: 16-19). Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa kematian-Nya sebagai penebusan bagi dosa kita telah diterima oleh Tuhan. Sekiranya Dia telah mati dan kekal dalam keadaan mati, maka itu satu petanda bahawa pengorbanan-Nya tidak memadai. Maka mereka yang percaya kepada-Nya tidak akan diampuni daripada dosa-dosa mereka, dan mereka akan kekal dalam keadaan mati setelah mereka meninggal dunia kelak (1 Korintus 15: 16-19) – dan tidak akan ada kehidupan kekal (Yohanes 3:16). Tetapi hakikatnya ialah, Kristus telah dibangkitkan daripada kematian, menjadi yang pertama daripada mereka yang telah meninggal (1 Korintus 15:20) dan oleh sebab Kristus telah dibangkitkan daripada kematian – Dia merupakan buah sulung bagi kebangkitan kita.

(3) Mereka yang percaya kepada-Nya akan dibangkitkan dan menerima kehidupan kekal bersama-sama-Nya (1 Korintus 15;20-23). 1 Korintus 15 seterusnya menjelaskan bahawa kebangkitan Kristus ialah bukti kemenangan-Nya ke atas dosa dan memberikan kita kuasa untuk hidup dengan kemenangan ke atas dosa (1 Korintus 15:24-34) (4) Hal ini menggambarkan sifat mulia tubuh kebangkitan yang akan kita terima (5) Hakikat ini juga mengisytiharkan bahawa akibat daripada kebangkitan Kristus, semua orang yang telah percaya kepada-Nya akan mendapat kemenangan ke atas dosa (1 Korintus 15: 50-58). Betapa mulianya kebenaran kebangkitan Kristus ini! “Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, hendaklah kamu teguh dan kukuh. Hendaklah kamu rajin bekerja untuk Tuhan, kerana kamu tahu bahawa semua yang kamu lakukan untuk Tuhan, tidak sia-sia” (1 Korintus 15:58). Menurut kitab Injil, kebangkitan Yesus Kristus memanglah benar. Kitab Injil merekodkan bahawa kebangkitan Kristus mempunyai saksi mata melebihi 400 orang, dan seterusnya berdasarkan pengajaran Kristian menggunakan fakta bersejarah kebangkitan Yesus.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah kebangkitan Yesus Kristus itu benar?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries