Apakah tahap keintiman yang sesuai sebelum berkahwin?




Soalan: Apakah tahap keintiman yang sesuai sebelum berkahwin?

Jawapan: Efesus 5:3 berkata, “Tetapi percabulan dan rupa-rupa kecemaran atau keserakahan disebut saja pun jangan di antara kamu, sebagaimana sepatutnya bagi orang-orang kudus.” Apa juga yang berbau seks yang tidak bermoral adalah tidak sesuai bagi seorang Kristian. Alkitab tidak memberikan kita satu senarai perkara yang dapat disebut sebagai berbau seks tidak bermoral atau memberitahu kegiatan fizikal yang diperbolehkan sebelum berkahwin. Walaupun tidak ada disebut, ini bukan bererti Tuhan bersetuju dengan hubungan seks sebelum berkahwin. Percumbuan ditentukan bagi menyediakan pasangan untuk mengadakan hubungan seks. Oleh yang demikian percumbuan perlu dielak sehinggalah berkahwin.

Apabila ada keraguan tentang suatu kegiatan bagi pasangan yang belum berkahwin, itu haruslah dielakkan (Roma 14:23). Hubungan seksual perlu diperketatkan hanya kepada pasangan yang telah berkahwin. Pasangan yang belum berkahwin harus menjauhi kegiatan-kegiatan yang dapat menggoda mereka untuk melakukan seks, sesuatu yang mempunyai rupa-rupa kecemaran atau kegiatan yang boleh disebut sebagai percumbuan. Ramai pastor-pastor dan penasihat-penasihat Kristian membuat ketegasan supaya pasangan tidak melebihi sempadan berpegang tangan, pelukan dan ciuman ringan sebelum berkahwin. Lebih banyak perkara yang khas dikongsikan di antara pasangan akan menjadikan perkahwinan itu lebih istimewa dan unik.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah tahap keintiman yang sesuai sebelum berkahwin?