Adakah Alkitab merekodkan kematian rasul-rasul? Bagaimanakah setiap rasul meninggal dunia?




Soalan: Adakah Alkitab merekodkan kematian rasul-rasul? Bagaimanakah setiap rasul meninggal dunia?

Jawapan: Satu-satunya rasul yang kematiannya ditulis dalam Alkitab adalah Yakobus (Acts 12:2). Perintah Raja Herodes supaya “membunuh Yakobus, saudara Yohanes, dengan pedang,” kemungkinan besar merujuk kepada hukuman pancung. Peristiwa kematian rasul-rasul yang lain kita dapati melalui tradisi gereja, jadi kita tidak boleh terlalu memberi penekanan terhadap salah satu daripada peristiwa yang lain ini. Tradisi gereja berhubung kematian rasul-rasul yang paling diterima adalah tentang kematian Rasul Petrus yang disalibkan terbalik pada sebuah salib berbentuk X di Rom sebagai penggenapan nubuatan Yesus (Yohanes 21:18). Berikut ini merupakan tradisi yang paling popular mengenai kematian para rasul yang lain:

Matius mati syahid di Habsyah. Dia terbunuh oleh luka pedang. Yohanes menghadapi mati syahid ketika ia direbus dalam kuali besar berisi minyak panas sewaktu gelombang penganiayaan yang besar sedang berlaku di Rom. Namun, secara ajaib dia telah terselamatkan dari kematian. Yohanes kemudian dihukum ke perlombongan di pulau penjara Patmos. Dia menulis kitab nubuatan Wahyu di sana. Rasul Yohanes kemudiannya dibebaskan dan kembali ke negara yang sekarang kita kenali sebagai Turki. Dia meninggal sebagai seorang yang lanjut umur, satu-satunya rasul yang telah mati secara damai.

Yakobus, saudara Yesus (bukan seorang rasul yang rasmi) adalah pemimpin gereja di Yerusalem.Ia telah dicampakkan dari sebelah tenggara puncak Bait Suci (lebih 100 kaki tingginya) apabila dia enggan menyangkal imannya dalam Kristus. Apabila musuh-musuhnya mendapati ia terselamat, mereka membunuhnya dengan pukulan-pukulan belantan. Puncak ini dikatakan puncak yang sama di mana Iblis telah menggoda Yesus .

Bartholomeus,yang juga dikenali sebagai Natanel, adalah mubaligh ke Asia. Dia bersaksi di negera yang sekarang dikenali sebagai Turki dan mati syahid setelah berkhutbah di Armenia. Dia telah dikuliti sampai mati dengan sebuah cambuk. Andreas disalibkan pada salib berbentuk X di Greece. Setelah disebat sehingga parah oleh tujuh orang tentera, tubuhnya diikat ke salib dengan tali untuk memanjangkan penderitaannya. Para pengikutnya melaporkan bahawa ketika ia menuju ke arah salib, Andreas memberi hormat dengan kata-kata ini: “Saya telah lama mengingin dan mengharapkan waktu bahagia ini. Salib telah dikuduskan oleh tubuh Kristus yang tergantung di atasnya.” Beliau terus berkhutbah kepada para penyiksanya selama dua hari sehingga dia meninggal dunia. Rasul Thomas telah ditikam dengan lembing di India dalam salah satu perjalanan misi untuk mendirikan gereja di sana. Matias, rasul yang dipilih untuk menggantikan Judas Iskariot, telah direjam dengan batu dan kemudian kepalanya pula dipenggal. Rasul Paulus disiksa dan kemudian kepalanya dipenggal oleh Maharaja Nero yang jahat di Rom dalam tahun 67. Terdapat juga cerita mengenai rasul yang lain, tetapi tidak dapat disokong dengan sejarah atau tradisi yang dapat dipercayai.

Bagimana rasul-rasul meniggal tidaklah begitu penting. Apa yang penting ialah kesanggupan dan kesediaan mereka untuk mati demi iman mereka. Jika Yesus tidak dibangkitkan daripada kematian , para murid pasti tahu. Orang tidak akan mati untuk sesuatu yang mereka tahu sebagai dusta. Fakta bahawa semua para rasul bersedia untuk mati kematian yang mengerikan dan tidak mahu menyangkal iman mereka dalam Kristus merupakan bukti yang luar biasa bahawa mereka telah benar-benar menyaksikan kebangkitan Yesus Kristus.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Alkitab merekodkan kematian rasul-rasul? Bagaimanakah setiap rasul meninggal dunia?