Jika keselamatan kita kekal abadi, mengapakah Alkitab menegaskan tentang menentang kemurtadan?




Soalan: Jika keselamatan kita kekal abadi, mengapakah Alkitab menegaskan tentang menentang kemurtadan?

Jawapan: Alkitab memperingati dengan tegasnya tentang kemurtadan disebabkan pertaubatan yang sejati diambil kira berdasarkan buah yang nyata. Semasa Yohanes Pembaptis membaptis orang-orang di Sungai Yordan, beliau memperingatkan mereka agar menganggap benar demi "menghasilkan buah yang sesuai dengan pertaubatan" (Matius 3:7. Yesus memperingati golongan yang mendengar khutbahNya di bukit bahawa pohon dikenali melalui buahnya (Matius 7:16), dan setiap pohon yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang serta dibakar dalam api (Matius 7:19)

Tujuan amaran-amaran ini adalah untuk menghalang iaitu apa yang digelarkan sebagai "percaya sewenang-wenangnya". Dengan erti kata lain, menuruti Yesus lebih daripada mengakui anda seorang Kristian. Semua orang boleh sahaja mendakwa Kristus itu Juruselamat, tetapi mereka yang mempercayai seluruh hati akan menghasilkan buah yang nyata. Mereka mungkin bertanya, "Apakah maksudnya buah?"

Contoh paling jelas tentang buah Kristian ditemukan dala Galatia 5:22-23 ketika Paulus menerangkan buah (Roh)Kudus; kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah-lembut dan menguasai diri. Terdapat jenis-jenis buah lain umat Kristian (misalnya puji-pujian, menenangkan jiwa Kristus), tetapi senarai ini secara ringkasnya menerangkan sikap baik orang-orang Kristian. Golongan percaya ini menunjukkan sikap-sikap ini dalam kehidupan mereka, sepanjang perjalanan Kekristianan mereka (2 Petrus 1:5-8).

Murid-murid sejati yang menghasilkan buah inilah memiliki jaminan keselamatan kekal serta terpelihara ke akhir hayatnya. Terdapat banyak ayat Alkitab menyebutkan hal ini. Roma 8:29-30 menggariskan "Rantai Emas" keselamatan dengan menyatakan golongan terpilih semula, ditentukan, diseru, diizinkan, dan dimuliakan -tiada yang sesat dalam perjalanan. Filipi 1:6 memaklumkan karya yang dimulai Allah dalam diri kita turut disempurnakan oleh Nya. Efesus 1:13-14 mengajar bahawa Allah mempateri kita dengan Roh Kudus sebagai jaminan turun-temurun dari saat kita menerimanya. Yohanes 10:29 menegaskan, tiada sesiapapun boleh merebut domba Allah dari tanganNya. Terdapat banyak surah Alkitab lain yang menyebutkan hal sedemikian- keselamatan golongan percaya terjamin kekal abadi.

Surah-surah yang memperingati kemurtadan berfungsi dua. Pertamanya, menasihati golongan percaya agar mempastikan "seruan dan pilihan" mereka. Paulus memaklumkan dalam 2Korintus 13:5 agar memeriksa diri demi mengetahui adakah kita kukuh dalam iman. Jika golongan percaya merupakan pengikut-pengikut Kristus yang menghasilkan buah, mereka sewajarnya melihat bukti keselamatan. Umat-umat Kristian menghasilkan buah dengan peringkat yang berbeza berdasarkan peringkat ketaatan mereka dan kurniaan rohani mereka, tetapi kebanyakannya menghasilkan buah; dan kita sewajarnya memperhatikan bukti semasa memeriksa diri.

Kadang-kala dalam penghidupan Kristian, ketika tiada buah kelihatan. Inilah saat-saat berdosa dan tidak taat. Yang terjadi semasa ketidaktaatan yang berpanjangan ini ialah Allah menyingkirkan kepastian keselamatan daripada kita. Lihatlah bahawa Allah tidak menyingkirkan keselamatan, tetapi kepastian keselamatan. Disebabkan itulah menerusi Mazmur 51 Daud berdoa agar "sukacita keselamatan"dikembalikan padanya (Mazmur 51:12). Semasa kita masih berdosa, kita kehilangan sukacita keselamatan tersebut. Disebabkan itulah kita wajar memeriksa diri sendiri. Semasa umat Kristian sejati memeriksa diri dan tidak mendapatkan buah, perkara itu sewajarnya mengarah kepada pertaubatan yang serius dan kembali ke hadrat Allah.

Alasan kedua yang utama daripada surah-surah yang berkaitan kemurtadan untuk menerangkan golongan murtad. Seseorang yang murtad menyangkal kepercayaan agamanya. Jelas daripada Alkitab golongan ini mengaku iman kepada Yesus Kristus tetapi tidak menerimaNya sebenar-benar sebagai Juruselamat. Matius 13:1-9 (Perumpamaan Penabur) menggambarkan dengan sempurna. Dalam perumpamaan ini penabur menabur benih ke empat jenis tanah; tanah keras, berbatu, tanah semak dan duri, serta yang digembur.

Tanah-tanah tersebut mewakili empat pandangan berbeza terhadap Injil. Pertama, penolakan muktamad, manakala yang lainnya menerima dalam peringkat yang berbeza-beza. Tanah berbatu dan yang semak duri menggambarkan golongan yang percaya pada mulanya, tetapi setelah kezaliman datang (tanah berbatu) atau hidup mereka dihimpit (tanah semak duri), mereka berbalik. Yesus menerangkan kedua pandangan ini walaupun pada awalnya menerima , tetapi tidak pernah menghasilkan buah. Kembali, menerusi khutbahNya di Bukit, Yesus menyebutkan, "Bukan setiap orang yang berseru, "Tuhan, Tuhan" akan masuk dalam kerajaan Allah" (Matius 7:21).

Kelihatan pelik bahawa Alkitab memperingatkan tentang kemurtadan, dan pada masa yang sama mengatakan umat Kristian sejati tidak akan pernah murtad. Tetapi inilah pengesahan Alkitab. 1 Yohanes 2:19 khususnya menerangkan,golongan murtad mengakui mereka bukan golongan percaya yang sejati. Alkitab memperingatkan tentang kemurtadan, disebabkan wajar menjadi peringatan bagi mereka "yang beriman" tetapi tidak menerima iman dengan betul-betul.

Surah-surah seperti Ibrani 6:4-6 dan Ibrani 10:26-29 merupakan "amaran" pada golongan percaya yang "berpura-pura" ingin memeriksa diri dan menyedari bahawa kalau masih ingin murtad, mereka belum diselamatkan betul-betul. Matius 7:22-23 menyebutkan bahawa "golongan percaya yang berpura-pura" ini ditolak oleh Allah bukan disebabkan kehilangan iman mereka tetapi disebabkan Allah belum mengenali mereka.

Terdapat ramai orang yang bersedia mengenengahkan diri dengan Yesus. Siapa yang tidak mengimpikan hidup kekal dan berkat? Tetapi Yesus memperingatkan agar kita menghitung harga menjadi murid(Lukas 9:23-26, 14:25-33). Golongan percaya yang sejati telah melakukan hal itu, mereka yang murtad tidak. Golongan murtad ketika meninggalkan iman memperlihatkan mereka belum pernah diselamatkan.(1 Yohanes 2:19). Kemurtadan bukanlah kehilangan keselamatan, tetapi terbukti bahawa keselamatan belum pernah dimiliki.



Balik ke laman bahasa Melayu

Jika keselamatan kita kekal abadi, mengapakah Alkitab menegaskan tentang menentang kemurtadan?