Mengapa Allah menuntut korban haiwan dalam Perjanjian Lama?




Soalan: Mengapa Allah menuntut korban haiwan dalam Perjanjian Lama?

Jawapan: Allah menuntut persembahan haiwan agar umat manusia boleh mendapatkan pengampunan bagi dosa-dosa mereka (Imamat 4:35; 5:10) Persembahan haiwan merupakan tema penting dalam keseluruhan Alkitab. Semasa Adam dan Hawa berdosa, Allah mengorbankan haiwan bagi menyediakan pakaian mereka (Kejadian 3:21). Kain dan Habel mempersembahkan korban di hadapan Allah. Persembahan Kain ditolak kerana dia mempersembahkan buah-buahan, manakala Habel diterima kerana mempersembahkan "anak pertama dombanya". (Kejadian 4:4-5). Setelah surutnya banjir, Nuh mempersembahkan haiwan di hadapan Allah. Persembahannya merupakan bau wangi yang disenangi Tuhan(Kejadian 8:20-21). Allah memerintahkan Abraham agar mempersembahkan anaknya, Ishak. Abraham taat, tetapi ketika hampir mengorbankan anaknya, Allah campur tangan lalu menggantikan seekor domba jantan bagi menggantikan Ishak (Kejadian 22:10-13).

Sistem pengorbanan mencapai kemuncaknya pada zaman Israel. Allah memerintahkan mereka mempersembahkan pelbagai korban.Menurut Imamat 1:1-4, terdapat prosedur tertentu yang perlu dituruti. Pertamanya, haiwan berkenaan haruslah tidak cacat. Lantaran, orang yang mempersembahkan haruslah mengidentifikasikan dirinya dengan haiwan tersebut. Orang tersebut haruslah membunuh haiwan tersebut. Haruslah dilakukan dengan iman, pengorbanan ini menyiapkan pengampunan dosa-dosa. Korban lain disebut Hari Perdamaian, yang tergambar dalam Imamat 16, menunjukkan pengampunan dan penghapusan dosa. Imam besar menggunakan dua domba jantan sebagai korban penghapus dosa. Salah seekor daripada domba dikorbankan sebagai penghapus dosa seluruh umat Israel (Imamat 16:15) manakala yang seekor lagi dibebaskan di padang gurun (Imamat 16:20-22). Korban penghapus dosa mempersiapkan pengampunan, manakala domba lain menghapuskan dosa.

Jika demikian, mengapa kita tidak mempersembahkan haiwan sekarang? Persembahan tersebut telah berakhir kerana Yesus Kristus merupakan persembahan yang utama. Yohanes Pembaptis mengenalpasti perkara ini semasa pertama kali terpandang Yesus. "Keesokan harinya, Yohanes mendapati Yesus menemuinya, lalu ia berkata "Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapuskan dosa dunia" (Yohanes 1:29). Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa haiwan? Apa kesalahan mereka? Inilah poinnya, haiwan-haiwan tersebut tidak bersalah tetapi mereka mati demi menggantikan pemberi persembahan. Yesus Kristus juga tidak bersalah tetapi sukarela menyerahkan diriNya agar mati demi dosa-dosa umat manusia (1 Timotius 2:6). Ramai orang yang mengganggap mati demi orang lain ini merupakan penggantian. Yesus Kristus menanggung dosa kita dan mati demi menggantikan kita. Sepertimana disebutkan oleh 2Korintus 5:21, "Dia [Yesus] yang tidak mengenal dosa telah dijadikanNya [Allah] berdosa disebabkan kita, agar dalam Dia, kita dibenarkan oleh Allah" Menerusi iman dalam pencapaian Yesus, di atas salib itu manusia mendapatkan pengampunan.

Ringkasnya, persembahan yang diperintahkan Allah agar manusia mendapatkan pengampunan dosa. Haiwan menjadi pengganti -haiwan mati demi manusia yang berdosa. Persembahan haiwan telah terhenti semasa Yesus Kristus. Yesus Kristus merupakan korban paling besar, dan ketika inilah satu-satunya pengantara Allah dan insan (1 Timotius 2:5). Persembahan haiwan melambangkan pengorbanan Kristus demi kita. Satu-satunya asas persembahan haiwan dapat mengampunkan dosa merupakan fakta bahawa Kristus sukarela mempersembahkan diriNya demi dosa-dosa kita, menyediakan pengampunan bagi kita yang mana persembahan haiwan itu hanya perlukisan dan perlambangan.



Balik ke laman bahasa Melayu

Mengapa Allah menuntut korban haiwan dalam Perjanjian Lama?