Masuk syurga –Bagaimana saya dijamin untuk hidup kekal?




Soalan: Masuk syurga –Bagaimana saya dijamin untuk hidup kekal?

Jawapan: Kita harus menerima kenyataan ini. Hari untuk kita melangkah ke hidup kekal boleh berlaku lebih pantas daripada yang difikirkan. Untuk menghadapi saat itu kita perlulah mengetahui kebenaran ini-bukan semua orang akan masuk ke syurga. Bagaimana kita boleh memastikan kita merupakan salah seorang yang akan menikmati hidup kekal di syurga? Pada 2000 tahun yang lalu, sewaktu Rasul Paulus dan Yohanes memberitakan Injil Yesus Kristus dalam misa di Yerusalem. Petrus telah membuat pengumuman luar biasa yang masih terngiang-ngiang pada zaman post-modernisme sekarang. "Hanya melalui Yesus orang diselamatkan kerana di seluruh dunia tiada orang yang mendapat kekuasaan daripada Allah untuk menyelamatkan kita" (Kisah 4:12).

Sama seperti pada zaman "semua jalan menghala ke syurga" kini bukanlah berita politik yang diterima begitu sahaja. Ramai yang berfikir bahawa mereka boleh mendapatkan syurga tanpa memiliki Yesus. Mereka menuntut janji –janji kemuliaan yang bagus-bagus tetapi tidak ingin digempar-gempurkan tentang salib, walaupun Dia telah tergantung di atas salib dan mati demi dosa-dosa mereka yang mempercayaiNya. Ramai yang tidak ingin mengakui Yesus sebagai satu-satunya jalan dan nekad mencari jalan lain. Namun, Yesus sendiri memperingatkan kita bahawa tiada jalan lain dan konskuensi penolakan kebenaran ini akan hidup kekal di neraka. Dengan jelas Dia memaklumkan kita, "Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu.Dia akan dihukum Allah selama-lamanya"(Yoh 3:36). Ada yang membuat alas an bahawa Allah itu licik jika menyediakan satu jalan sahaja ke syurga. Sejujurnya meskipun ada pemberontakan dan penolakan manusia terhadapNya, Allah berlapang dada untuk menyediakan satu jalan ke syurga buat kita. Kita layak mendapat hukuman, tetapi Dia memberi jalan keluar dengan mengutuskan anak tunggalNya untuk mati demi dosa-dosa kita. Adakah melihatNya sebagai licik atau terbuka? Itulah kebenarannya dan orang-orang Kristian perlu mempertahankan berita yang jelas dan murni bahawa satu-satunya jalan ke syurga adalah melalui Yesus Kristus.

Kini sudah ramai orang mempercayai Injil yang telah dikompromikan untuk menyingkirkan berita pertaubatan. Mereka ingin mempercayai Allah yang mengasihi dan tidak menghakimi, yang mengharuskan pertaubatan dan perubahan gaya hidup. Mereka mungkin beranggapan, "Saya mempercayai Yesus Kristus tetapi Allah tidak menghakimi. Allah tidak akan menghantar orang ke neraka."Namun kita tidak boleh mendapatkan semua yang diingini. Jika mengaku sebagai seorang Kristian, kita haruslah mengakui Kristus sebagaimana yang dikatakanNya-satu-satunya jalan ke syurga. Menyangkal hal tersebut bermaksud kita menyangkal Yesus, kerana Dialah yang menyatakan, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorangpun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui aku" (Yoh 14:6).

Persoalannya tetap sama: siapa yang benar-benar akan masuk ke kerajaan Allah? Bagaimana saya dijamin untuk hidup kekal? Jawapan bagi pertanyaan ini ternyata jelas berbeza di antara golongan yang memiliki hidup kekal dan yang tidak memilikinya. "Sesiapa yang mempunyai Anak Allah, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak Allah, tidak mempunyai hidup itu" (1Yoh 5:12). Mereka yang mempercayai Kristus, yang telah mengakui pengorbananNya sebagai pembayaran di atas dosa-dosa mereka, dan yang taat mengikutiNya akan menikmati hidup kekal di syurga. Mereka yang menolakNya tidak akan "Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak akan dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang Tunggal (Yoh 3:18).

Seindah mana sekalipun syurga bagi mereka yang memilih Yesus Kristus sebagai Juruselamat, neraka lebih menakutkan bagi mereka yang menolakNya. Berita yang disampaikan pada mereka yang tersesat ini akan terus menggesa jika kita memahami apa yang telah dilakukan oleh kesucian dan kebenaran Allah pada mereka yang menolak pengampunan penuh, yang ditawarkan dalam PuteraNya, Yesus Kristus. Tiada orang boleh membaca Alkitab dengan bersungguh-sungguh tanpa memikirkan hal ini- titiknya sudah jelas.Alkitab dengan jelasnya menegaskan hanya satu jalan sahaja untuk ke syurga-melalui Yesus Kristus.Dia telah memperingatkan," Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu dan jalan yang menuju ke neraka itu lebar dan panjang!Banyak orang mengambil jalan itu. Tetapi pintu dan jalan yang menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit orang yang mendapati jalan itu"(Mat 7:13-14).

Hanya satu jalan ke syurga dan mereka yang mengikuti jalan itu dijamin sampai ke sana. Namun, bukan semua orang mengikuti jalan tersebut. Anda bagaimana?

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini".



Balik ke laman bahasa Melayu

Masuk syurga –Bagaimana saya dijamin untuk hidup kekal?