settings icon
share icon
Soalan

Pernahkah manusia melihat Allah?

Jawapan


Allah menyebutkan tiada seorang manusiapun pernah melihat Allah (Yohanes 1:18) kecuali Tuhan Yesus Kristus. Dalam Keluaran 33:20,Allah menyebutkan, "Engkau tidak boleh melihat wajahKu kerana tiada manusia yang tetap hidup setelah melihat wajahKu." Ayat-ayat ini seolah-olah bertentangan dengan bahagian Alkitab lain yang menyebutkan bermacam-macam orang "melihat" Allah. Contohnya, Keluaran 33:19-23 menyebutkan Musa bercakap dengan Allah "berpandangan wajah." Bagaimana Musa boleh bercakap dengan Allah secara "berpandangan wajah" jika tiada seorang manusiapun mampu melihat wajah Allah dan terus hidup?Dalam contoh ini, ayat "berpandangan wajah" merupakan kalimat kiasan yang mengindikasikan bahawa mereka berada dalam persatuan yang paling rapat. Allah dan Musa berbual antara satu sama lain "ibarat" mereka dua orang manusia yang berbual dengan mesra.

Dalam Kejadian 32:30 Yakub melihat Allah menjelma sebagai malaikat- Dia tidak melihat Allah yang sebenar-benarnya. Ibu bapa Simson pula kegerunan apabila menyedari bahawa mereka telah melihat Allah (Hakim-Hakim 13:22), namun mereka hanya melihat Dia dalam imej malaikat. Yesus adalah Allah yang wujud dalam imej manusia (Yohanes 1:1,14) sehingga semasa orang-orang melihatNya, mereka melihat seperti Allah. Oleh itu, ya, Allah boleh "dilihat" dan ramai orang telah "melihat" Nya. Pada masa yang sama, tidak seorang pun dapat melihat Allah dalam bentuk kemuliaanNya. Dalam keadaan kita sebagai manusia yang di bawah, jika benarlah Allah menunjukkan diriNya, akan binasalah diri kita. Disebabkan itu, Allah melindungi diriNya dan memperlihatkan diriNya dalam wajah yang boleh kita "lihat." Sungguhpun begitu, ini tidak menyamai melihat Allah dalam kemuliaan dan kekudusanNya. Orang-orang dapat menggambarkan Allah, gambaranNya, dan penampakan diriNya –tetapi tidak seorangpun manusia merasai melihatNya dalam kesempurnaanNya (Kejadian 33:20).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Pernahkah manusia melihat Allah?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries