Apakah salah mempertanyakan Allah?




Soalan: Apakah salah mempertanyakan Allah?

Jawapan: Yang menjadi persoalan bukanlah apakah layak bagi kita untuk mempersoalkan Allah, tetapi atas sikap apa-dan atas alas an apa-kita mempersoalkan Dia. Buat diriNya, mempersoalkan Allah tidak salah. Nabi Hakakuk menyoal Allah tentang waktu dan cara pelaksaaan rancangan Allah. Bukannya dipersalahkan, Habakuk kemudiannya dijawab dengan sabra, dan Nabi mengakhiri kitabnya dengan nyanyian puji-pujian terhadap Tuhan.Banyak persoalan diajukan kepada Allah menerusi kitab Mazmur (Mazmur 10, 44, 74, 77). Kesemua ini jeritan batin mereka yang teraniaya, yang sangat-sangat mengharapkan campur tangan dan keselamatan dari Allah. Walaupun Allah tidak selalu menjawab persoalan kita dengan cara yang kita mahukan, kita boleh menyimpulkannya daripada bahagian-bahagian Alkitab, bahawa persoalan tulus sesungguhnya akan diterima dengan baik oleh Allah.

Persoalan-persoalan yang tidak ikhlas, atau dari hati orang munafik merupakan soal yang berbeza. "Tanpa iman tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencariNya" (Ibrani 11:6). Setelah Raja Saul tidak mentaati Allah, persoalan-persoalannya tidak dijawab (1 Samuel 28:6). Agak berbeza jika ingin mengetahui mengapa Allah mengizinkan peristiwa-peristiwa tertentu dan secara langsung mempersoalkan kebaikan Allah. Meragukan berbeza daripada menanyakan kedaulatan Allah dan menyerang sifat Allah. Dengan kata lain, pertanyaan yang sejujurnya bukanlah suatu dosa, tetapi kepahitan hati nurani, tidak mempercayai atau memberontak, itu dinamakan dosa. Allah tidak takut dengan persoalan-persoalan. Allah menjemput kita agar menikmati persekutuan yang karib denganNya. Ketika kita "mempersoalkan Allah" itu harus dari hati yang rendah dan fikiran yang terbuka. Kita akan dapat mempersoalkan Allah, tetapi jangan mengharapkan jawapan kecualilah kita benar-benar tertarik dengan jawapanNya. Allah mengetahui nurani kita, dan menyelami adakah kita bersungguh-sungguh mencari Dia untuk menerangkan kita. Sikap hati kita adalah mempastikan adakah benar atau salah untuk menyoalkan Allah.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah salah mempertanyakan Allah?