settings icon
share icon
Soalan

Apakah pandangan Kristian tentang merokok? Adakah merokok itu merupakan perbuatan dosa?

Jawapan


Alkitab tidak ada menyebut tentang merokok secara langsung. Namun terdapat prinsip-prinsip yang dapat diterapkan kepada persoalan merokok. Pertama Alkitab memerintahkan kita agar jangan membiarkan tubuh kita menjadi hamba kepada apapun juga. "Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun" (1 Korintus 6:12). Tanpa diragukan merokok boleh membuatkan orang ketagihan. Kemudian di bahagian yang sama kita diberitahu, "Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, -- dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu" (1 Korintus 6:19-20). Merokok sebenarnya sangat berbahaya kepada kesihatan anda. Telah dibuktikan bahawa merokok merosakkan paru-paru dan juga hati manusia.

Dapatkah merokok dipandang sebagai sesuatu yang “menguntungkan”(1 Korintus 6:12)? Dapatkah merokok dikatakan sebagai sungguh-sungguh menghormati Tuhan dengan tubuhmu (1 Korintus 6:20)? Dapatkah seorang yang merokok dengan jujur berkata dia melakukannya "untuk kemuliaan Tuhan" (1 Korintus 10:31)? Kita percaya jawaban kepada pertanyaan-pertanyaan ini adalah sebutan “tidak” yang cukup jelass. Oleh sebab itu kita percaya bahawa merokok adalah dosa dan tidak patut diamalkan oleh pengikut Yesus Kristus.

Ada beberapa orang menentang pandangan ini dengan menunjuk kepada orang-orang yang memakan makanan yang tidak sihat yang boleh membawa ketagihan dan membahayakan kesihatan pada tubuh. Sebagai contoh, ramai orang sangat ketagihan kafein sehingga mereka tidak dapat berfungsi sebelum mereka meminum kopi di awal pagi. Sementara perkara ini betul, bagaimanakah pula ia membenarkan perbuatan merokok? Kita bertegas agar orang-orang Kristian mengelak ketamakan dan amalan makan berlebihan yang tidak sihat. Benar bahawa dengan sangat munafik orang Kristian sering mempersalahkan satu dosa tertentu sementara membiarkan dosa yang lain. Namun kenyataan seperti tidak membuatkan merokok sebagai suatu tindakan yang menghormati Tuhan.

Satu lagi bantahan terhadap pandangan ini adalah mereka yang berkata ramai orang-orang yang kuat dalam Tuhan pada zaman dahulu juga perokok. Salah seorang daripadanya adalah C.H. Spurgeon yang terkenal sebagai seorang penghisap curut. Kita tidak percaya bantahan seperti ini mempunyai erti apa-apa. kita percaya Spurgeon bersalah kerana merokok. Di segi yang lain bukankah dia seorang yang rohani dan pengajar Firman Tuhan yang sangat hebat? Tentu sekali! Tetapi adakah itu membenarkan semua tindakan dan tabiatnya sebagai menghormati Tuhan? Tidak.

Dalam membuat kenyataan bahawa merokok itu dosa, kita bukan mengatakan semua yang merokok tidak selamat. Ada ramai orang yang sungguh-sungguh percaya kepada Kristus tetapi mereka merokok. Merokok tidak menghalang seseorang daripada diselamatkan. Merokok juga tidak menyebabkan seseorang itu kehilangan keselamatannya. Merokok dapat diampuni sama seperti dengan dosa-dosa yang lain, samada untuk seseorang yang mahu menjadi seorang Kristian atau seorang Kristian yang mengaku dosanya kepada Tuhan (1 Yohanes 1:9). Pada masa yang sama kita percaya bahawa merokok adalah dosa yang harus ditinggalkan dan diatasi dengan pertolongan Tuhan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah pandangan Kristian tentang merokok? Adakah merokok itu merupakan perbuatan dosa?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries