Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kemurungan? Bagaimanakah seorang Kristian mengatasi kemurungan?




Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kemurungan? Bagaimanakah seorang Kristian mengatasi kemurungan?

Jawapan: Kemurungan merupakan satu perkara yang meluas, mempengaruhi berjuta-juta termasuklah orang-orang bukan Kristian dan bukan Kristian. Mereka yang menderita kemurungan dapat merasa kesedihan, kemarahan, kehampaan, keletihan dan beberapa gejala perasaan yang sangat dalam. Mereka mungkin merasa tidak berguna dan berfikir ingin membunuh diri. Mereka kehilangan rasa minat pada perkara-perkara dan orang-orang yang pernah disenangi. Kemurungan ini sering diakibatkan oleh keadaan-keadaan hidup seperti kehilangan pekerjaan, kematian orang tersayang, perpisahan atau masalah psikologi contohnya penderaan dan perasaan rendah harga diri.

Alkitab memberitahu supaya kita dipenuhi dengan sukacita dan pujian (Filipi 4: 4; Roma 15:11). Nampaknya Tuhan bermaksud supaya kita dapat menjalani kehidupan yang penuh dengan sukacita. Ini tidak mudah bagi seseorang yang menderita kemurungan daripada keadaan, tetapi ia dapat dibaiki dengan doa, penyelidikan Alkitab dan penerapan, kumpulan kecil yang member sokongan, persekutuan sesama orang-orang percaya, pengakuan, pengampunan dan kaunseling. Kita mesti berusaha supaya kita tidak tenggelam dengan diri kita sendiri tetapi harus mengalihkan semua usaha kita kepada sesuatu yang berada di luar daripada diri kita. Kemurungan seringkali dapat diselesaikan apabila mereka yang menderita olehnya dapat mengalihkan fokus daripada diri mereka kepada Kristus dan orang lain.

Tekanan jiwa merupakan satu keadaan jasmani yang perlu didiagnosis oleh seorang doktor. Keadaan itu tidak semestinya telah diakibatkan keadaan hidup yang kurang bernasib baik dan gejala itu juga tidak dapat diangkat oleh kehendak seseorang. Bertentangan dengan kepercayaan beberapa orang dalam masyarakat Kristian, tekanan jiwa bukan semuanya diakibatkan oleh dosa. Tekanan jiwa kadang-kadang boleh diakibatkan gangguan fizikal yang perlu diubati dan mendapat layanan kaunseling. Sudah tentu, Tuhan berupaya menyembuhkan apa juga jenis penyakit dan gangguan. Bagaimanapun dalam beberapa kes, berjumpa seorang doktor untuk kemurungan tidak ada bezanya dengan berjumpa dengan seorang doktor untuk merawat suatu kecederaan.

Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh mereka yang menderita kemurungan bagi mengurangkan kebimbangan mereka. Mereka harus mempastikan mereka tinggal dalam Firman, walaupun mereka tidak merasa seperti itu. Perasaan murung dapat menyebabkan kita tersasar tetapi Firman Tuhan berdiri teguh dan tidak berubah. Kita mesti mempertahankan iman yang kuat di dalam Tuhan dan semakin tetap serta kuat berpegang kepada-Nya apabila kita sedang menjalani dugaan dan cobaan hidup. Alkitab berkata Tuhan tidak akan mengizinkan pencobaan yang datang ke dalam kehidupan melampaui tahap kemampuan kita untuk menghadapinya (1 Korintus 10:13). Walaupun kemurungan bukan dosa, namun seseorang itu masih bertanggungjawab terhadap respon terhadap penderitaan itu termasuk mendapatkan bantuan pakar yang diperlukan. “Sebab itu marilah kita, oleh Dia, senantiasa mempersembahkan korban syukur kepada Allah, yaitu ucapan bibir yang memuliakan nama-Nya” (Ibrani 13:15).



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kemurungan? Bagaimanakah seorang Kristian mengatasi kemurungan?