Mengapa Pembaptisan Kristian penting?




Soalan: Mengapa Pembaptisan Kristian penting?

Jawapan: Pembaptisan Kristian, mengikut kitab injil, ialah satu keterangan luaran yang menunjukkan segala yang berlaku dalam jiwa seorang Kristian. Pembaptisan Kristian menggambarkan identiti seorang Kristian berhubung dengan kematian Kristus, pengebumiannya dan kebangkitan daripada kematian. Kitab Injil mengumumkan, “Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Kristus Yesus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya. Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru.” (Roma 6:3-4). Dalam pembaptisan Kristian, perbuatan terendam ke dalam air menggambarkan dikebumikan bersama Kristus. Perbuatan bangun daripada air menunjukkan Kebangkitan Kristus daripada kematian.

Dalam pembaptisan Kristian, sepatutnya terdapat dua keperluan sebelum seseorang dibaptis: (1) orang yang dibaptis mesti mempunyai kepercayaan kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat, dan (2) orang itu mesti memahami makna pembaptisan. Jika orang itu mengetahui Yesus Kristus ialah Penyelamat, memahami bahawa pembaptisan ialah satu langkah untuk menunjukkan kesetiaan kepada Tuhan dan mengumumkan kepercayaannya di depan khalayak ramai. Orang itu ingin dibaptis dan pasti dengan kepercayaannya, maka tiada alasan untuk dia tidak dibaptis. Mengikut Kitab Injil, pembaptisan ialah simbol kesetiaan dan ketaatan kepada Tuhan, pengakuan secara umum bahawa orang itu percaya kepada Yesus Kristus sahaja untuk penyelamatan. Pembaptisan Kristian adalah penting kerana ia menunjukkan taat-setia kepada Tuhan – menunjukkan kepercayaan kepada Kristus secara terbuka dan komitmen kepada-Nya, serta mengenal pasti bersama Kristus di dalam kematian, pengebumian dan kebangkitan.



Balik ke laman bahasa Melayu

Mengapa Pembaptisan Kristian penting?