Apakah yang dikatakan Alkitab tentang penciptaan berbanding evolusi?




Soalan: Apakah yang dikatakan Alkitab tentang penciptaan berbanding evolusi?

Jawapan: Jawaban ini bukan bermaksud hendak memberikan hujah sains dalam perdebatan di antara penciptaan dan evolusi. Bagi mendapatkan hujah-hujah sains yang menyokong kepada penciptaan dan hujah-hujah bantahan terhadap evolusi, kami sangat bersetuju dengan Answers in Genesis dan Institute for Creation Research. Tujuan penulisan ini adalah untuk meberikan penjelasan berdasarkan Alkitab mengapa perdebatan di antara penciptaan dan evolusi ini boleh wujud. Roma 1:25 menyatakan, “Sebab mereka menggantikan kebenaran Allah dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk dengan melupakan Penciptanya yang harus dipuji selama-lamanya, amin.”

Faktor utama dalam perdebatan ini adalah para saintis yang percaya kepada evolusi merupakan orang-orang yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan dan bersikap agnostik. Ada beberapa saintis yang berpegang kepada evolusi berTuhan dan yang lain berpegang kepada evolusi deistik (Tuhan wujud tetapi tidak terlibat dalam dunia,segala yang berlaku berjalan mengikut proses semulajadi). Terdapat juga beberapa orang yang bersungguh-sungguh dan secara jujur memperhati semua maklumat yang ada dan mengambil kesimpulan bahawa teori evolusi berpadanan dengan maklumat yang ada. Bagaimanapun ini bercakap tentang hanya sebilangan kecil daripada saintis yang berpegang kepada teori evolusi. Bahagian terbesar daripada saintis-saintis evolusi berkata kehidupan berkisar tanpa ada campurtangan daripada satu peribadi yang lebih tinggi. Definisi untuk evolusi adalah sains naturalistik.

Sekiranya atheisme itu benar, maka pasti ada penjelasan alternatif tentang bagaimana alam semesta dan kehidupan boleh wujud. Walaupun bentuk kepercayaan evolusi sudah ada sebelum Chralse Darwin, beliau merupakan orang pertama untuk menghasilkan satu model untuk proses evolusi yang boleh dipercayai . Darwin pada mulanya mengaku dirinya seorang Kristian tetapi beberapa musibah telah berlaku dalam hidupnya sehingga dia menyangkal iman Kristian dan kewujudan Tuhan. Evolusi telah dicipta oleh seorang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Darwin bukan bertujuan hendak membuktikan Allah itu tidak wujud tetapi itulah akhirnya yang telah diakibatkan oleh teori evolusi. Evolusi membuatkan orang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Para saintis evolusi mungkin saja tidak akan mengakui bahawa tujuan mereka adalah untuk memberikan penjelasan alternatif kepada asl-usul kehidupan sehingga memberikan dasar kepada atheisme. Namun, menurut Alkitab perkara itulah yang telah menyebabkan wujudnya teori evolusi ini.

Alkitab memberitahu kita, Orang bebal berkata dalam hatinya: "Tidak ada Allah." (Mazmur 14:1; 53:2). Alkitab juga berkata orang-orang tidak mempunyai alasan untuk tidak percaya kepada Tuhan. Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih (Roma 1:20). Menurut Alkitab, seseorang yang menyangkal kewujudan Allah adalah seorang bebal. Jadi mengapa ramai orang termasuk orang-orang Kristian yang bersedia menerima para saintis evolusi sebagai tidak berat sebelah sewaktu menafsir maklumat sains? Menurut Alkitab, semua mereka adalah bebal!! Kebebalan bukan bererti kekurangan kepintaran. Kebanyakan saintis evolusi adalah orang-orang yang sangat pintar dari segi intelek. Kebebalan menunjukkan kepada ketidakmampuan untuk menerapkan pengetahuan. Amsal 1:7 berkata, Takut akan TUHAN adalah permulaan pengetahuan, tetapi orang bodoh menghina hikmat dan didikan.

Para Saintis evolusi mengejek penciptaan dan reka bentuk pintar sebagai tidak bersifat sains dan tidak layak diberi pemeriksaan saintitifik. Menurut mereka, sesuatu itu mestilah dapat dikaji dan diuji barulah dapat diterima sebagai “sains”. Ia mestilah “naturalistik.” Definisi penciptaan adalah “supra alami.” Tuhan dan perkara-perkara supra alami tidak dapat diuji (begitulah hujah mereka); oleh sebab itu , penciptaan dan reka bentuk pintar tidak dapat dianggap sebagai sains. Tentu sekali evolusi juga tidak dapat dikaji dan diuji tetapi itu bukan isu bagi orang-orang evolusi. Ekoran daripada itu semua data telah ditapis melalui andaian awal, penerimaan awal teori evolusi, tanpa ada pilihan dan jalan lain yang boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun asal usul alam semesta dan kehidupan tidak dapat dikaji ataupun diuji. Kedua-dua penciptaan dan evolusi mendasarkan iman bila bercakap tentang asal-usul. Kedua-duanya tidak dapat diuji sebab kita bukannya dapat kembali ke berlaksa tahun yang sudah berlalu untuk memperhati asal-usul alam semesta dan kehidupan. Saintis-saintis evolusi menolak penciptaan pada dasar di mana mereka juga dapat ditolak. Dalam hubungan dengan asal-usul, evolusi tidak padan dengan definisi “sains” sama halnya dengan penciptaan. Evolusi dikatakan sebagai satu-satunya penjelasan asal usul yang dapat diuji maka dengan itu merupakan satu-satunya teori asal-usul yang dapat diterima sebagai “saintifik”. Ini adalah kebodohan! Saintis yang menyokong evolusi menolak teori asal usul yang dapat dipercayai tanpa dengan jujur memeriksa kebaikan-kebaikannya, sebab teori itu tidak dapat dipadankan dengan difinisi sempit yang ada pada mereka berkenaan “sains.”

Sekiranya penciptaan itu benar maka ada Sang Pencipta yang kepada-Nya kita dipertanggungjawabkan. Evolusi penyebab ketidakpercayaan kepada kewujudan Tuhan. Evolusi memberikan kepada orang-orang yang tidak mempercayai kewujudan Allah satu dasar untuk menjelas bagaimana kehidupan boleh wujud di luar Allah Pencipta. Evolusi menyangkal keperluan penglibatan Allah dalam alam semesta. Evolusi merupakan “teori penciptaan” bagi agama atheisme. Menurut Alkitab, pilihan adalah jelas. Kita dapat mempercayai Firman Allah kita yang mahakuasa dan mahatahu, atau kita dapat mempercayai penjelasan yang berat sebelah dan tidak, “saintitik” daripada orang-orang bodoh.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang penciptaan berbanding evolusi?