Apakah maksud penebusan Kristian?




Soalan: Apakah maksud penebusan Kristian?

Jawapan: Setiap insan memerlukan penebusan. Situasi alamiah kita diwarnakan kesalahan: "Disebabkan semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah". Penebusan Kristus telah membebaskan kita daripada kesalahan: "dan disebabkan kasih kurnia telah diizinkan dengan hanya penebusan dalam Kristus Yesus (Roma 3:23, 24).

Faedah penebusan merangkumi hidup kekal (Wahyu 5:9-10), pengampunan dosa (Efesus 1:7), pembenaran (Roma 5:17), lepas dari kutukan Taurat (Galatia 3:13), dijadikan ahli keluarga Allah (Galatia 4:5), bebas daripada belenggu dosa (Titus 2:14; 1 Petrus 1:14-18), damai dengan Allah (Kolose 1:18-20), serta Roh Kudus yang mendiami diri kita (1 Korintus 6:19-20). Ditebus bermakna diampunkan, diizinkan, diberkati, dibebaskan, dijadikan anak, dan didamaikan.Rujuk Mazmur 130:7-8, Lukas 2:38; dan Kisah Rasul 20:28.

Perkataan tebus bermaksud "dibeli". Istilah ini khusus digunakan bagi hubungannya membebaskan seorang budak. Penggunaan istilah ini semasa kematian Kristus di atas salib mencerminkan perkara ini dengan sangat jelas. Jika kita "ditebus" maka situasi kita sebelumnya dalam perhambaan. Allah telah membeli kebebasan kita, lalu kita tidak lagi berada dalam tawanan dosa atau hukuman Perjanjian Lama. Penggunaan penebusan secara metaforik merupakan pengajaran Galatia 3:13, Dan 4:5.

Berkaitan dengan konsep Kristianisasi tentang penebusan ialah istilah nilai tebusan. Yesus membayar upah pembebasan kita dari dosa (Matius 20:28; 1 Timotius 2:6). KematianNya demi menggantikan hidup kita. Hakikatnya Kitab Suci jelas sekali dalam perkara penebusan hanya mungkin berlaku "menerusi darahNya: (iaitu kematianNya) Kolose 1:14.

Jalan-jalan di syurga dipenuhi tawanan-tawanan yang tanpa usaha mereka sendiri, mendapatkan pengampunan dan kebebasan. Budak dosa sekarang adalah orang-orang suci. Tidak hairanlah mereka menyanyikan pujian-pujian terhadap sang Penebus yang telah disembelih (Wahyu 5:9). Dari dulu, kita hamba dosa, dihukum terpisah dari Allah selama-lamanya. Yesus membayar upah dosa demi menebus kita, membebaskan kita dari perhambaan dosa, dan penyelamatan kita daripada konsekuensi kekal daripada dosa.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah maksud penebusan Kristian?