Apakah peranan Roh Kudus dalam kehidupan kita kini?




Soalan: Apakah peranan Roh Kudus dalam kehidupan kita kini?

Jawapan: Dari semua kurniaan yang dianugerahkan buat insan, tiada yang lebih berharga selain kewujudan Roh Kudus. Roh Kudus memainkan banyak fungsi, peranan dan aktiviti. Pertama, Dia bekerja dalam hati nurani manusia di mana sahaja mereka berada. Yesus memaklumkan, "menginsafkan dunia tentang dosa, kebenaran dan pengadilan" (Yohanes 16:7-11). Setiap insan sedar "akan Allah" sama ada mereka mengakui atau menafikan, disebabkan Roh Kudus menerapkan kebenaran Allah dalam pemikiran insan demi meyakinkan mereka dengan hujahan-hujahan yang memadai dan berasalan bahawa mereka orang berdosa.

Demikian kita diselamatkan dan dijadikan milik Allah, Roh Kudus mendiami hati kita selama-lamanya, mempateri kita dengan peneguhan, pengesahan dan jaminan hidup kekal sebagai anak-anakNya. Kata Yesus, Dia akan mengirimkan Roh Kudus sebagai Pembantu, Penghibur dan Pembimbing. "Aku akan memohon kepada Bapa, maka Dia memberikan seorang Penolong kepada kamu supaya menemani kamu selama-lamanya" (Yohanes 14:16). Penolong dalam perkataan Yunani diterjemahkan sebagai seseorang yang diseru untuk berjalan bersama, dan pengertiannya seseorang yang mendorong dan menasihati. "Berdiam" berkaitan dengan Roh Kudus mendiami secara kekal dalam hati orang percaya (Roma 8:9; 1 Korintus 6:19, 2; 12:13).

Yesus menghantar Roh Kudus sebagai "ganjaran" kerana kehilanganNya demi melaksanakan fungsi yang Yesus ingin langsaikan buat kita jika Dia masih berada secara peribadi dengan kita.

Di kalangan fungsi-fungsi itu merupakan pengungkap kebenaran. Kewujudan Roh Kudus dalam diri kita memudahkan kita memahami dan mentafsirkan Firman Tuhan. Yesus memaklumkan murid-muridNya, Tetapi sekiranya Ia hadir, iaitu Roh Kebenaran, Ia akan membimbing kamu ke dalam kebenaran keseluruhannya (Yohanes 16:13). Dia mengungkapkan isi hati Allah seiringan dengan ibadah, doktrin dan kehidupan Kristian. Dialah pembimbing yang utama, berjalan di hadapan, memimpin, menghapuskan rintangan, membuka pengertian dan mempastikan segala-galanya jelas. Dia membimbing jalan yang harus kita jalani dalam hal-hal rohani. Tanpa pembimbing seperti ini, kita akan terjebak dengan kesalahan. Bahagian penting dari Kebenaran yang Dia nyatakan iaitu Yesus sesuai dengan apa yang dikatakanNya (Yohanes 15:26; 1 Korintus 12:3). Roh Kudus meyakinkan kita tentang keilahian dan keanakan Kristus, inkarnasiNya, Kristus si Mesiah, penderitaan dan kematianNya, kebangkitan dan kenaikanNya, kemuliaanNya di sisi kanan Allah, dan peranannya sebagai Hakim bagi segala-galaNya. Dia memuliakan Kristus dalam segala perkara (Yohanes 16:14).

Peranannya yang lain sebagai pemberi kurniaan. 1 Korintus 12 mencerminkan kurniaan-kurniaan rohani yang dikurniakan buat orang-orang percaya agar kita mampu menjalankan fungsi sebagai tubuh Kristus di dunia. Kesemua kurniaan ini, yang besar mahupun yang kecil, merupakan kurniaan Roh Kudus agar kita menjadi duta besarNya kepada dunia, menggambarkan anugerahNya dan memuliakan Dia. Roh Kudus turut berperanan sebagai penghasil- buah dalam kehidupan kita. Semasa Dia mendiami diri kita, kita mula menuai buahNya dalam kehidupan -kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah-lembut, menguasai diri (Galatia 5:22-23). Ini bukannya hasil kerja daging kita, yang tidak berkemampuan melahirkan buah seumpama ini, ia hasil kewujudan Roh Kudus dalam kehidupan kita.

Mengetahui bahawa Roh Kudus dari Allah telah mendiami kehidpuan kita, iaitu Dia yang memainkan semua peranan ajaib ini, Dia mendiami kita selama-lamanya dan tidak akan pernah mengabaikan kita merupakan alasan untuk bersukacita dan penghiburan yang besar. Puji Tuhan demi anugerah yang berharga ini -Roh Kudus dan pekerjaanNya dalam hidup kita.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah peranan Roh Kudus dalam kehidupan kita kini?