Apakah perbezaan antara bakat dan kurnia roh?




Soalan: Apakah perbezaan antara bakat dan kurnia roh?

Jawapan: Terdapat persamaan dan perbezaan antara bakat dan kurnia roh. Kedua-duanya anugerah Allah. Kedua-duanya menjadi efektif jika sering digunakan. Kedua-duanya berguna demi kepentingan orang lain, bukan sekadar tujuan persendirian. 1 Korintus 12:7 menjelaskan, kurnia roh ditujukan demi kepentingan orang lain, bukan untuk diri peribadi. Disebabkan kedua-dua perintah agung bertalian dengan mengasihi Allah dan sesama manusia, jelaslah bahawa insan haruslah menggunakan bakatnya bagi tujuan demikian. Walau bagaimanapun bakat dan kurnia roh berbeza dari segi kepada siapa dan bila hendak diberikan. Seorang insan (tanpa melibatkan kepercayaan terhadap Allah mahupun Kristus) diberikan bakat semulajadi sebagai gabungan genetik (segelintir orang mempunyai bakat semulajadi dalam muzik, seni atau matematik) dan latar belakangnya (membesar dalam keluarga penggemar muzik akan membantu insan mengembangkan bakat muziknya), ataupun disebabkan Allah ingin mengurniakan insan-insan tertentu dengan bakat khusus (seperti Bezaleel dalam Keluaran 31:1-6). Kurniaan Roh diberikan oleh Roh Kudus kepada orang-orang yang percaya (Roma 12:3, 6) ketika mereka meletakkan iman terhadap Kristus demi mendapatkan pengampunan dosa. Ketika itu, Roh Kudus mengurniakan mereka kurniaan rohani yang Dia ingin mereka miliki (1Korintus 12:11).

Roma 12:3-8 menggabungkan kurniaan rohani ini: nubuat, melayani (dalam pengertian am), mengajar, menasihati, membahagi-bahagikan sesuatu, membimbing, dan menunjukkan kemurahan. 1 Korintus 12:8-11 pula menggabungkan kurniaan: mutiara hikmat (kebolehan berkomunikasi hikmat rohani), bertutur dengan pengetahuan (kebolehan berkomunikasi kebenaran praktis), keimanan (bergantung pada Allah dengan luar biasa), menghasilkan mukjizat, nubuat, membeza-bezakan pelbagai roh, berbahasa roh (kebolehan berbahasa yang belum pernah dikuasai), serta mentafsirkan bahasa roh. Daftar ketiga dalam Efesus 4:10-12 menyebutkan tentang Allah memberikan gerejaNya kepada Rasul-rasul, nasi, penyampai Injil, dan gembala-pengajar. Terdapat pertanyaan tentang berapa banyakkah kurniaan roh kerana daftar tersebut tidak sama. Terdapat kemungkinan dalam Alkitab, daftar tersebut tidak lengkap, masih terdapat kurniaan roh lain yang tidak digabungkan oleh Alkitab.

Meskipun seseorang dapat mengembangkan bakatnya dan menyerlahkan profesion mahupun hobinya sejajar dengan bakat tersebut, kurniaan roh diberikan oleh Roh Kudus demi membangunkan gereja Kristus. Dalam perkara seperti ini, umat Kristian berperanan aktif dalam memperluaskan injil Kristus. Semuanya diseru dan dilengkapi untuk turut serta dalam "pekerjaan pelayanan" (Efesus 4:12).

Semua kurniaan diberikan sehinggalah mereka boleh menanggung pekerjaan Kristus dengan rasa syukur bagi apa yang telah dilakukanNya. Dengan itu, mereka mendapat kepuasan hidup melalui jerih-perih demi Kristus. Tugas pemimpin gereja menolong membangunkan orang-orang kudus sehingga mereka dilengkapi dengan lanjut demi pelayanan yang sesuai dengan seruan Allah. Hasilnya yang diingini oleh kurniaan roh merupakan gereja sebagai kesatuan yang bertumbuh, diperkukuh dengan kombinasi setiap anggota tubuh.

Untuk merumuskan perbezaan di antara kurniaan roh dan bakat: (1) Bakat adalah hasil genetik dan/atau kebiasaan, sedangkan kurniaan roh hasil dari kekuasaan Roh Kudus. (2) Bakat dimiliki oleh sesiapa sahaja, Kristian atau bukan, sedangkan kurniaan roh hanya dimiliki oleh umat Kristian. (3) Meskipun bakat dan kurniaan roh harus digunakan bagi kemuliaan Kristus dan demi melayani orang lain, kurniaan roh berfokus pada tugasan ini sementara bakat lumrahnya sama sekali digunakan demi tujuan rohani.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah perbezaan antara bakat dan kurnia roh?