Apakah perbezaan di antara jiwa dan roh manusia?




Soalan: Apakah perbezaan di antara jiwa dan roh manusia?

Jawapan: Jiwa dan roh merupakan dua aspek niskala utama yang disebut dalam Firman Tuhan tentang (ascribes) manusia. Usaha mencari perbezaan di antara jiwa dan roh boleh membingungkan kita. Perkataan “roh” merujuk kepada bahagian niskala manusiawi. Manusia mempunyai roh tetapi kita bukannya roh-roh. Dalam Firman Tuhan, hanya orang-orang percaya yang disebut sebagai hidup secara rohani (1 Korintus 2:11; Ibrani 4:12; Yakobus 2:26) sementara orang-orang tidak percaya sebagai mati secara rohani. Paulus menegaskan kepentingan kerohanian dalam semua tulisannya (1 Korintus 2:14; 3:1; Efesus 1:3; 5:19; Kolose 1:9; 3:16). Roh merupakan elemen dalam manusia yang membolehkan manusia menjalinkan hubungan intim dengan Tuhan. Setiap kali perkataan “roh” digunakan ianya merujuk kepada aspek niskala manusia yang “berhubung” dengan Tuhan yang juga adalah roh. (Yohanes 4:24)

Perkataan “jiwa” dapat merujuk kepada aspek niskala dan fizikal manusia. Manusia mempunyai roh, tetapi manusia merupakan jiwa-jiwa. Dalam erti yang paling asas, perkataan “jiwa” bererti “kehidupan”. Namun Alkitab bercakap tentang jiwa dalam banyak konteks. Manusia secara naluri adalah jahat dan akibatnya jiwa kita dicemari. Prinsip kehidupan pada jiwa dikeluarkan sewaktu kematian jasmani. Sebagaimana dengan roh, jiwa juga menjadi pusat untuk banyak pengalaman rohani dan emosi. Setiap kali perkataan “jiwa” muncul ia merujuk kepada peribadi manusia sepenuhnya samada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Roh dan jiwa bergabung, tetapi boleh dipisahkan (Ibrani 4:12). Jiwa merupakan intipati seseorang manusia; itulah diri kita yang sebenar. Roh merupakan aspek manusia yang berhubung dengan Allah.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah perbezaan di antara jiwa dan roh manusia?