Mungkinkah Mengapakah salasilah Yesus dalam Matius dan Lukas sangat berbeza?




Soalan: Mungkinkah Mengapakah salasilah Yesus dalam Matius dan Lukas sangat berbeza?

Jawapan: Salasilah Yesus ditemui dalam dua tempat dalam Alkitab, Matius pasal 1 dan Lukas pasal 3, ayat 23-38. Matius menjejaki salasilah dari Yesus sehingga Abraham. Lukas pula menjejaki salasilah Yesus sehingga Adam. Sungguhpun demikian, terdapat alas an yang kuat untuk mempercayai bahawa Matius dan Lukas menjejaki salasilah-salasilah yang berbeza ini. Contohnya, Matius menggabungkan Yakub sebagai ayah Yusuf (Matius 1:16), manakala Lukas manakala Lukas menyebutkan bahawa ayah Yusuf adalah Eli (Lukas 3:23). Matius menjejaki salasilah keturunan melalui Salomo, anak Daud (Matius 1:6), manakala Lukas menjejakinya melalui Natan, anak Daud (Lukas 3:31). Hakikatnya, di antara Daud dan Yesus, satu-satunya nama yang serupa dalam salasilah tersebut ialah Sealtiel dan Zerubabel (Matius 1:12; Lukas 3:27). Bagaimanakah menjelaskan perbezaan ini?

Terdapat orang yang memperlihatkan perbezaan ini sebagai bukti kesilapan dalam Alkitab. Tetapi orang-orang Yahudi menyimpan catatan mereka dengan sangat teliti, khususnya yang berkaitan dengan salasilah. Rumit untuk menggambarkan bahawa Matius dan Lukas dapat membina dua salasilah yang sama sekali berbeza. Bahkan mungkin rujukan pada Sealtiel dan Zerubabel itu merujuk dua orang yang sama sekali berbeza tetapi hanya nama mereka sahaja yang sama. Matius menyatakan, ayah Sealtiel adalah Yekhonya, manakala Lukas pula menyatakan Neri adalah ayah Sealtiel. Sudah menjadi kebiasaan seseorang bernama Sealtiel menamai anaknya Zerubabel sebagaimana orang-orang ternama dengan nama yang sama (rujuk kitab Ezra dan Nehemia).

Penjelasan lain adalah, Matius menjejaki garis salasilah utama sedangkan Lukas meramalkan terjadinya “perkahwinan salin tikar.” Jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa meninggalkan seorang anak lelaki sekalipun, sudah menjadi tradisi adik-beradik lelakinya menikahi isterinya dan melahirkan anak lelaki buat keturunannya. Walaupun boleh sahaja demikian, tetapi cara ini mustahil kerana jika demikianlah halnya, setiap generasi dari Daud sehingga Yesus akan mengandungi “pernikahan salin tikar” baru boleh menerangkan perbezaan dalam setiap generasi. Ternyata ini mustahil.

Dengan cara mengingati konsep ini, kebanyakan sarjana Alkitab konsertatif menganggap bahawa Lukas menuliskan salasilah Maria dan Matius menulis salasilah Yusuf. Matius menjejaki susur galur keturunan Yusuf (ayah Yesus secara hukum), menerusi Salomo, anak Daud, manakala Lukas menjejaki susur galur keturunan Maria (keluarga Yesus secara pertalian darah), menerusi Natan, anak Daud.Dalam bahasa Ibrani, tiada perkataan untuk “menantu lelaki”, lalu Yusuf dianggap sebagai anak Eli melalui pernikahannya dengan anak perempuan Eli, iaitu Maria. Menerusi mana-mana susur galur keturunan sekalipun, Yesus berketurunan Daud, dan disebabkan itu Dia berhak menjadi Mesias. Menjejaki salasilah menerusi ibu adalah bukan kebiasaan, begitulah dengan kelahiranNya melalui seorang anak dara. Penjelasan Lukas bahawa anak Yusuf, “menurut anggapan orang” (Lukas 3:23).



Balik ke laman bahasa Melayu

Mungkinkah Mengapakah salasilah Yesus dalam Matius dan Lukas sangat berbeza?