settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan oleh Alkitab tentang seks sebelum nikah/seks pranikah?

Jawapan


Bersama dengan semua jenis seksual yang tidak bermoral, seks sebelum nikah/seks pranikah berulangkali dikecam dalam Firman Tuhan (Kisah Para Rasul 15:20;Roma 1:29; 1 Korintus 5:1;6:13,18;7:2;10:8; 2 Corinthians 12;21; Galatia 5:19; Efesus 5:3;Kolose 3:5; 1 Tesalonika 4:3; Yudas 7). Alkitab mempromosi pengekangan diri sebelum nikah. Seks sebelum nikah sama salahnya dengan perzinahan dan semua bentuk dosa seksual lainnya, sebab ianya melibatkan hubungan seks dengan seseorang yang bukan dinikahkan dengan anda. Seks di antara suami dan isteri adalah satu-satunya hubungan seks yang diterima oleh Tuhan(Ibrani 13:4).

Seks sebelum nikah telah menjadi satu kebiasaan disebabkan oleh banyak sebab. Terlalu sering kita memfokus kepada aspek “rekreasi” seks tanpa mengenal aspek “kejadian-semula”. Benar,seks itu sangat nikmat. Tuhan yang telah menentukannya sedemikian rupa. Dia mahu supaya lelaki dan wanita menikmati kegiatan seks (dalam sempadan pernikahan). Bagaimanapun, tujuan utama kepada seks adalah pembiakan dan bukan kenikmatan. Tuhan mengharamkan seks sebelum nikah bukan untuk merampas nikmat kita melainkan untuk menjaga kita daripada kehamilan yang tidak diingini dan anak-anak yang lahir kepada ibubapa yang tidak memerlukan mereka atau yang belum bersedia. Bayangkan betapa indahnya dunia kita ini sekiranya pola Tuhan untuk seks diikuti:

Kurang penyakit berjangkit melalui seks, kurang ibu yang tidak berkahwin,kurang kehamilan yang tidak diingini, dsb. Polisi Tuhan bila bercakap tentang seks sebelum bernikah hanyalah pengekangan diri. Pengekangan diri menyelamatkan nyawa, melindungi bayi-bayi, memberi nilai sebenar kepada hubungan seks, dan yang paling penting ia menghormati Tuhan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan oleh Alkitab tentang seks sebelum nikah/seks pranikah?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries