Apakah tanda-tanda akhir zaman?




Soalan: Apakah tanda-tanda akhir zaman?

Jawapan: Matius 24: 5-8 memberikan kita beberapa petunjuk penting supaya kita dapat mengenal kedatangan akhir zaman yang semakin hampir “Sebab banyak orang akan datang dengan memakai nama-Ku dan berkata: Akulah Mesias, dan mereka akan menyesatkan banyak orang. Kamu akan mendengar deru perang atau kabar-kabar tentang perang. Namun berawas-awaslah jangan kamu gelisah; sebab semuanya itu harus terjadi, tetapi itu belum kesudahannya. Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa, dan kerajaan melawan kerajaan. Akan ada kelaparan dan gempa bumi di pelbagai tempat.” Pertambahan messias-messias palsu, peperangan, kebuluran, penyakit berjangkit, dan bencana alam—semua ini merupakan tanda-tanda akhir zaman. Namun dalam bahagian Firman Tuhan ini kita diberikan amaran supaya tidak mudah terpedaya sebab semua itu merupakan permulaan rasa sakit bersalin, sedangkan akhir zaman masih jauh lagi.

Beberapa penafsir melihat setiap gempa bumi, pergolakan politik dan setiap serangan ke atas Israel sebagai petanda bahawa akhir zaman sedang rancak berlaku. Walaupun peristiwa-peristiwa ini memberi isyarat terhadap akhir zaman namun bukan petanda bahawa akhir zaman sudah tiba. Rasul Paulus memberikan amaran bahawa akhir zaman akan diwarnai dengan kemunculan banyak pengajaran-pengajaran yang palsu. “Tetapi Roh dengan tegas mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan” (1 Timotius 4:1). Akhir zaman digambarkan sebagai “masa yang sukar” disebabkan bertambahnya kejahatan manusia dan orang-orang yang melawan kebenaran secara aktif (2 Timotius 3:1-9; see also 2 Tesalonika 2:3).

Petanda lain termasuklah pembangunan semula Bait Allah di Yerusalem, kebencian semakin meningkat terhadap Israel dan pergerakan ke arah satu kerajaan dunia. Tanda akhir zaman yang paling menonjol adalah negara Israel. Dalam tahun 1948 negara Israel diakui sebagai sebuah negara berdaulat untuk kali pertama sejak tahun 70 M. Tuhan berjanji kepada Abraham bahawa keturuannnya akan memiliki Kanaan sebagai “milik selama-lamanya” (Kejadian 17:8). Yehezkiel telah menubuatkan kebangkitan bangsa Israel (Yehezkiel 37). Israel sebagai sebuah negara di atas tanahnya sendiri adalah penting dalam nubuatan akhir zaman (Daniel 10:14; 11:41;Wahyu 11:8).

Dengan tanda-tanda ini kita dapat menilai dengan bijak tentang apa yang dijangka akan berlaku di akhir zaman. Bagaimanapun, kita tidak boleh menafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku secara tersendiri sebagai petanda yang jelas bahawa akhir zaman sudah di ambang pintu. Tuhan telah memberikan kepada kita banyak maklumat supaya kita bersedia, dan kita dipanggil untuk bersedia di setiap waktu.



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah tanda-tanda akhir zaman?