Bagaimana agar saya tidak masuk neraka?




Soalan: Bagaimana agar saya tidak masuk neraka?

Jawapan: Tidak masuk neraka tidak semudah yang anda fikirkan. Sesetengah orang percaya mereka harus mentaati Sepuluh Hukum dalam seumur hidup agar tidak masuk neraka. Sesetengahnya percaya mereka harus mendalami ritual dan tradisi agama tertentu agar tidak masuk neraka. Ada juga yang percaya mustahil kita boleh memastikan sama ada kita akan masuk neraka ataupun tidak. Tiada satupun daripada pandangan ini yang benar. Alkitab sangat jelas dalam hal seseorang boleh mengelakkan diri daripada masuk neraka setelah meninggal dunia.

Alkitab telah menggambarkan neraka sebagai suatu tempat yang menakutkan dan mengerikan. Neraka digambarkan sebagai "api yang tidak dapat padam"(Matius 25:41), "sekam dalam api yang tidak dapat padam" (Matius 3:12),"hinaan kekal" (Daniel 12:2), "api yang kekal" (Markus 9:44-49), "hukuman kebinasaan selama-lamanya" (2 Tesalonika 1:9). Wahyu 20:10 menggambarkan neraka sebagai "lautan api dan belerang" di mana orang jahat disiksa siang dan malam sampai selama-lamanya" (Wahyu 20:10). Jelaslah, neraka adalah suatu tempat yang kita harus hindari.

Mengapa wujudnya neraka dan mengapa Allah menghantar orang ke sana? Alkitab menjelaskan bahawa Allah "menyediakan" neraka bagi iblis dan malaikat-malaikat yang jatuh akibat memberontak terhadapNya (Matius 25:41). Mereka yang menolak tawaran pengampunan Allah akan menderita akibat jatuh seperti iblis dan malaikat-malaikat. Mengapa perlunya neraka? Semua dosa pada asasnya adalah melawan Allah (Mazmur 51:4), dan disebabkan Allah tidak terbatas dan kekal, maka hanya hukuman yang tiada batasan dan kekal sahaja memadai. Neraka merupakan tempat tuntutan yang suci dan benar dari keadilan Allah ditunjukkan. Neraka merupakan tempat Allah mengutuk dosa dan semua umat yang menolakNya. Alkitab dengan jelas menyebutkan kita telah berdosa (Pengkhutbah 7:20; Roma 3:10-23), dan akibatnya kita semua layak untuk masuk neraka.

Jadi bagaimana agar kita tidak masuk neraka? Disebabkan hanya hukuman yang tiada batasan dan kekal sahaja memadai, maka harga tiada batasan dan kekal harus dibayar. Allah menyerupai manusia dalam diri Yesus Kristus. Dalam Yesus Kristus, Allah tinggal di antara kita, mendidik kita, menyembuhkan kita-tetapi bukan itu misi asalnya. Allah menyerupai manusia (yohanes 1:1,14) agar Dia boleh mati demi kita. Yesus, Allah yang menyerupai manusia mati di kayu salib. Sebagai Allah, kematianNya tiada batasan dan bernilai kekal abadi, melangsaikan harga dosa (1Yohanes 2:2).

Allah menyuruh kita agar menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat, mengakui kematianNya sebagai tebusan yang penuh dan adil bagi dosa-dosa kita. Dia berjanji bahawa setiap yang mempercayai dalam Yesus (Yohanes 3:16), mempercayaiNya sebagai Juruselamat (Yohanes 14:6), akan diselamatkan, tidak masuk neraka.

Allah tidak menginginkan sesiapapun masuk neraka (2Petrus 3:9). Disebabkan itu Allah melakukan pengorbanan yang besar, sempurna dan mencukupi. Jika anda tidak mahu masuk neraka, terimalah Yesus sebagai Juruselamat anda. Itu memadai. Ucapkanlah kepada Allah bahawa anda mengakui berdosa dan anda layak masuk neraka. Nyatakan kepadaNya bahawa anda mempercayai Yesus Kristus Juruselamat. Bersyukurlah ke hadirat Allah demi keselamatan dan pembebasan anda dari neraka yang disediakanNya. Iman yang sederhana, mempercayai dalam Yesus Kristus sebagai Juruselamat merupakan jalan anda dapat mengelak daripada masuk neraka.

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini".



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimana agar saya tidak masuk neraka?