Apakah tujuh dosa maut?




Soalan: Apakah tujuh dosa maut?

Jawapan: Tujuh dosa maut merupakan senarai yang pada mulanya digunakan oleh orang-orang Kristian terdahulu untuk mengajar para pengikut tentang kecenderungan manusia yang telah jatuh untuk melakukan dosa. Konsep yang salah tentang tujuh dosa maut adalah kononnya ian merupakan kumpulan dosa yang tidak dapat diampuni oleh Tuhan. Alkitab dengan jelas mengatakan dosa yang tidak akan diampuni adalah ketidakpercayaan yang berterusan sebab ianya menolak satu-satunya cara untuk mendapatkan keselamatan iaitu dengan percaya dan menerima Yesus Kristus yang korban-Nya telah menggantikan tempat kita di kayu salib.

Adakah pandangan tentang tujuh dosa maut ini Alkitabiah? Ya dan tidak. Amsal 6: 16-19 berkata, “Enam perkara ini yang dibenci TUHAN, bahkan, tujuh perkara yang menjadi kekejian bagi hati-Nya:1) mata sombong, 2)lidah dusta, 3)tangan yang menumpahkan darah orang yang tidak bersalah,4) hati yang membuat rencana-rencana yang jahat, 5)kaki yang segera lari menuju kejahatan,6) seorang saksi dusta yang menyembur-nyemburkan kebohongan dan 7)yang menimbulkan pertengkaran saudara.” Bagaimanapun senarai ini bukanlah apa yang biasa disebut orang sebagai ‘tujuh dosa maut’.

Menurut Pope Gregory dalam abad ke-enam, tujuh dosa maut merupakan yang berikut: kesombongan, kedengkian, keserakahan, hawa nafsu, amarah, ketamakan, dan kelambanan. Walaupun tidak dapat dinafikan semua ini merupakan dosa, semua perkara yang disenaraikan ini tidak pernah disebut sebagai “tujuh dosa maut” dalam Alkitab. Senarai tradisi untuk tujuh dosa maut ini dapat dijadikan cara yang baik untuk membuat kumpulan dosa-dosa yang berbeza. Hampir setiap dosa dapat dimasukkan di bawah salah satu daripada tujuh kumpulan itu. Perkara terpenting adalah menyedari bahawa tujuh dosa maut ini tidaklah lebih ‘berbahaya’ daripada dosa yang lain. Semua dosa membawa maut (Roma 6:23). Puji bagi Tuhan, kerana melalui Yesus Kristus, semua dosa-dosa kita, termasuk “tujuh dosa maut,” dapat diampuni (Matius 26:28; Kisah Para Rasul 10:43; Efesus 1:7).



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah tujuh dosa maut?