Adakah universalisme/keselamatan sejagat itu Alkitabiah?




Soalan: Adakah universalisme/keselamatan sejagat itu Alkitabiah?

Jawapan: Universalisme adalah kepercayaan yang mengatakan semua orang akan diselamatkan. Terdapat ramai orang yang berpegang kepada universalisme dan percaya semua orang akhirnya akan masuk ke syurga. Mungkin gambaran dalam fikiran tentang manusia yang menderita sengsara dalam neraka telah menyebabkan ramai orang menolak pengajaran Alkitab berhubung isu ini. Bagi beberapa orang universalisme merupakan penekanan yang berlebihan terhadap kasih dan kemurahan hati Tuhan namun mengabaikan kebenaran dan keadilan Allah sehingga menyebabkan mereka percaya Tuhan akan mengasihi dan bermurah hati terhadap semua orang. Tetapi Alkitab jelas mengajar bahawa ada orang yang akan menjalani kekekalan di dalam neraka.

Pertama sekali, Alkitab dengan jelas mengatakan jiwa-jiwa yang belum ditebus Tuhan akan diam selama-lamanya dalam neraka. Kata-kata Yesus sendiri meneguhkan tempoh yang dijalani orang-orang yang telah ditebus dalam syurga adalah sama dengan masa yang dijalani oleh orang-orang yang tidak ditebus dalam neraka. Matius 25:46 berkata, “Dan mereka ini akan masuk ke tempat siksaan yang kekal, tetapi orang benar ke dalam hidup yang kekal.” Menurut ayat ini penghukuman bagi orang yang tidak diselamatkan juga bersifat kekal sama seperti kehidupan yang dinikmati orang-orang benar. Beberapa orang mempercayai mereka yang berada dalam neraka akan lenyap suatu masa nanti, tetapi Tuhan sendiri meneguhkan bahawa ianya kekal selama-lamanya. Matius 25:41 dan Markus 9:44 menggambarkan neraka sebagai “api kekal” dan “api yang tidak terpadamkan.”

Bagaimanakah seseorang dapat mengelak api yang tidak terpadamkan ini? Ramai orang percaya setiap jalan (semua agama dan kepercayaan) menuju ke syurga. Mereka berkata Tuhan itu sebagai penuh dan berkelimpahan dengan kasih dan kemurahan sehingga membenarkan semua orang masuk ke syurga. Tuhan itu memang penuh kasih dan kemurahan dan kualiti inilah yang telah menyebabkan Dia mengutus Anak-Nya Yesus Kristus ke dalam dunia untuk mati di salib bagi kita. Yesus Kristus merupakan satu-satunya jalan menuju kekekalan dalam syurga. Kisah 4:12 berkata, “Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” “Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus” (1 Timotius 2:5). Dalam Yohanes 14:6 Yesus berkata, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” Yohanes 3:16, “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.” Sekiranya kita memilih untuk menolak Anak Tunggal Allah, maka syarat untuk kita menerima keselamatan tidaklah mencukupi (Yohanes 3:16, 18, 36).

Dengan ayat-ayat ini, maka jelas bahawa universalisme dan keselamatan sejagat sebagai kepercayaan yang tidak Alkitabiah. Universalisme bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Alkitab. Ramai orang menuduh orang Kristian sebagai tidak bertoleransi dan “bersifat eksklusif”, tetapi penting untuk diingati bahawa ini adalah perkataan Kristus sendiri. Pandangan ini bukan telah dibuat-buat oleh orang-orang Kristian. Orang-orang Kristian hanya menyatakan apa yang telah dikatakan oleh Tuhan. Manusia menolak mesej tersebut sebab mereka tidak mahu berhadapan dengan dosa mereka dan mengaku bahawa mereka memerlukan Tuhan untuk menyelamatkan mereka. Orang yang berkata akan ada keselamatan bagi mereka yang menolak keselamatan yang disediakan dalam Yesus Kristus memperkecil-kecilkan kekudusan dan keadilan Tuhan serta menafikan keperluan akan pengorbanan Kristus bagi pihak kita.



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah universalisme/keselamatan sejagat itu Alkitabiah?