settings icon
share icon
Soalan

Apakah agama yang betul untuk saya?

Jawapan


Restoran makanan segera memikat kita kerana membenarkan kita memesan makanan yang kita mahu. Terdapat kedai kopi yang bercakap besar dan mengatakan bahawa mereka mempunyai beratus-ratus jenis kopi yang berlainan rasa. Apabila kita membeli kereta dan rumah, kita hendak mendapat pilihan dan ciri-ciri yang paling banyak. Kita bukan hidup berdasarkan keperluan contohnya coklat, vanila dan strawberi sahaja, pilihan itu penting! Kamu boleh mencari segala yang kamu mahu mengikut kesukaan dan kehendak individu.

Jadi, apakah agama yang betul untuk kamu? Bagaimana dengan suatu agama yang tidak menegur kesalahan, tidak meminta kamu bertanggungjawab dari segi moral, tidak mengehadkan kelakuan kamu? Ya, terdapat agama seperti yang dikatakan tadi di dunia ini, tetapi adakah agama sesuatu yang boleh dipilih seperti memilih rasa aiskrim?

Terdapat banyak pilihan di hadapan kita, mengapa kita patut memilih Yesus dan bukannya Mohammad, Confucius, Buddha, Charles Taze Russell atau Joseph Smith? Bukankah mereka semua menunjukkan jalan ke syurga? Bukankah semua agama asalnya sama? Sebenarnya, bukan semua agama menghala ke syurga, sama seperti bukan semua jalan pergi ke Indiana.

Hanya Yesus menunjukkan kewibawaan Tuhan kerana Dia sahaja yang mengatasi kematian. Mohammad, Confucius dan orang lain semuanya berada di dalam kubur masing-masing, tetapi Yesus, dengan Kuasanya sendiri, berjalan keluar dari kubur tiga hari selepas disalib dengan kejam oleh askar Roma. Orang yang boleh mengatasi kematian patut mendapat perhatian kita. Segala yang ingin disampaikan oleh orang yang boleh mengatasi kematian patut kita dengar.

Bukti yang menyokong kebangkitan Yesus adalah amat kukuh. Pertama, terdapat lebih kurang lima ratus saksi yang nampak Yesus selepas Dia bangkit! Jumlah saksi ini adalah amat ramai. Suara daripada lima ratus orang tidak boleh diabaikan. Kubur yang kosong ialah satu bukti yang kukuh; musuh Yesus boleh mengeluarkan mayat-Nya yang sudah reput untuk menghentikan khabar angin mengenai kebangkitan-Nya, tetapi mereka tidak dapat berbuat begitu kerana tiada mayat Yesus yang boleh ditunjukkan! Kuburnya kosong! Mungkinkah pengikut-pengikutnya telah mencuri mayatnya? Tidak! Untuk mencegah kecurian mayat Yesus, askar-askar Roma menjaga kubur-Nya dengan senjata. Memandangkan pengikut-pengikut Yesus yang dekat sudah melarikan diri dalam ketakutan semasa dia disalib, adalah tidak mungkin nelayan-nelayan yang dalam ketakutan ini berani mencabar askar-askar Roma yang bersenjata. Maka hakikatnya ialah kebangkitan Yesus tidak dapat dinafikan.

Sekali lagi, orang yang boleh mengatasi kematian patut diberi perhatian. Yesus membuktikan kuasanya yang boleh mengatasi kematian, oleh itu, kita perlu mendengar segala yang dikatakan olehnya. Yesus mendakwa bahawa hanya dialah jalan ke penyelamatan (Yohanes 14:6). Dia bukan salah satu jalan di antara banyak jalan lain, tetapi, Yesus ialah Jalan Tunggal.

Yesus yang sama itu berkata, “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.”(Matius 11:28). Dunia ini sukar dan kehidupan penuh kesulitan. Kebanyakan daripada hati kita tercedera, berdarah dan penuh dengan kesakitan. Setuju? Oleh itu, apa yang kamu mahu? Pemulihan atau agama? Kamu mahu seorang Penyelamat yang masih hidup atau nabi yang sudah mati? Hubungan yang bermakna atau upacara yang tidak bermakna? Yesus bukan satu pilihan sahaja – tetapi Dia ialah pilihan yang tunggal!

Yesus ialah agama yang betul jika kamu ingin mendapat pengampunan dosa (Kisah Para Rasul 10:43). Yesus ialah agama yang betul jika kamu ingin memiliki hubungan yang bermakna dengan Tuhan (Yohanes 10:10). Percaya kepada Yesus sebagai Penyelamat anda – kamu tidak akan menyesal! Yakin bahawa Yesus akan mengampuni dosa kamu – kamu tidak akan kecewa.

Jika kamu hendak percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat, berdoalah kepada Tuhan seperti berikut. Melafazkan kata-kata ini tidak akan menyelamatkan kamu, tetapi hanya kepercayaan kepada Kristus yang akan menyelamatkan kamu! Doa ini hanya satu cara yang mudah untuk menunjukkan kepercayaan kamu dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana rahmat penyelamatannya. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap Kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya bagi menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui iman dalam Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya Kristus boleh memberi saya pengampunan dosa. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu – iaitu hadiah kehidupan akhirat! Amen!"

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah agama yang betul untuk saya?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries