settings icon
share icon
Soalan

Adakah Allah itu lelaki atau perempuan?

Jawapan


Ketika membaca Alkitab, terdapat dua fakta yang jelas: Pertama, Allah adalah Roh, dan tidak mempunyai sifat-sifat atau keterbatasan manusia; Kedua, semua bukti dari Alkitab bersetuju bahawa Allah menjelmakan diriNya dalam manusia sebagai lelaki. Pertamanya, alamiah Allah hendaklah dimengerti. Allah adalah peribadi, jelasnya hal ini disebabkan Dia menyatakan semua sifat dari sebuah keperibadian: Allah mempunyai pemikiran, kehendak, keintelektualan dan perasaan. Allah berkomunikasi, mempunyai hubungan dan tindakan-tindakanNya secara peribadi dijelaskan dalam keseluruhan Alkitab.

Sebagaimana telah disebut oleh Yohanes 4:24, " Allah adalah Roh dan sesiapa yang menyembahNya, haruslah menyembahNya dalam bentuk roh dan kebenaran." Disebabkan Allah itu makhluk rohani, Dia tidak mempunyai sifat fizikal kemanusiaan. Sungguhpun demikian, terdapat kiasan dalam Alkitab menggambarkan sifat manusia terhadap Allah bagi memudahkan manusia memahami Allah. Penggunaan sifat-sifat ini disebut "antropomorfisme." Antropomorfisme merupakan wahana Allah (makhluk rohani) bagi mengutarakan kebenaran tentang lahiriah diriNya kepada manusia, makhluk jasmani. Disebabkan manusia adalah makhluk jasmani, mereka terbatas dalam pengertian hal-hal yang melangkaui hukum alam, dan di dalam Alkitab, antropomorfisme digunakan bagi membantu manusia memahami siapakah Allah.

Berlakunya kesulitan ketika meneliti fakta bahawa manusia dicipta dalam imej Allah. Kejadian 1:26-27 menyebutkan, "Kemudian Allah berfirman: Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita. Mereka akan menguasai semua ikan, burung, serta binatang lain: binatang jinak dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil. Lantaran Allah menciptakan manusia dalam imejNya sendiri, seperti gambar Allah diciptakanNya lelaki dan perempuan, diciptakanNya mereka."

Yang dimaksudkan seperti lelaki atau perempuan itu diciptakan dalam imej Allah, mereka lebih indah daripada ciptaan lain kerana menyamai Allah, mempunyai fikiran, kehendak, keintelektualan, perasaan dan kemampuan insaniah. Lainlah haiwan tidak mempunyai kemampuan insaniah, dan tidak mempunyai komponen bukan-materialis sebagaimana milik manusia. Kejadian menceritakan ketika manusia dicipta, Allah mencipta mereka sesuai dengan imejNya sendiri. Imej Allah merupakan komponen rohani yang dimiliki manusia semata-mata. Allah menciptakan manusia agar memiliki hubungan denganNya; satu-satunya ciptaan yang direka untuk tujuan tersebut.

Sungguhpun demikian, lelaki dan perempuan bukanlah diciptakan secara salinan wajah Allah, dan jantina lelaki atau perempuan tidak harus bagi Allah. Ingat, bahawa diciptakan seperti imej Allah tidak berkaitan dengan sifat fizikal. Kita mengetahui bahawa Allah merupakan makhluk rohani dan tidak mempunyai sifat fizikal. Tetapi hal ini tidak membaasi bagaimana Allah mengutarakan diriNya kepada umat manusia. Alkitab mengandungi wahyu-wahyu yang diberikan Allah kepada manusia tentang diriNya sendiri, ia merupakan satu-satunya sumber maklumat yang objektif tentang Allah. Lihat apa yang dimaklumkan oleh Alkitab itu kedapatan pengamatan tentang bagaimana Allah mengutarakan diriNya kepada manusia.

Dari asalnya, Alkitab mengandungi hampir 170 rujukan Allah sebagai "Bapa." Seseorang akan digelarkan bapa jika dia seorang lelaki. Jika Allah memilih untuk mengutarakan diriNya dalam wujud perempuan, kata gelaran tentulah "ibu" bukannya "bapa." Baik di dalam Perjanjian Lama ataupun Baru, kata ganti nama maskulin tersebut digunakan berulang-kali merujuk Allah.

Yesus Kristua seringkali merujuk Allah sebagai Bapa, dan pada kesempatan yang lain menggunakan kata ganti diri maskulin merujuk Allah. Dalam kitab-kitab Injil, Kristus menggunakan istilah "Bapa" sebanyak 160 kali untuk merujukNya secara langsung. Yang perlu diambil kira ialah pernyataan Kristus dalam Yohanes 10:30. Dia menyebutkan, "Aku dan BapaKu adalah satu." Jelasnya Yesus Kristus dalam dalam bentuk lelaki untuk mati di salib bagi membayar dosa dunia, samalah seperti Allah Bapa, disebutkan kepada manusia dan wujud lelaki. Alkitab mencatat pelbagai contoh di mana Kristus menggunakan kata benda dan kata ganti diri maskulin untuk merujuk Allah.

Surat-surat Perjanjian Baru (dari Kisah Rasul sehingga Wahyu) turut mengandungi hampir 900 ayat tentang perkataan "theos," kata benda maskulin dalam bahasa Yunani-digunakan bagi rujukan langsung Allah. Dalam bahasa Inggeris, perkataan ini kebiasaannya diterjemahkan "God" (Allah).

Dari rujukan-rujukan Allah dalam Alkitab, kelihatannya terdapat konsistensi Allah digelar-gelarkan dengan kata benda, dan kata ganti diri maskulin. Walaupun Allah bukannya manusia, cuma roh, tetapi Dia memilih kewujudan maskulin untuk mengutarakan dirinya kepada umatNya. Samalah dengan Yesus Kristus yang terus-menerus ditampilkan dengan gelaran-gelaran kata benda dan kata ganti diri maskulin, menggambarkan lelaki semasa Dia hidup di bumi. Nabi-nabi dari Perjanjian Lama dan Rasul dari Perjanjian Baru merujuk Allah dan Yesus Kristus dengan gelaran maskulin. Allah memilih untuk menampilkan diriNya dalam kewujudan ini untuk memudahkan manusia mengenaliNya. Mendesak Allah menampilkan diri dalam kewujudan perempuan bertentangan dengan pola Alkitab. Sekali lagi, jika Allah memilih kewujudan kewanitaan, akan timbul bukti-buktinya daripada Alkitab. Bukti seperti itu tidak ada sama sekali. Walaupun Allah memberi peluang agar manusia memahami diriNya, penting agar tidak berusaha "mengawal" Allah dengan membatasiNya perkara yang tidak sesuai bagi lumrah diriNya.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Allah itu lelaki atau perempuan?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries