Soalan
Adakah ketuhanan Kristus itu berdasarkan kitab Injil?
Jawapan
Selain daripada pengakuan Yesus sendiri, pengikut-pengikutnya juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Mereka mengatakan bahawa Yesus mempunyai hak untuk mengampuni dosa – sesuatu yang hanya boleh dilakukan oleh Tuhan, kerana manusia berdosa terhadap Tuhan (Kisah Rasul 5:31; Kolose 3:13; bandingkan dengan Mazmur 130:4; Yeremia 31:34). Mengenai ketuhanan-Nya, Yesus dikatakan akan “menghakimi orang yang hidup dan yang mati” (2 Timotius 4:1). Tomas berkata kepada Yesus, “Tuhanku dan Tuanku!” (Yohanes 20:28). Paulus memanggil Yesus “Tuhan yang Maha Kuasa dan Penyelamat kita” dan membuktikan bahawa sebelum Yesus menjelma semula, Yesus sudah ada dalam “rupa Tuhan” (Filipi 2:5-8). Orang Yahudi menulis mengenai Yesus, "Takhta-Mu, ya Tuhan, akan kekal selama-selamanya” (Ibrani 1:8). Yohanes berkata bahawa “Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama dengan Tuhan dan Firman [Yesus] itu adalah Tuhan” (Yohanes 1:1). Contoh ayat-ayat Kitab Injil yang menunjukkan ketuhanan Kristus (lihat Wahyu 1:17; 2:8; 22:13; 1 Korintus 10:4; 1 Petrus 2:6-8; bandingkan dengan Mazmur 18:2; 95:1; 1 Petrus 5:4; Ibrani 13:20), namun mana-mana satu daripada ayat-ayat ini pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa Yesus dipercayai ialah Tuhan oleh para pengikut-Nya.
Yesus juga diberikan gelaran yang hanya diberikan kepada Yahweh (nama rasmi Tuhan) dalam Perjanjian Lama. Gelaran “Penyelamat” dari Perjanjian Lama (Mazmur 130:7; Hosea 13:14) digunakan pada Yesus dalam Perjanjian Baru (Titus 2:13; Wahyu 5:9). Yesus dipanggil Imanuel (“Tuhan menyertai kita” dalam Matius 1). Dalam Zakharia 12:10 Yahweh berkata "dan mereka akan memandang orang [Bahasa Inggeris: “kepadaKu”] yang telah mereka tikam.” Namun Perjanjian Baru menggunakan ayat ini pada penyaliban Yesus (Yohanes 19:37; Wahyu 1:7). Jika Yahweh adalah yang ditikam dan dipandang, dan Yesus adalah yang ditikam dan dipandang, maka Yesus adalah Yahweh. Paulus menerangkan kata-kata Yesaya 45:22-23 dengan menggunakannya pada Yesus dalam Filipi 2:10-11. Selanjutnya, nama Yesus digunakan bersama-sama dengan nama Yahweh dalam doa, “Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan” (Galatia 1:3; Efesus 1:2). Jika Kristus tidak mempunyai sifat ketuhanan, maka hal ini adalah suatu penghinaan kepada Tuhan. Nama Yesus diletakkan bersama dengan nama Yahweh dalam perintah Yesus untuk membaptis “dalam nama [bentuk tunggal] Bapa dan Anak dan Roh Kudus” (Matius 28:19; lihat pula pada 2 Korintus 13:14). Dalam Wahyu Yohanes berkata bahawa segala ciptaan memuji Kristus (sang Anak Domba) – oleh itu Yesus bukanlah sebahagian daripada ciptaan.
Perbuatan-perbuatan yang hanya dapat dilakukan oleh Tuhan juga dilakukan oleh Yesus. Yesus bukan hanya membangkitkan orang mati (Yohanes 5:21; 11:38-44) dan mengampuni dosa (Kisah Rasul 5:31; 13:38), Dia juga mencipta dan memelihara alam semulajadi (Yohanes 1:2; Kolose 1:16-17). Fakta ini lebih hebat apabila kita teringat bahawa Yahweh mengatakan Dia bersendirian ketika mencipta alam (Yesaya 44:24). Selanjutnya, Yesus memiliki sifat-sifat yang hanya dimiliki oleh Allah: kekal (Yohanes 8:58), sentiasa hadir (Matius 18:20; 28:20); Maha tahu (Matius 16:21), Mahakuasa (Yohanes 11:38-44).
Mengakui diri-Nya ialah Tuhan dan memperbodohkan orang ramai untuk percaya bahawa Dia benar-benar ialah Tuhan sama sekali berbeza dengan membuktikan diri-Nya ialah Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya dengan banyak keajaiban serta kebangkitan-Nya dari antara orang mati. Antara keajaiban Yesus ialah: menukar air menjadi wain (Yohanes 2:7); berjalan di atas air (Matius 14:25); melipatgandakan benda-benda fizikal (Yohanes 6:11), menyembuhkan orang buta (Yohanes 9:7) dan orang lumpuh (Markus 2:3); serta orang yang sakit (Matius 9:35; Markus 1:40-42); bahkan membangkitkan orang mati (Yohanes 11:43-44; Lukas 7:11-15; Markus 5:35). Tambahan pula, Yesus sendiri bangkit dari antara orang mati. Sangat berbeza dengan cerita-cerita dongeng mengenai kematian dan kebangkitan dewa-dewi dalam agama-agama kafir, tidak dapat dibandingkan dengan kebangkitan dalam agama-agama lain, dan tidak ada dakwaan-dakwaan lain yang begitu tepat selain daripada Kitab Injil. Menurut Dr. Gary Habermas, terdapat sekurang-kurangnya dua belas fakta sejarah yang patut diakui oleh sarjana-sarjana bukan Kristian:
1. Yesus mati di atas salib.
2. Dia dikuburkan.
3. Kematian-Nya menyebabkan para pengikutnya kecewa dan putus asa.
4. Kubur Yesus didapati (atau dikatakan begitu) dalam keadaan kosong beberapa hari kemudian.
5. Para pengikutnya percaya bahawa mereka telah melihat Yesus yang bangkit.
6. Selepas itu, para pengikutnya berubah dari sifat ragu-ragu menjadi orang yang percaya dan berani.
7. Berita ini adalah inti pemberitaan dalam gereja pada mulanya.
8. Berita ini diberitakan di Yerusalem.
9. Sebagai hasilnya, gereja ditubuhkan dan berkembang.
10. Hari kebangkitan (hari Minggu) menggantikan hari Sabat (hari Sabtu) sebagai hari utama untuk beribadat.
11. Tomas, seorang yang mencurigai kebangkitan Yesus akhirnya bertobat ketika dia melihat Yesus yang bangkit.
12. Paulus, musuh orang Kristian, bertobat setelah mengalami pengalaman bertembung dengan Yesus yang bangkit.
Jika ada sesiapa yang menolak dakwaan-dakwaan yang teliti ini, hanya beberapa daripada dakwaan ini sudah cukup untuk membuktikan kebangkitan Yesus dan kebenaran kitab Injil: kematian Yesus, perkuburan, kebangkitan dan kemunculan semula Yesus (1 Korintus 15:5). Walaupun terdapat beberapa teori yang mampu menjelaskan satu atau dua fakta-fakta di atas, tetapi hanya kebangkitan Yesus yang dapat menjelaskan kesemuanya. Para pengkritik mengakui bahawa para pengikut mendakwa bahawa mereka melihat Yesus yang telah bangkit. Baik tipu muslihat mahupun pengkhayalan tidak mungkin dapat mengubah seseorang sebagaimana yang telah dilakukan oleh kebangkitan Yesus. Pertama sekali, apakah keuntungan bagi mereka? Agama Kristian bukan hal yang diterima oleh orang ramai pada waktu itu dan mereka tidak akan memperolehi keuntungan dari segi kewangan. Kedua, pembohong-pembohong tidak akan mahu mati kerana kepercayaan mereka. Tidak ada penjelasan yang lebih baik mengenai kerelaan para pengikut untuk mati secara kejam demi iman mereka selain daripada kebangkitan Yesus. Memang benar ramai orang yang mati untuk pembohongan yang mereka rasakan benar, namun tidak akan ada orang yang bersedia untuk mati bagi sesuatu yang mereka ketahui adalah tidak benar.
Sebagai kesimpulan, Kristus mendakwa bahawa Dia adalah Yahweh, Dia adalah Tuhan, bukan hanya dewa, tetapi Tuhan yang sejati; para pengikut-Nya (orang-orang Yahudi yang takut kepada penyembahan berhala) percaya kepada-Nya dan memanggil-Nya Tuhan. Kristus membuktikan dakwaan-Nya bahawa Dia adalah Tuhan melalui mukjizat-mukjizat, termasuk kebangkitan-Nya yang mengubah dunia. Tidak ada hipotesis lain yang dapat menjelaskan fakta-fakta ini.
English
Adakah ketuhanan Kristus itu berdasarkan kitab Injil?