Soalan
Mengapakah orang-orang dalam kitab Kejadian hidup begitu lama?
Jawapan
Kemampuan orang-orang untuk hidup lebih lama dalam beberapa bab yang awal dalam kitab Kejadian merupakan satu misteri. Ada beberapa teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana Alkitab. Salasilah yang terdapat dalam Kejadian 5 merekodkan keturunan alim Adam yang akan membawa messias. Tuhan mungkin telah memberkati garis keturunan ini dengan umur panjang ekoran kealiman dan ketaatan mereka kepada Tuhan. Sementara ini merupakan satu bentuk penjelasan, Alkitab tidak membatasi orang-orang berumur panjang hanya kepada yang terdapat dalam Kejadian 5. Lagipun, selain Henokh, Kejadian 5 tidak mengenalpasti orang-orang yang kealimannya menonjol. Kemungkinan besar setiap orang pada zaman itu hidup untuk beberapa ratus tahun lamanya. Beberapa faktor telah menyumbang ke arah ini.
Kejadian 1:6-7 bercakap tentang air yang di atas cakrawala, iaitu kanopi air yang mengelilingi bumi. Kanopi air tersebut telah mengakibatkan keadaan yang teduh dan menangkis banyak radiasi yang sekarang menyerang bumi. Ini telah mengakibatkan keadaan suasana kehidupan yang sempurna. Kejadian 7:11 menunjukkan tingkap-tingkap langit terbuka dan melimpahkan air ke atas bumi sewaktu air bah. Ini telah menamatkan keadaan hidup yang sempurna itu. Bandingkan kehidupan sebelum air bah (Kejadian 5: 1-32) dan selepas air bah (Kejadan 11: 10-32). Sejurus selepas air bah, umur manusia merosot dengan sangat ketara.
Satu lagi perkara yang dapat pertimbangkan adalah tentang masalah genetik manusia. Belum banyak berlaku permasalahan genetik manusia pada waktu itu. Adam dan Hawa telah dicipta dalam keadaan yang sempurna. Mereka dapat bertahan teguh terhadap sakit penyakit. Keturunan mereka mewarisi kemampuan ini tetapi dalam kemampuan yang lebih rendah. Begitu masa berlalu dan akibat dosa, genetik manusia menjadi semakin tercemar sehingga manusia mudah sakit dan meninggal duniai. Ini mungkin telah memendekkan umur manusia.
English
Mengapakah orang-orang dalam kitab Kejadian hidup begitu lama?