settings icon
share icon
Soalan

Adakah penyelamatan melalui Kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?

Jawapan


Mungkin soalan ini ialah soalan yang paling penting dalam teori agama Kristian. Soalan ini ialah punca Reformasi – perpecahan antara gereja Protestan dan Katolik. Soalan ini ialah perbezaan penting antara agama Kristian yang benar dengan ajaran sesat yang lain. Adakah penyelamatan melalui kepercayaan sahaja atau melalui kepercayaan dan juga kerja? Adakah saya diselamatkan melalui kepercayaan pada Yesus atau saya perlu percaya dan juga membuat sesuatu untuk mendapat penyelamatan?

Soalan mengenai kepercayaan atau kepercayaan dan juga kerja menjadi mengelirukan kerana terdapat petikan-petikan Kitab Injil yang susah diselaraskan. Bandingkan Roma 3:28, 5:1 dan Galatia 3:24 dengan Yakobus 2:24. Kita dapat melihat bahawa terdapat perbezaan antara Paulus (penyelamatan melalui kepercayaan sahaja) dan Yakobus (penyelamatan melalui kepercayaan dan kerja). Sebenarnya, buku Paulus dan Yakobus tidak bercanggah. Percanggahan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang adalah mengenai pertalian antara kepercayaan dan kerja. Dogma Paulus menyatakan bahawa penyelamatan dan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja (Efesus 2:8-9) tetapi Yakobus nampaknya mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja. Masalah ini boleh diselesaikan dengan meneliti segala yang dikatakan oleh Yakobus. Yakobus menafikan kepercayaan bahawa seseorang boleh mempunyai kepercayaan yang benar tanpa menghasilkan kerja yang baik (Yakobus 2:17-18). Yakobus menekankan bahawa seorang Kristian yang benar akan menghasilkan kerja yang baik dan hidup yang berubah mengikut ajaran Kitab Injil (Yakobus 2:20-26). Yakobus tidak mengatakan bahawa justifikasi adalah melalui kepercayaan dan juga kerja, tetapi seseorang yang benar-benar telah menerima justifikasi akan menunjukkan perubahan melalui hidup dan perbuatannya yang menjadi baik dan suci mengikut ajaran Kitab Injil. Jika seseorang mendakwa bahawa dia itu penganut agama Kristian tetapi perbuatannya buruk – maka mungkin dia bukan benar-benar percaya kepada Yesus (Yakobus 2:14, 17, 20, 26).

Paulus juga menyatakan perkara yang sama dalam penulisannya. Penganut yang baik mesti menunjukkan hasil perbuatan yang baik seperti yang disenaraikan di Galatia 5:22-23. Selepas memberitahu kita bahawa penyelamatan adalah melalui kepercayaan dan bukan kerja (Efesus 2:8-9), Paulus memberitahu kita bahawa kita dicipta untuk membuat kerja yang baik (Efesus 2:10). Paulus berharap kita akan mengubah cara hidup dan nyawa kita seperti yang dikatakan oleh Yakobus, “Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi menusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.” (2 Korintus 5:17)! Yakobus dan Paulus tidak bercanggah dalam ajaran penyelamatan. Mereka menghuraikan topik yang sama dari sudut yang berbeza. Paulus menekankan justifikasi adalah melalui kepercayaan sahaja manakala Yakobus menekankan fakta bahawa kepercayaan dalam Yesus mesti menghasilkan kerja yang baik.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah penyelamatan melalui Kepercayaan sahaja, atau melalui kepercayaan dan juga kerja?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries