Soalan
Saya seorang Muslim. Mengapakah saya harus mempertimbangkan untuk menjadi seorang Kristian?
Jawapan
Seringkali, seseorang menganuti agama tertentu mengikuti ibu bapa atau budaya, sama ada Muslim, Buddha atau Katolik. Akan tetapi, apabila kita berhadapan dengan Tuhan pada Hari Penghakiman, setiap orang perlu mempertanggungjawabkan dirinya – sama ada dia percaya kepada kebenaran Tuhan. Tetapi antara banyak agama, apakah itu kebenaran? "Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku'" (Yohanes 14:6).
Kristian yang benar adalah pengikut Yesus. Bagaimanakah Yesus dapat mendakwa dirinya sebagai satu-satunya jalan kepada Bapa Tuhan? Mari kita mencari jawapannya dalam Firman Allah, Alkitab.
Kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus
Alkitab mencatatkan bagaimana Yesus menepati perkhabaran Tuhan ketika Dia dilahirkan oleh seorang anak dara bernama Maria. Dia bertumbuh menjadi dewasa dengan unik daripada manusia lain kerana Dia tidak pernah berdosa (1 Petrus 2:22). Orang ramai berkerumun demi mendengar ajaran-Nya dan berasa kagum akan mukjizat-mukjizat-Nya. Yesus menyembuhkan orang sakit, membangkitkan orang mati, dan berjalan di atas air.
Berbanding dengan semua orang di dunia ini, Yesus tidak patut mati. Akan tetapi, Yesus mengisytiharkan perkhabaran Tuhan bahawa Dia akan disalibkan dan dibangkitkan daripada kematian (Matius 20:18-19). Kata-kata-Nya menjadi benar. Askar-askar memukul Yesus dan mengenakan sebuah mahkota duri pada kepala-Nya; orang-orang mencemuh Dia dan meludahi-Nya; paku-paku menembusi tangan dan kaki-Nya ke dalam sebuah salib kayu. Yesus mempunyai kuasa untuk menyelamatkan diri-Nya, tetapi Dia menyerahkan diri-Nya, sanggup mati pada kayu salib (Yohanes 19:30). Tiga hari kemudian, Yesus bangkit dari kubur!
Mengapakah Dia disalibkan?
Sebagai seorang Muslim, mungkin anda akan tanya, "Mengapakah Tuhan membenarkan nabi-Nya Isa untuk dianiayai dan dibunuh?" Kematian Yesus memang diperlukan kerana...
• Setiap orang adalah pendosa: "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka" (Roma 3:23). Baik tidak menghormati ibu bapa, bercakap bohong, gagal mengasihi Tuhan dengan segenap hati, mahupun tidak mempercayai Firman Tuhan, kita semua telah berdosa terhadap Tuhan yang suci.
• Hukuman bagi dosa adalah kematian: "Kematian adalah upah dosa" (Roma 6:23a). Tuhan mencurahkan murka-Nya kepada pendosa yang tidak mempercayai-Nya dengan menyisihkan mereka di dalam neraka selama-lamanya (2 Tesalonika 1:8,9). Sebagai Hakim yang adil, Tuhan tidak akan tidak mempedulikan dosa.
• Kita tidak mampu menyelamatkan diri dengan amalan ibadat: "Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu" (Efesus 2:8-9). Ini merupakan satu perbezaan utama antara Kristian dan Islam. Islam mengajar bahawa seseorang itu dapat mencapai firdaus dengan mengamalkan kelima-lima Rukun Islam. Walaupun berkemungkinan untuk berbuat kebajikan melebihi kejahatan, Alkitab mengajar bahawa "bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis" (Yesaya 64:6b). Walaupun satu dosa sahaja membuatkan seseorang itu bersalah seperti melanggar kesemua hukum Tuhan (Yakobus 2:10). Manusia yang berdosa tidak dapat membuat apa-apa untuk mendapatkan syurga.
• Tuhan mengorbankan Anak-Nya demi orang-orang berdosa: "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal " (Yohanes 3:16). Tuhan mengetahui bahawa dosa manusia menghindarkan mereka dari syurga. Tuhan mengetahui bahawa satu-satunya cara hutang dosa dapat dilunas adalah melalui Dia yang sempurna dengan membayar harga kematian. Tuhan mengetahui bahawa hanya Dia saja yang dapat membayar harga yang tidak terhingga. Oleh itu, rancangan kekal Tuhan adalah mengutus Anak-Nya Yesus untuk mati sebagai pengganti bagi orang berdosa yang mempercayai-Nya.
Menjadi seorang Kristian
"Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan" (Kisah Rasul-Rasul 16:31b).
Sebagai seorang Muslim, anda mungkin berkata, "Oh, saya percaya pada Yesus. Saya percaya bahawa Isa ialah seorang guru yang benar, seorang nabi yang agung, dan seorang yang baik."
Akan tetapi, anda tidak boleh menyatakan bahawa Yesus adalah seorang guru yang benar, namun menolak ajaran-Nya bahawa Dia ialah satu-satunya jalan, kebenaran, dan hidup (Yohanes 14:6). Anda tidak boleh percaya bahawa Yesus ialah seorang nabi agung tetapi menolak perkhabaran-Nya yang berkata Dia akan mati dan dibangkitkan dalam tiga hari (Lukas 18:31-33). Anda tidak boleh mengakui bahawa Yesus ialah seorang yang baik tetapi tidak mempercayai kata-kata-Nya sebagai Anak Tuhan (Lukas 22:70; Yohanes 5:18-47).
Anda tidak boleh mempertimbangkan menjadi seorang Kristian tanpa menyedari bahawa Kristianiti menolak semua agama lain (Kisah Rasul-Rasul 4:12).
Kesimpulan Kristianiti yang tidak dapat dielakkan adalah ini: sama ada Yesus telah menanggung dosa anda pada kayu salib atau anda sendiri yang menanggung dosa anda di neraka. "Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya" (Yohanes 3:36).
Sementara anda mempelajari Alkitab, semoga Tuhan membuka hati anda untuk berpaling dari dosa anda dan mempercayai Yesus. Anda boleh membalas dengan doa seperti berikut. Ingatlah, doa ini tidak menyelamatkan anda. Hanya Tuhan saja yang dapat menyelamatkan! Akan tetapi, doa tersebut boleh menjadi pernyataan iman anda yang Tuhan kurniakan dalam Tuhan Yesus Kristus.
"Ya Tuhan, saya sangat sedih kerana saya telah berdosa terhadapMu. Sebagai seorang yang berdosa, saya layak mendapat kematian di neraka. Akan tetapi, saya percaya Kamu mengutuskan AnakMu, Yesus, untuk mati di kayu salib bagi dosa dan bangkit daripada kematian dalam kemenangan. Sekarang saya berpaling dari keinginan berdosa saya dan menyerah dari upaya mencapai syurga melalui perbuatan saya sendiri. Saya percaya Tuhan Yesus saja sebagai Penyelamat-ku dari dosa. Saya mengasihi-Mu, Tuhan, dan menyerahkan diri saya untuk mengikuti-Mu dengan Firman-Mu, Alkitab. Amin!"
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.
English
Saya seorang Muslim. Mengapakah saya harus mempertimbangkan untuk menjadi seorang Kristian?