settings icon
share icon
Soalan

Apakah kepentingan Perjamuan Tuhan/Perjamuan Kristian?

Jawapan


Penyelidikan ke atas Perjamuan Tuhan merupakan satu pengalaman yang menggoncangkan jiwa disebabkan oleh pengertiannya yang sangat mendalam. Sewaktu Perayaan Paskah dan pada malam sebelum hari kematian-Nya, Yesus mengadakan satu persekutuan makan yang baru dan sangat penting yang sehingga ke hari ini masih kita jalankan. Jamuan makan ini membuatkan kita mengingati kematian dan kebangkitan Tuhan kita dan membuatkan kita untuk memandang ke depan kepada kedatangan-Nya yang kedua kali. Paskah merupakan perayaan orang Yahudi yang sangat suci. Ia memperingati tulah terakhir yang Tuhan telah turunkan ke atas Mesir iaitu kematian anak sulung orang-orang Mesir semenatara orang-orang Israel telah terselamat oleh darah anak domba yang telah disapukan pada palang pintu rumah. Anak domba itu kemudian dibakar dan dimakan dengan roti yang tidak beragi. Tuhan memerintah supaya perayaan Paskah dirayakan oleh umat Israel dalam generasi yang seterusnya, turun temurun. Perisriwa tersebut tertulis dalam Keluaran 20.

Sewaktu Perjamuan Terakhir -satu Perayaan Paskah-Yesus mengambil roti dan bersyukur kepada Tuhan. Dia memecah-mecahkan roti dan memberikan kepada murid-murid-Nya dan berkata: "Inilah tubuh-Ku yang diserahkan bagi kamu; perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku...Cawan ini adalah perjanjian baru oleh darah-Ku, yang ditumpahkan bagi kamu.” (Lukas 22:19-21). Yesus menutup masa perjamuan itu dengan menyanyikan sebuah lagu pujian (Lukas 22:19-21), dan mereka keluar pada malam itu ke Bukit Zaitun. Seperti yang telah dinubuatkan, di sanalah Yesus dikhianati oleh Yudas. Pada hari berikutnya, Yesus disalibkan.

Rasul Paulus menulis tentang Perjamuan Kudus dalam I Korintus 11: 23-29. Paulus menambah satu kenyataan yang tidak terdapat dalam kitab-kitab Injil: “Jadi barangsiapa dengan cara yang tidak layak makan roti atau minum cawan Tuhan, ia berdosa terhadap tubuh dan darah Tuhan. Karena itu hendaklah tiap-tiap orang menguji dirinya sendiri dan baru sesudah itu ia makan roti dan minum dari cawan itu. Karena barangsiapa makan dan minum tanpa mengakui tubuh Tuhan, ia mendatangkan hukuman atas dirinya.” (1 Korintus 11:27-29) Kita mungkin bertanya apakah ertinya “dengan cara yang tidak layak” makan roti atau minum cawan Tuhan. Ia boleh merujuk kepada sikap yang tidak menghargai erti sebenar roti dan cawan Tuhan dan melupakan harga yang telah dibayar oleh Tuhan untuk keselamatan kita. Atau ia juga boleh bererti membiarkan upacara itu menjadi satu upacara keagamaan formal yang mati atau datang menghadap meja Tuhan dengan dosa yang belum diakui. Sesuai dengan arahan Paulus, kita perlu menyelidiki diri kita sebelum memakan roti dan minum dari cawan Tuhan.

Satu lagi kenyataan yang Paulus tambahkan dan tidak ada dalam kitab-kitab Injil adalah “Sebab setiap kali kamu makan roti ini dan minum cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan sampai Ia datang.”(1 Korintus 11:26) Ini memberikan had masa kepada upacara ini iaitu sehingga Tuhan datang. Daripada penulisan yang singkat ini kita mempelajari bagaimana Yesus menggunakan dua bahan yang sangat sederhana sebagai simbol untuk tubuh dan darah-Nya dan membuatkan kedua bahan ini menjadi satu tugu peringatan untuk kematian-Nya. Ianya bukan tugu pahatan daripada batu kapur atau tembaga yang dilebur tetapi daripada roti and anggur.

Yesus mengisytihar bahawa roti bercakap tentang tubuh-Nya yang akan dihancurkan. Tidak ada tulang-tulang yang patah, tetapi tubuh-Nya sangat disiksa sehingga sangat sukar untuk mengenali-Nya (Mazmur 22:12-17; Yesaya 53: 4-7) Anggur bercakap tentang darah-Nya, itu memberi petanda tentang kematian dasyat yang akan dialami-Nya. Yesus, Anak Allah yang sempurna, menjadi penggenapan nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama yang tidak terkira banyaknya berhubung seorang Penebus (Kejadian 3:15, Mazmur 22; Yesaya 53). Apabila Dia berkata, “Perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku,” Dia menunjukkan bahawa upacara ini akan diteruskan di masa hadapan. Ia juga menunjukkan bahawa Paskah- yang menuntut kematian anak domba dan melihat kepada kedatangan Anak Domba yang akan menghapuskan dosa dunia-telah digenapi dalam Perjamuan Tuhan. Perjanjian Baru menggantikan Perjanjian Lama apabila Kristus, Anak Domba Paskah (1 Korintus 5:7) telah dikorbankan (Ibrani 8:8-13). Sistem korban binatang tidak lagi diperlukan (Ibrani 9: 25-28). Perjamuan Tuhan/Perjamuan Kristian merupakan peringatan kepada apa yang Kristus telah lakukan untuk kita dan satu perayaan terhadap apa yang kita terima daripada pengorbanan-Nya itu.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah kepentingan Perjamuan Tuhan/Perjamuan Kristian?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries