settings icon
share icon
Soalan

Adakah hari Sabat, Sabtu atau Ahad? Perlukah orang Kristian memelihara hari Sabat?

Jawapan


Sering dikatakan bahawa “Tuhan memulakan hari Sabat di taman Eden” sebab hubungan di antara Sabat dan penciptaan yang disebut dalam Keluaran 20:11. Walaupun kenyataan Tuhan berehat pada hari yang ketujuh (Kejadian 2:3) memberi bayangan kepada suatu rehat Sabat di masa hadapan, tidak ada rekod tentang hari Sabat dalam Alkitab sebelum umat Israel meninggalkan tanah Mesir. Tidak terdapat sedikit petunjuk pun bahawa Sabat telah dipelihara sejak Adam sehingga ke zaman Musa.

Firman Tuhan memberi arahan yang cukup jelas bahawa pemeliharaan hari Sabat itu merupakan satu tanda di antara Allah dan Israel: “Maka haruslah orang Israel memelihara hari Sabat, dengan merayakan sabat, turun-temurun, menjadi perjanjian kekal. Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Ia berhenti bekerja untuk beristirahat.” (Keluaran 31:16–17)

Dalam Ulangan 5, Musa mengulangi Hukum 10 kepada generasi Israel yang berikutnya. Di sini, setelah memberi perintah berkenaan pemeliharaan hari Sabat dalam ayat-ayat 12-14, Musa memberikan sebab mengapa hari Sabat diberikan kepada bangsa Israel: “Sebab haruslah kauingat, bahwa engkau pun dahulu budak di tanah Mesir dan engkau dibawa keluar dari sana oleh TUHAN, Allahmu dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung; itulah sebabnya TUHAN, Allahmu, memerintahkan engkau merayakan hari Sabat.” (Ulangan 5:15).

Maksud Tuhan dalam memberikan hari Sabat kepada umat Israel bukan supaya mereka mengingat kepada Penciptaan, tetapi supaya mereka mengingati perhambaan mereka di Tanah Mesir dan Penyelamatan Tuhan. Perhatikan syarat-syarat untuk memelihara hari sabat: Seseorang yang berada di bawah hukum Sabat tidak boleh keluar meninggalkan rumah pada hari Sabat (Keluaran 16:29), dia tidak boleh menyalakan api (Keluaran 35:3), dan tidak boleh menyuruh sesiapa juga bekerja (Ulangan 5:14). Orang yang melanggar hukum Sabat akan dijatuhkan hukuman mati (Keluaran 31: 15; Bilangan 15: 32-35).

Satu pemeriksaan terhadap bahagian-bahagian dalam Perjanjian Baru memperlihatkan kepada kita empat perkara penting: 1) Setiap kali Kristus menampakkan diri dalam tubuh kebangkitan-Nya dan harinya disebut, hari itu sentiasa jatuh pada hari yang pertama dalam minggu itu (Matius 28:1, 9, 10; Markus 16:9; Lukas 24:1, 13, 15; Yohanes 20:19, 26). 2) Satu-satunya Sabat disebut dari kitab Kisah Para Rasul sehingga kitab Wahyu adalah dengan tujuan penginjilan kepada orang-orang Yahudi di dalam lokasi yang biasa iaitu dalam rumah sembahyang orang Yahudi (Kisah 13-18). Paulus menulis, “Demikianlah bagi orang Yahudi aku menjadi seperti orang Yahudi, supaya aku memenangkan orang-orang Yahudi.” (1 Korintus 9:20). Paulus tidak pergi ke rumah-rumah sembahyang orang Yahudi untuk bersekutu dan membangun orang-orang kudus, tetapi untuk menginsaf dan menyelamatkan mereka yang hilang. 3) Selepas Paulus berkata “Mulai dari sekarang aku akan pergi kepada bangsa-bangsa lain” (Kisah 18:6), hari Sabat tidak lagi pernah disebut. Dan 4) Bukan pula menyuruh orang memelihara hari Sabat, bahagian Perjanjian Baru selebihnya secara tidal langsung memberikan sesuatu yang agak bertentangan, (termasuk apa yang disebut dalam perkara ke 3 di atas, yang terdapat dalam Kolose 2:16).

Dengan memperhati lebih dekat perkara 4, nampaknya orang-orang percaya dalam Perjanjian Baru tidak terikat untuk memelihara hari Sabat, dan pendapat yang berkata Ahad sebagai “Sabat Kristian” adalah tidak bersesuaian dengan Firman Tuhan. Seperti yang telah dibincangkan di atas, terdapat sekali lagi Sabat disebut selepas Paulus mula memberi penumpuan pelayanan kepada orang-orang bukan Yahudi, “Karena itu janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai makanan dan minuman atau mengenai hari raya, bulan baru ataupun hari Sabat; semuanya ini hanyalah bayangan dari apa yang harus datang, sedang wujudnya ialah Kristus” (Kolose 2:16–17). Sabat Yahudi telah ditiadakan pada salib di mana Kristus telah “menghapuskan surat hutang” dengan semua ketetapan-ketetapannya” (Kolose 2:14).

Perkara ini diulang berkali-kali dalam Perjanjian Baru: “ Yang seorang menganggap hari yang satu lebih penting dari pada hari yang lain, tetapi yang lain menganggap semua hari sama saja. Hendaklah setiap orang benar-benar yakin dalam hatinya sendiri. Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuha” (Roma 14:5–6a). “ Tetapi sekarang sesudah kamu mengenal Allah, atau lebih baik, sesudah kamu dikenal Allah, bagaimanakah kamu berbalik lagi kepada roh-roh dunia yang lemah dan miskin dan mau mulai memperhambakan diri lagi kepadanya? Kamu dengan teliti memelihara hari-hari tertentu, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun.” (Galatia4:9–10)

Tetapi ada beberapa orang mengatakan Konstantinus telah mengubah hari untuk merayakan Sabat dari hari Sabtu ke hati Ahad dalam tahun 321 M. Tetapi pada ada hari apakah jemaat yang awal telah datang berkumpul untuk menyembah? Alkitab tidak pernah menyebut mana-mana pertemuan hari Sabat (Sabtu) oleh orang-orang percaya untuk bersekutu dan menyembah. Namun terdapat bahagian-bahagian Firman Tuhan yang jelas menyebut hari pertama dalam minggu itu. Sebagai contoh, Kisah 20:7 menyatakan “Pada hari pertama dalam minggu itu, ketika kami berkumpul untuk memecah-mecahkan rot.” Dalam 1 Korintus 16:2 Paulus menasihatkan orang-orang percaya di Korintus “Pada hari pertama dari tiap-tiap minggu hendaklah kamu masing-masing -- sesuai dengan apa yang kamu peroleh ... .” Memandangkan Paulus menyifatkan persembahan ini sebagai “pelayanan” dalam 2 Korintus 9:12 , persembahan ini tentu telah dihubungkan dengan penyembahan Ahad kumpulan orang-orang percaya. Berdasarkan sejarah, Ahad, merupakan hari pertemuan orang-orang Kristian yang biasa di gereja dan ini dapat dikesan sehinggalah ke gereja yang awal dalam abad yang pertama.Bukan hari Sabtu.

Hari Sabat telah diberikan kepada orang israel, bukan kepada gereja. Hari Sabat masih Sabtu, bukan Ahad dan tidak pernah diubah. Tetapi Sabat adalah sebahagian daripada Hukum Taurat dan orang-orang Kristian telah dibebaskan daripada ikatan Hukum Taurat. Memelihara hari Sabat tidak dituntut daripada orang Kristian- baik itu Sabtu atau hari Ahad. Hari pertama pada setiap minggu, Ahad, Hari Tuhan (Wahyu 1:10) merayakan Ciptaan Baru, dengan Kristus sebagai Kepala kita yang telah bangkit. Kita tidak terikat untuk mengikut Sabat Musa yang bersifat rehat, tetapi kita sudah dibebaskan untuk mengikuti Kristus yang telah bangkit untuk melayani. Rasul Paulus berkata setiap orang Kristian perlu memilih samada hendak memelihara Sabat , “Yang seorang menganggap hari yang satu lebih penting dari pada hari yang lain, tetapi yang lain menganggap semua hari sama saja. Hendaklah setiap orang benar-benar yakin dalam hatinya sendiri.” (Roma 14:5). Kita perlu menyembah Tuhan pada setiap hari, bukan hanya pada hari Sabtu atau Ahad.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah hari Sabat, Sabtu atau Ahad? Perlukah orang Kristian memelihara hari Sabat?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries