settings icon
share icon
Soalan

Apa yang terjadi kepada bayi-bayi dan kanak-kanak semasa mereka meninggal dunia? Yang manakah menerusi Alkitab saya boleh mencari umur baligh?

Jawapan


Alkitab memaklumkan, walaupun seseorang bayi atau kanak-kanak tidak berdosa secara peribadinya, semua insan, termasuklah mereka bersalah di sisi Allah disebabkan dosa yang diwarisinya dan turun-temurun. Dosa warisan tersebut diwarisi daripada ibu bapa kita. Menerusi Mazmur 51:5, Daud mencatatkan, "Sesungguhnya, kesalahan aku dilahirkan, dalam dosa aku dikandung ibuku," Daud mengetahuinya dari dalam kandungan, dia orang berdosa. Fakta menyedihkan tentang kematian bayi yang membuktikan bayi menerima kesan dosa Adam, disebabkan kematian fizikal dan rohani adalah akibat dosa Adam.

Setiap bayi ataupun orang dewasa bersalah di sisi Allah; setiap insan telah mencemari kesucian Allah. Satu-satunya cara agar Allah terus adil dan dalam masa yang sama membenarkan seseorang insan sekiranya insan itu menerima pengampunan melalui iman dalam Yesus Kristus. Kristus sahaja jalannya. Yohanes 14:6 menyatakan apa yang disebut oleh Yesus, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku” (Yohanes 14:6). Demikianlah menerusi Kisah 4:12, Petrus menyatakan, “ Dan keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” Keselamatan pilihan peribadi.

Bagaimankah dengan bayi-bayi serta kanak-kanak yang belum sempat mencapai umur untuk memilih keputusan peribadi? Umur baligh merupakan konsep bahawa mereka yang meninggal dunia sebelum sampai umur tersebut secara automatiknya diselamat oleh kurniaan dan kemurahan Allah. "Umur baligh" merupakan kepercayaan Allah demi menyelamatkan umat yang meninggal dunia sebelum dapat membuat keputusan peribadi sama ada hendak menerima ataupun menolak Kristus. Umur paling umum adalah tiga belas, berdasarkan kelaziman orang-orang Yahudi anak mereka baligh pada usia 13 tahun. Tetapi Alkitab tidak menyokong umur 13 adalah umur baligh. Berkemungkinan perkara ini berbeza antara seorang anak dan anak-anak lainnya. Seseorang anak mencapai umur balighnye jika sudah mampu memutuskan sama ada hendak menerima atau menolak Kristus.

Dengan mengingati perkara tersebut, pertimbangkan hal-hal seterusnya: kematian Kristus cukup bagi semua umat manusia, 1Yohanes 2:2 menceritakan Yesus merupakan "perdamaian bagi semua dosa-dosa kita, dan bukannya demi dosa sahaja, malahan dosa seluruh dunia". Jelasnya ayat ini, bahawa kematian Yesus cukup untuk semua dosa, bukannya hanya dosa yang mendatang dan beriman kepadaNya. Fakta bahawa kematian Kristus cukup bagi semua dosa membolehkan Allah menetapkan upah dosa bagi mereka yang tidak mampu percaya.

Sebuah surah Alkitab yang lebih berkaitan dengan topik ini jika dibandingkan dengan ayat-ayat lain merupakan 2Samuel 12:21-23. Konteks daripada ayat-ayat ini, Raja Daud berzina dengan Betsyeba,kemudiannya hamil. Nabi Natan yang diutus Tuhan untuk memaklumkan Daud bahawa disebabkan dosanya, maka Tuhan mematikan bayi tersebut. Daud menerimanya dengan kesedihan, ratapan dan berdoa demi anak itu. Tetapi setelah anaknya meninggal, ratapan Daud berakhir. Hamba-hamba Daud kehairanan, lalu mereka berkata kepadanya, "Mengapa kau lakukan perkara ini? Disebabkan anak itu masih hidup, engkau berpuasa dan menangis, tetapi setelah dia meninggal, engkau bangkit dan makan!" Jawabnya, "Selagi anak itu bernyawa, aku berpuasa dan menangis kerana pada pendapatku, siapa tahu Tuhan mengasihani aku, anak itu tetap bernyawa. Tetapi sekarang sudah meninggal, mengapa harus berpuasa lagi? Dapatkah aku mengembalikannya? Aku akan melawatnya tetapi dia tidak akan kembali ke pangkuanku." Pandangan Daud dihujahkan sebagai mereka yang tidak mampu mempercayai kewujudan dalam Tuhan dengan aman. Daud memaklumkan dia dapat melawat anak itu tetapi dia gagal menghidupkan anaknya. Samalah pentingnya, Daud kelihatan gembira dengan kejadian ini. Dengan erti kata lain, Daud memaklumkan dia bakal melihat anak itu (di syurga) walaupun gagal mengembalikannya.

Sungguhpun Alkitab tetap menyebutkan kebarangkalian tersebut, terdapat satu masalah menyebutkan, Allah menerapkan pembayaran Kristus terhadap dosa mereka yang tidak mempu percaya, iaitu Alkitab bukan dengan khususnya menerangkan Dia melakukan perkara tersebut. Disebabkan itu hanyalah sebuah subjek, kita tidak harus berkeras atau dogmatik. Sungguhpun demikian, kita boleh bersikap dogmatik menerusi fakta Allah seringkali melakukan perkara yang benar.

Mengetahui kasih dan kurniaan Allah, Dia menetapkan kematian Kristus kepada golongan tidak mampu percaya konsisten dengan sifat-sifat Allah. Kedudukan kami bahawa Allah menetapkan pembayaran Kristus demi dosa kepada kanak-kanak dan mereka yang cacat mental disebabkan mereka tidak mampu memahami keadaan dosa mereka, dan keperluan mendapatkan Juruselamat. Tentang perkara itu, yakinlah kami bahawa Allah itu pengasih, suci, penuh kemurahan, adil dan penuh kurniaan. Walau apapun yang dilakukanNya, SERING baik dan benar.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apa yang terjadi kepada bayi-bayi dan kanak-kanak semasa mereka meninggal dunia? Yang manakah menerusi Alkitab saya boleh mencari umur baligh?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries